Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Macam biasa, ada je citer baru, saya mulalah menggelupur nak tengok. So cite terbaru yang menjadi santapan untuk minggu ni ialah Mission Impossible : Ghost Protocol. Nak booking online (booking tanpa bayar), jangan haraplah nak dapat. Sebab saya tengok masa tayangan Premier. Showtime kul 12.50 malam punye! Matila kalo mak gua tau. Hiks. So, kali ni saya booking yang terus bayar online guna Cimbclicks. Senang je. Caj pun tak mahal sangat. Sehengget je. Cuma kalau nak booking cara ni, memang dah kompem kena pegi la. Kalau tak, membazir je.

Cerita ni memang bestlah. Terkincit-kincit gaklah sebab tekejut. Biasalah kan. Sound effect je lebih. Haha.. Pastu ada pelakon Bollywood sebagai pelakon tempelan. Sape dia? Pelakon tak asing lagi, Anil Kapoor. Blehlah dari takde…

So, sape yang belum pegi, pegila tengok! Selamat menonton..

Korang ada tak minat artis? Sure ada kan? Kalau pompan, mestilah minat yang lelaki.. Macam entry saya dulu, saya pernah cerita pasal macamana gilanya saya kat penyanyi Rem sampai tulis surat kat dia kan? Haha! Kali ni nak cerita hero-hero drama/filem yang saya minat pulak..

Hero-hero yang saya suka ni, ada hero Korea dan jugak omputeh. Ni sume sebab terpedaya dengan drama Korea dan siri TV omputeh la nih. Biasala kan.. Tapi kalau hero Melayu, yang paling IN sekarang opkoslah Aaron Aziz.. Heehee.. Hiks.. Baiklah, saya akan senaraikan satu persatu..

2nd Runner Up – Aaron Aziz

Ye, tempat ketiga carta di hati saya ialah Aaron anak Pak Ajis. Mula minat dia lepas tengok Nora Elena. Itupun tengok kat web Tonton. Orang lain dah abes tengok cite ni lama, saya baru terkedek-kedek nak tengok. Lagi satu, orang lain dah lama minat kat dia kot.. Saya pulak baru-baru ni je terminat.. Keh keh…

1st Runner Up – Wenthworth Miller a.k.a Michael Scofield

Saya sampai lupa nama sebenar dia Wenthworth Miller sebab punyelah admire kat Michael Scofield nih. Lelaki genius! Walaupun hanya dalam drama, tapi saya memang jatuh chenta dengan kegeniusan dia. Saya memang follow siri TV Prison Break dari season 1-4. Walaupun sedih sebab dia mati akhirnya tapi tetap suka citer ni. I lebiu Michael!

Dan tempat pertama carta di hati saya, tak lain dan tak bukan, hero saya selamanya….

Champion – My oppa.. Hyun Bin

Saya start gila kat mamat sorang ni bila tengok cite My Lovely Sam Soon. Apsal la ko ni hensem sangat haa? Pastu pagi tadi saya baru khatamkan siri Secret Garden, lagilah angau kat dia nih.. Saya siap ajak member saya gi Korea. Walaupun mustahil akan jumpa dia, tapi sekurang-kurangnya dapat jejak negara tempat lahir dia. Geli tak? Hahaha.. Tolongggg… Aku angau… Sampaikan wallpaper laptop, iPad, sume saya letak gamba dia. Saya dah jatuh chenta kat dia lapanploh kali.. Entahla, saya memang senang tertarik dengan muka ala-ala cinapek mata sepet camni. Comel je kan..

Oklah, sebelum korang muntah darah, baiklah saya stop kat sini dulu. Nak sambung tengok cite Hyun Bin yang lain. Nak kumpul sume CD cite lakonan dia. I want!