Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

20130416-062411.jpg

Okeh, sambung lagi..

Selain bangunan United Nations di New York, bangunan United Nations di Geneva merupakan headquarters UN kedua terbesar dan popular. Terdapat dua bangunan utama kat sini iaitu Palace of Nation yang dibina pada tahun 1929 dan juga International Red Cross Museum selain The Broken Chair.

Monumen The Broken Chair ni dibina pada 1950an untuk mengingati mangsa perang yang terkena periuk api. Kaki kerusi tu pendek sebelah macam orang yang kudung sebelah kaki.

The Broken Chair

Actually dari dalam bas kitorang dah cuak bila tengok ramainya umat yang berkeliaran kat dataran tempat terletaknya The Broken Chair tu. Ingatkan ada rusuhan ke ape. Mesti tak boleh turun dari bas punya. Baru akak nak feeling-feeling amik gamba bawah kerusi tu..

BERSIH 4.0.. Haha..

Tapi kitorang bernasib baik. Dapat turun gak dari bas. Tunjuk perasaan dorang aman je. Takde macam kita kat sini. Dorang just tunjuk poster-poster je. Pastu ada lah ucapan sikit-sikit. Akak tataulah pasal apa dorang buat tunjuk perasaan tu. Tapi nampak semua macam orang-orang Sri Lanka je. So, sempatlah jugak amik gamba sekeping dua kat situ.

Ni pulak gamba pintu masuk ke United Nations.

Ha, buat pengetahuan uols, dalam banyak-banyak bendera negara kat dunia ni, bendera Swiss je berbentuk segi empat sama. Bendera lain bentuk segi empat tepat. Betul tak? Dan lambang kat bendera ni tanda palang. Ni bukan tanda salib oke. Kalau salib, palang yang menegak tu lebih panjang dari palang yang melintang. Yang ni sama panjang je. Macam tanda hospital. Ada sejarah dia. Tak silapnya, negara Swiss ni bagi bantuan perubatan untuk mangsa-mangsa perang kot. Camtu la lebih kurang. Nak tau lanjut, sila Google sendiri. Hehe..

Bendera Switzerland

Negara Switzerland ni ada 23 negeri atau macam akak cakap kat atas tadi, dorang panggil canton. Macam jugak Malaysia, setiap negeri atau canton ni ada bendera masing-masing. Matawang yang digunakan ialah Swiss Franc (CHF). Dorang tak guna Euro walaupun dorang termasuk dalam negara-negara Eropah. Biasalah, eksyen sikit dorang ni. 1 CHF = RM3.40 masa akak pegi aritu. Rate hari ni tatau. Huhu..

Nama sebenar Switzerland ialah Confederation of Helvetia French. Yang ni pun ada sejarah dia gak. Tak payahla kita tau oke. Haha. Tapi secara ringkas, Helvetia tu sebenarnya nama seorang pompuan. Tokoh negara dorang la kot. Patung dia memang ada dibina kat Geneva tu. Pastu kat duit syiling pon ada muka si Helvetia ni. So akak saspek currency dorang, CHF ni datang dari Confederation of Helvetia French la kan.

Ok, dalam 40 minit kitorang berkeliaran kat dataran The Broken Chair tu, kitorang naik semula ke bas sebab nak pegi ke tempat jam paling popular kat Swiss iaitu Floral Clock. Maklumlah, Swiss kan negara pembuat jam paling terkenal kat dunia kerana kualiti dan kemewahan jam-jamnya.

Dekat area-area tu jugak, ada salah satu air pancut terbesar dan tertinggi kat dunia iaitu Jet d’Eau. Tingginya ialah 140 meter. Mula dibina pada tahun 1886. Dulu tinggi air pancut ni 30 meter je. Ia terletak di dalam Tasik Geneva – tasik terbesar di Switzerland!

Kagum tak?

Gamba-gamba di sekitar tebing Tasik Geneva

Jejaka Perasan

Benci bila ingat harga Fridge Magnet ni.. 9.50 CHF = RM32.30. SEKEPING ya! Ko mampu nak beli sampai 50 bijik? So, akak tak beli pon. Kah kah..


So, lepas dah bergamba-gamba berlatarbelakangkan air pancut tu, kitorang jalan pulak kat taman sebelah dia. Tempat Floral Clock tu. Akak tengok tak senonoh je rupa jam bunga tu. Rasanya under conctruction kot. Kecewa. Ingatkan bolehla tengok jarum dia bergerak-gerak ke.

Floral Clock

Lepas tu, pegi pulak taman sebelah lagi – English Garden namanya.

English Garden

Kat English Garden ni ada satu kawasan yang dia kepung dengan tali yang macam tempat crime scene tu. Dalam kawasan yang dia kepung tu ada macam serpihan kulit kayu. Bila dekat-dekat, wangi sangat. Akak pun tatau kayu apa. Kayu gaharu eh? Entahla..

Wangi…

Dah gondol sempena musim sejuk. Musim bunga lawa kot..

Lupa pulak nak tunjuk si Helvetia tu. Yang pompan sebelah kanan tu. Yang lelaki pegang tongkat tu tatau sape. Bopren dia kot. Tapi nampak bahagian vontots dia je. Dari depan takde pulak.. Sorry..Heehee..

Ni pulak view sekitar area tu..

Lepak sana kejap je. Sampai pukul 5. Tu pon dah terjerit-jerit si Sam tu ajak naik bas. Tak puas lagi nak round-round. Tapi apakan daya, terpaksa bergerak jugak sebab ikut jadual, kitorang akan dinner kat Montreux.

Kitorang sampai ke Montreux lebih kurang pukul 6 petang.

View dari depan restoran

Sedap gila apple tart tu.. Yang bawah ni, ikan. Ikan tu biasa je rasa dia..

Lepas makan, barulah kitorang check in hotel. Finally! Selepas hampir 24 jam tak jumpa katil. Haha. Kitorang tak stay kat Geneva tapi stay kat Montreux sebab kat Geneva tengah berlangsung acara motorcross. So, hotel kat Geneva semua penuh. Katanya!

Anyway, ni lah rupa dalam bilik aka.. Shantek kan?

Ok da.. Nantikan sambungannya. Tatau bila.. Hiks..