Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sebelum akak bertambah nyanyuk, baiklah kiranya akak sambung cite akak kat Italy. By the way, 9 Mac lepas, genaplah setahun akak pegi Italy tu. Keji tak dah setahun tak habis-habis lagi entry ni? *Nanges

Mehlah akak cuba recall balik hari kejadian setahun nan silam. Terima kasih kepada itinerary ke Italy yang akak masih simpan dalam henpon. Boleh jugak jadi tempat rujukan.

Basically, hari kedua kat Italy, kami habiskan dengan lawatan sekitar Rome dan juga Vatican City. Pehh!! Bila teringat cite Omputeh (Mission Impossible III) shooting kat Vatican City, rasa lagi membuak-buak nak tengok sendiri.

So, pagi-pagi tu macam biasalah, brekpes dulu kat hotel. Tapi paham-paham jelah. Apa sangatlah yang boleh dimakan. Buah, cereal, roti. Tu jelah kiranya. Alhamdulillah.

Lepas brekpes, kami pun naik bas ikut kumpulan masing-masing dan dibawa ke tengah bandar Rome.

Dari dalam bas, boleh nampak stesen-stesen minyak kat tepi-tepi jalan. Nak cakap stesen pun macam tak layak je. Sebab seketul pam je pun yang dia letak tepi jalan tu. Pastu taklah proper macam kat sini. Kalau yang senonoh sikit pun, macam stesen minyak Carrefour.

Kita kat sini, setiap stesen minyak paling kurang pun ada 3 pam kan? Kat sana sebijik pam je, lepas tu ada sorang duduk sebelah tukang jaga. Entah tokey dia ke, entah pekerja je.

Lepas tu, sepanjang jalan tu, ada dua tiga “stesen” yang akak nampak, harga minyak dia lain-lain. Dan dalam sehari, harga minyak boleh turun naik bertukar 2-3 kali. So, nasiblah kalau time kita isi tu dapat harga minyak tengah turun. Untunglah.. Kalau tak, mau masuk Facebook kena kutuk. Oppss!

Lepa lebih kurang setengah jam, sampailah kami di tengah-tengah bandar Rome. Kebanyakan kereta yg akak nampak, jenis compact car. Maybe sebab susah nak parking.

Turun je dari bas, dah ada tour guide yang menanti. Dialah yang akan explain sejarah-sejarah bangunan yang akan kami lawati pada hari tu.

Kami dah dipesan awal-awal supaya pakai kasut yang sesuai sebab hari kedua ni, memang akan banyakkkkk sangat berjalan. Oleh kerana tempat yang kami nak lawat ni adalah kawasan peninggalan sejarah, jadi kenderaan besar macam bas memang tak dibenarkan masuk. So, memang bas akan park kat tempat yang jauh sikit.

Tempat pertama yang kami lawat ialah Trevi Fountain. Trevi Fountain ni merupakan air pancut yang direka oleh arkitek Italy terkenal iaitu Nicola Salvi dan disudahkan oleh Pietro Bracci. Air pancut ini berketinggian 26.3 meter dan lebar 49.15 meter menjadi tarikan utama pelancong. Memang shantek sangat bergambo depan air pancut ni..

Di sekeliling Trevi Fountain ni banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata. Sempat jugaklah akak beli sikit-sikit kat sini. Kitorang lepak kat Trevi Fountain ni dalam 45 minit jugaklah. Banyaklah aksi-aksi yang tak ingin dilihat. Heehee..

Lepas tu, kami berjalan kaki pulak ke The Phanteon sebuah bangunan yang dibina pada zaman Roman Purba (118-128M). Sekarang dah jadi church.

Memang tak dinafikan, bangunan kat Rome ni memang lawa-lawa belaka. Senibina pun masih utuh walaupun didirikan ribuan tahun yang lampau. Memang terbaik.

Dah setel kat The Phanteon, kami berjalan kaki lagi ke satu tempat iaitu Piazza Navona. Piazza Navona ni merupakan satu dataran luas. Ala-ala dataran merdeka gitu. Kat dataran ni banyak ukiran-ukiran patung yang menjadi bukti kesenian orang-orang Italy. Memang cantik-cantik sangat. Yang 18sx pun banyak.. Opss!!

Kat dataran Piazza Novona ni jugak banyak gerai-gerai yang mempamerkan hasil seni orang-orang Italy. Ada lukisan. Ada kraftangan dan macam-macam lagi. Cuci mata jelah. Nak beli tak mampu. 🙁

Dah puas berselfie, berwefie dan macam-macam fie lagi, kami menuju ke bas dan dibawa ke masjid terbesar di Eropah iaitu Masjid Rome yang dibiayai pembangunannya oleh King Faisal.

Rupa dalam masjid pulak camni..

Selesai solat, barulah pegi makan. Kami dibawa lunch di restoran India. Sedap-sedap jugak masakan dia. Alhamdulillah.

Lepas makan, lebih kurang pukul 3 petang, kami menuju ke tempat bersejarah seterusnya iaitu Vatican City – tanah suci dan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik yang terkenal di dunia. Bley? Lepas pegi masjid terbesar, pegi pulak gereja terbesar. Huhu.. Belasah..

Sedikit mengenai Vatican City.

Statistik dikeluarkan PBB sehingga 12 April 2012, menunjukkan Vatican City di Rome, Itali, adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia iaitu 460 orang.

Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar). Kawasan yang terletak dalam wilayah Kota Vatican adalah Dataran St. Peter, Basilika St. Peter dan Istana Apostolik. Wilayah berkenaan dikelilingi satu tembok yang juga sempadan antarabangsa antara Vatican City dengan Itali.

Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali.

Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat muzium serta taman tinggalan Empayar Rom yang diisytiharkan Taman Warisan Dunia oleh Unicef. Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat penganut Roman Katolik dari seluruh pelusuk dunia.

Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan setem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil penerbitan. Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api atau lapangan terbang.

Berikutan ia sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Itali untuk laluan masuk ke Vatican City. Vatican City adalah pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik dunia. Ketua negaranya adalah Pope Benedict XVI.

Macam kelakar pun ada. Keliling bandar Rome, pastu tetiba tetengah dia ada negara lain. Pastu kan, Vatican City ni punyelah kaya, sampaikan pakgad yang menjaga pintu utama dan kawasan negara dorang “diimport” dari Swiss. Swiss guards ni semuanya terlatih under Swiss army. Semuanya warganegara Swiss, highly educated, ada diploma atau degree, tak boleh kertu-kertu, umur pun paling tua 30 tahun, fit, mesti penganut setia Roman Katholik dan BUJANG. Tak boleh kawen okeh! Strict sangat requirement nak jadi pakgad kat Vatican ni.

Jom kita jelajah Vatican City..

Sorry.. Sebenarnya kami tak dapat pun masuk dalam “negara” Vatican City tu. Hanya penduduk negara tu dan pelawat-pelawat yang ada pass tertentu je boleh masuk. Orang luar macam kita ni boleh tengok gereja  St. Peter’s Basilica, dataran dan kawasan kat luar-luar tu je. Tu pon dah kagum gila. Sebab cantik sangat senibinanya. Kalau dapat masuk “dalam” negara tu, mesti lagi best kan..

Untuk masuk ke St. Peter’s Basilica iaitu salah satu iconVatican City ni, kena beratur ye. Panjang pulak tu. Tapi laju jugaklah. Sebelum masuk, kena lalu pemeriksaan keselamatan yang agak ketat, agaknya takut orang bawak masuk bom kot.. Huhu..

Berikut adalah bahagian dalam St. Peter’s Basilica. Skema katanya..

Ada antaranya hasil ukiran Michaelangelo.

Basilica ni jugak jadi tempat pemakaman kebanyakan pope yang sebelum-sebelum ni… Tapi akak tak amiklah pulak gamba mayat yang diawet tu. Memang selamba je dia tunjuk. Tapi dalam peti kaca la.. Idokla boleh dipegang-pegang.. Hehe..

Oh lupa pulak nak cerita. Antara penyumbang utama ekonomi negara Vatican City ni ialah penjualan setem. Bley? Selain tu ialah bayaran masuk ke muzium, penjualan cenderamata untuk pelancong, publishing dan lain-lain. Akak pun sempat beli poskad dan pos kepada diri sendiri dari pejabat pos Vatican City ni. Saje nak ada cop setem dari sana. Hehe..

Sementara tunggu yang lain-lain, kami lepak kat dataran dulu. Cam biasalah.. Amik gamba tak abes-abes. Hiks!

Lepas dah puas pusing-pusing dan bergambo bagai, hari pun dah petang. So, kami “keluar” dari negara Vatican City, dan “masuk” semula ke Rome, Italy.

Pintu pagar yang memisahkan Rome dan Vatican City..

Swiss Army guard yang bersedia sepanjang masa..

Sedikit rupa “dalam” Vatican City. Kan best kalau dapat masuk..

Sementara menunggu waktu makan malam, kami diberi kebebasan untuk meronda dan melepak di tengah bandar Rome. So marilah kita fefeeling Omputeh…

Ni baru betul window shopping


Besar betul tindik telinga dia..

Acara seterusnya ialah Gala Dinner. Perut pun dah lapau…

Masa Gala Dinner ni, kami dijamu dengan makanan Italy terkenal – pizza, spagethi dan sup apentah. So, pizza asli memang nipis je. Rangup gitu. Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian dan tarian. Layan jelah kan..

Dah puas makan, mohle balik. On the way nak ke bas tu, lalu depan Vatican City lagi sekali.. Lawanya view waktu malam!

Dalam bas, akak membuta. Penat sangat satu hari suntuk berjalan. Kaki toksah cakaplah. Lenguh giler!!

Sampai je kat hotel, ada sesuatu yang berlaku.. Apakah dia? Sama-sama kita nantikan cerita akak yang entah bilala nak sambung ni.. Hiks… Okebai..