Hari kedua dimulakan dengan sarapan. Tapi kat sini seram sejuk nak makan sebarang-sebarang. Kang termakan Cik Babs, sape susah. So, saya amik cereal je dengan buah. Sekadar melapik perut.
Amari Watergate Bangkok
Hari kedua ni, aktiviti kitorang ialah pegi melawat dan bershopping di Floating Market. Sebenarnya aktiviti ni tak termasuk dalam aturcara yang disediakan oleh pihak syarikat sebab trip kali ni Free & Easy je. So, sukati nak pegi mana-mana. Tapi, dah alang-alang sampai Bangkok tu, pastu tak pernah pulak tengok ape rupa Floating Market tu, so kami seramai 45 orang, amik keputusan nak pegi sana. Transport untuk ke sana, kami sewa je salah sebuah tourist bus kami semalam tu. Tambang pegi balik dengan kos naik sampan kat floating market tu semua 700 Baht atau 70 hengget! Mahal la jugak kan?
Nak tau sebab apa mahal? Floating Market tu agak jauh dari kota Bangkok. Lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan. Floating Market kat Bangkok ni sebenarnya ada banyak tapi yang kitorang pegi ni yang paling besar dan menjadi tumpuan pelancong iaitu terletak di Damnoen Saduak, lebih kurang 110 km dari kota Bangkok. Ada tak macam jarak dari KL-Seremban? Ke jauh lagi?
Kitorang gerak dari hotel lebih kurang jam 8 pagi. Oleh kerana perjalanan yang agak lama, tourist guide tu sempatlah cerita asal usul Thailand, ajar perkataan Thai sikit-sikit. Antara yang sempat akak catit dalam henpon :-
Sawadee khap (krub) : Hello untuk lelaki
Sawadee ka : Hello untuk pompan
Pastu dia buat lawak. Dia cakap, oleh kerana kat Thailand ni dah ramai lelaki jadi pompan atau dorang panggil Lady Boy, so kalo nak cakap Hello untuk golongan ni ialah Sawadee ha. Haha..
Dia cerita gak, kalo nak buat operation untuk lelaki nak jadi pompan, cajnya seperti berikut… *matilaaa aku..haha
Pakej tukar jadi pompan – 500,000 Baht (RM50,000)
Nak buat curve macam badan pompan – 120,000 Baht (RM12,000)
Nak buang halkum dan tune suara jadi suara pompan – 110,000 Baht (RM11,000)
Nak tukar alat sulit – 120,000 Baht (RM12,000)
Harap membantu *terus kena panah petir!
Dia citer gak, dulu Thailand ni nama asalnya Siam (Sayam). Hanya pada 23 Jun 1939 nama Siam ni ditukar menjadi Thailand. Perkataan Siam ni dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Śyâma yang bermaksud “dark brown people”. Thailand diperintah oleh 4 Dinasti dan kerajaan tertua di Thailand ialah Sukhothai yang memerintah dari tahun 1238-1438, diikuti dengan Kerajaan Ayuthayya yang paling lama memerintah iaitu dari tahun 1350-1757 dengan 33 orang raja keseluruhannya dan Thailand juga merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tak pernah dijajah oleh Barat.
Pernah dengar Menam Chao Phraya? Menam tu bermaksud sungai. Menam Chao Phraya merupakan sungai terpanjang dan terpenting di Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan dan menyambungkan 4 sungai yang lain.
Ok, sudahlah dulu pasal sejarah Thailand ni kan.. Yang kelakarnya, akak sempat salin beberapa perkataan yang tourist guide ni cuba sebut dalam bahasa Melayu/Inggeris tapi jadi pelat :-
I gelenti – I guarantee
Rorong – Lorong
Blen – Brand
Pasar maram – Pasar malam
Jahat tak haku? Hahaa..
Lebih kurang sejam perjalanan, kami singgah untuk urusan tandas sambil beli jajan kat Kedai Serbaneka kat situ. Akak beli Mr. Potato. Made in Malaysia. Huhu..
Termenung kak?
Moteeep ada muka pelakon Korea kat plastik gula-gula?
Stesen minyak
Pastu kami teruskan perjalanan. Lebih kurang 9.40 pagi, kami tiba di Damnoen Saduak Floating Market.
Yeayy! Sampai dah.. panas woiii…
Banyak gerai jualan
Beratur nak naik sampan
Satu sampan boleh muat 6 orang.. Macam biasa, akak belasah je naik dengan sape-sape.
Best!
Terujah!!
Pelancong dari India kot
Dalam pada terbelasah naik dengan sape-sape ntah, tetiba akak terdapat naik dengan boboy hensem anak Haji Zaki. Bapak dan anak sama-sama agent. Bapaknya tak pegi, tapi dia siap message kat wall FB akak soh jaga anak dia. Baiklah abah! Akan saya jagakan anak abah bagai menatang minyak yang penuh.. Hahaa..
Boboi atau nama sebenarnya Amal ni sebaya dengan lu, Syahir – baru 22 tahun!
Hepi nampak!
Beg bergantungan
Syok minum air kelapa. 20 Baht atau RM2
Jual bahulu ke kak?
Telur sebuntil. Nampak tak tong gas tu? Korang mampu letak tong gas dalam sampan?
Macam putu piring je
Tudiahhh beg LV dalam sampan. Mampoooo??!
Va alip va ya kah? Ke katak goreng? Eeeuuuwww!!!
Air sungai yang kotor tapi tak berbau busuk. Maybe bukan kawasan nelayan so takde bau ikan
Makan dalam sampan
Diva sangat makcik ni. Berkipas uols!
Apa yang akak shopping kat atas sampan tu? Buah laici, fridge magnet 4 ketul dan kraftangan bentuk perahu. Tapi sakit hati bila memikirkan fridge magnet tu. Menyesal akak beli kat situ. Mahal gilerr berbanding beli kat shopping mall! Hampeh!!
Lebih kurang sejam atas sampan, kami pon balik. Tapi biasalah, sempat lagi amik gamba sementara tunggu yang lain shopping-shopping kat kedai kat situ pulak..
Akak dan laici
Sebijik laici
Segugus laici
Selepas melawat floating market, kami dibawa pula ke Gems Gallery yang menjual batu permata dan sutera Thai, terletak di Samsaennaim Phayathai, Bangkok.
Tengah menengok orang mengilatkan permata. Padahal tak boleh amik gamba. Awek Siam tu cakap “No camera, no camera”. Tapi dah dasarrr degil..
Nampak tak permata kaler hijau tu?
Pastu akak merayap pulak kat gedung sebelah dia yang menjual sekalian macam sutera Thai..
Tak gila menengok sutera Thai pelbagai warna?
Tanteknye..
Apa yang akak beli kat Gems Gallery ni? Takde uols! Tak kuasa nak beli batu-batu permata berpuluh ribu.. *Padahal tak mampu. Nanges!
Sementara tunggu yang lelain shopping, akak duduk jela kat dalam gallery tu. Nak keluar, panas pulak. Tak tahan.. Sambil tu, sempat amik gamba tuk-tuk ni..
Masa kat sini, ada beberapa orang daripada kami yang blah dulu pegi shopping kat tempat lain iaitu di Chatuchak (Jatujak) Weekend Market. Saya tak ikut sebab tourist guide bagitau tempat tu agak panas sebab dia ala-ala flea market. Dahla tak bape sihat, kang lagi makin selsema batuk pulak.
Walaupun flea market, kat Chatuchak tu ada lebih kurang 5,000 kedai uols. Pitams! Tapi bebudak yang pegi pasar tu bagitau memang heaven la shopping kat situ. Ada yang masa memula datang Bangkok, bawak 1 beg kecik je. Bila kuar dari pasar Chatuchak, siap beli beg balik kampung yang besar tu lagi 2. Memang borong habes!!
So, gamba kat Chatuchak takde la sebab saya tak pegi. Dengar cite dorang-dorang yang pegi tu je la, macam tak puas lagi bershopping. Saba je haku..
So, kami yang tinggal kat Gems Gallery ni, akhirnya pada jam 2 petang dibawa pulang ke hotel untuk solat dan akan keluar semula untuk meneruskan aktiviti shopping di pusat membeli belah terkenal di MBK Centre atau nama penuhnya Mahboonkrong atau disebut juga Majlis Bandaran Kelantan oleh tourist guide kami. Memandai je dia. Haha. Dia cakap, MBK ni lebih kurang Chatuchak cuma lebih selesa sebab dalam bangunan ber’aircond’. Cumanya harga barang-barang kat MBK ni mahal 20-30 Baht (RM2-3) la dari harga kat Chatuchak. So, pilihan di tangan anda. Panas = Murah atau Sejuk = Mahal? Hiks…
MBK Centre ni dibuka pada tahun 1985 dan merupakan shopping mall paling besar di Asia pada masa tu. Wahhh!! Kiranya Thailand lagi advance la daripada Malaysia kan? Yela, Mid Valley yang kononnya shopping mall terbesar di Asia tu pun bukak tahun bila kan? MBK ni ada lapan tingkat dan ada lebih kurang 2,000 kedai dalam dia termasuklah department store Tokyu. Siap wayang sume ada kat sini.
Salah satu sebab lain kenapa akak tak ikut geng lain pegi Chatuchak tu sebab akak dah janji dengan member akak nak jumpa dia kat MBK. Member akak ni keje kat Bangkok. Agaknye dia baca status FB yang akak nak gi Bangkok. Pehtu dia SMS mintak beli barang kat Tesco. Sudahnya, 2 malam sebelum trip ke Bangkok tu, akak pegilah bershopping kat Tesco. Beli tepung, gula, tomato puree, ikan bilis, kicap, sos bagai. Akak tanye dia “Haiiii, dah takde ikan bilis, tepung ke kat Bangkok tu sampai nak kena import dari Malaysia?”. Dia reply “Memang ada tapi tak tentu lagi halalnya“. Oke, fine! Marilah kita tolong beliau. Seb baik gak tak kena tahan kat epot, kot dorang ingat tepung gandum yang akak bawak tu dadah. Hehe..
Ok sambung balik, perjalanan dari hotel ke MBK ni mengambil masa lebih kurang 20 minit walapun jarak tak jauh. Tapi biasalah, jem kat Bangkok ni boleh tahan hazab dia.. Sementara bas terhegeh-hegeh dalam jem, akak pon snap la gamba-gamba dari dalam bas..
Teksi pink uols! Ni mesti peminat kumpulan Jambu Maharaja Lawak ni.. Heeheee..
Signbod ni tataula apa makna dia. Mungkin Stesen Penimbang? Entah.. Ke BN vs PAS? Haha..
Sampai je kat MBK tu, akak terus SMS kawan akak soh dia tunggu kat Yana Restaurant. Sebelum turun dari bas, tourist guide kami dah bagitau yang restoran ni ialah salah satu restoran halal yang ada kat foodcourt MBK tu. So, bolehlah makan sekali dengan dorang. On the way nak pegi tempat tu, terserempak pulak dengan kawan akak tu dan isteri serta anak dia kat depan lif. Bagus! Haha boleh naik sekali.. Kat depan lif jugaklah kitorang buat aktiviti pemindahan barang-barang yang dipesan dari beg akak ke beg dorang. Berat woii! Mau gak la 6-7 kg yang akak pikul.
Pintu lif pon akak amik.. Dasarrr!!
Sampai je Yana Restaurant kat tingkat 5 MBK tu, teruslah order. Rupanya, ramai dah budak-budak PruBSN yang akak tengok tengah makan kat situ. Kebulur semuanya. Memang pon, dah pukul 3 petang masa tu. Giler tak lapa?!
Yana Restaurant
Apa yang kami order? Mari saksikan.. Silakan masuk menu pertama…
Tomyam Campur Mabelesss!
Daging blackpepper
Udang Goreng Tepung
Pencuci mulut – apentah nama dia
Satu lagi telur dadar. Total sume dengan air 900 Baht atau RM90. Lebih kurang kalo makan kat Vicchuda kat sini la kot.
Antara agent PruBSN yang dah sampai dulu
Member akak – Jepp
Wife Jepp dan anaknya
Lepas kenyang, akak soh dorang tunjukkan tempat shopping yang murah dalam MBK tu. Sebelum tu, tunggu dorang solat dulu. Alhamdulillah, walaupun negara bukan Islam, ada surau disediakan dalam shopping mall tu. Jom tengok kedai apa ada dalam MBK tu…
Sekelian macam handbag. Moteep uols berniaga kat sini BW?
Ni kedai emas tak silap..
Barang-barang perhiasan
Haa, dalam banyak-banyak kedai, akak dok mencangkung pilih kain kat kedai ni. Thai Silk uols! Murah je sebab minah ni kenal kawan akak, so dia bagi harga runtuh. Dari 700 Baht, akak dapat 400 Baht. Okla kot. Almost 50% discount..
Minah Siam..
Lepas dah bershopping kat MBK, akak ajak member akak balik hotel sebab kononnya kitorang nak sambung bershopping kat shopping mall depan hotel akak tu. Lalu penyesalan bermula sebab buat penat je pikul kicap tepung tu semua sampai ke MBK, sudahnya balik semula ke hotel akak. Tapi yelah, mana nak tau plannya jadi camni kan.. Dari MBK ke hotel akak, kitorang naik teksi. Tambah satu teksi 100 Baht atau RM10. Takle jauh sangat. Dalam 15 minit camtu..
So, dorang lepak kat hotel akak sampai Isyak (7.50 malam). Pastu kitorang pun turunlah nak pegi shopping mall depan hotel tu. TUTUP uols!!!! Moteeeepppp?? Baru pukul 8 kot!! Kejizzz!! Sudahnya, member akak balik jela umah dorang.. Sebelum tu akak dera dulu Jepp amik gambo akak depan hotel..
Lepas dorang balik, akak pun sangap tatau nak buat ape. Ada client akak bagi duit soh beli T-Shirt Hard Rock Cafe tapi cemana akak nak pegi HRC tu. Tak reti! Dahla masa tu sorang-sorang. Akak SMS sorang brader ni ajak pegi. Dia reply “Abang dah tua Jie, tak layan dah benda-benda tu“. Hahaha, fine! So, akak lepak la kat lobby. Tak lama lepas tu, nampak Kak Yati and the geng turun. Bila tanye nak gi mane. HRC!! Bagos, boleh akak menyebok sekali.
Sume kitorang yang nak pegi HRC ni ada 10 orang. So, kitorang amik 2 teksi!
Haaa.. Sampai dah..
Sempat masuk jap tengok liveband..
Lepas dah beli T-Shirt yang client akak kirim, kitorang pun jalan-jalan sekitar tu untuk carik tempat lepak-lepak minum-minum. Sambil jalan tu, terjumpalah beberapa benda yang unik..
Tempat lepak sambil tunggu bas/teksi oleh Lipton
Bola besar dalam kotak kaca oleh Pepsi
Kasut Adidas dalam gulungan besi
Apa yang dapat disimpulkan daripada objek-objek di atas? Advertising uols! Tapi dalam cara yang unik. Bukan guna signbod tapi lebih kepada objek-objek yang boleh kita guna. Misalnya bangku Lipton tu, boleh guna untuk duduk rehat-rehat. Bola Pepsi dan kasut Adidas tu, bolehla guna untuk props amik gamba. Haha..
Ni showroom Toyota
Yang ni pulak tempat tunggu bas/teksi
Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai kat sini – True Coffee..
Yang tengah tunjuk-tunjuk ni Kak Ana. Dia lah yang belanja kitorang 10 orang ni minum kat situ. Sanggup datang dari KL ke Bangkok semata-mata nak tunaikan janji dia nak belanja kitorang minum kat Bangkok! Ko mampooo? Love u sis!
Havoc dan happening sampai Kak Ana pun pening.. Hiks
Bila akak cek wallet, duit pon dah tinggal nyawa-nyawa ikan. So, apa lagi.. Kena withdraw laa..
Tunggu orang beratur.. Moteeep seluar uols polkadot?
Abes lepak lebih kurang pukul 10 malam. Lepas tu dorang nak pegi berurut pulak. So, kita follow je. Dari area HRC nak ke tempat urut tu, kitorang naik tuk-tuk. First time nih! Teruja!!
Masa ni tengah berhenti kat lampu merah. Pastu tiba-tiba driver tuk-tuk tu matikan enjin. Ingatkan kenapa. Rupanya penjimatan tenaga api uols! Kih kih..
Akhirnya kami sampai kat tempat urut tu… Rangnam Spa & Massage. The best massage centre katanya..
Akak dengan 3 orang lain tak masuk berurut pon. Dok luar je tunggu budak-budak lain yang nak berurut. 2 jam gakla.. Tua menunggu je.. Haha..
Melayan boring
Dah dibagi amaran awal-awal..
Pakej urut tu tak silapnya 800 Baht untuk 2 jam. Memang murah la kan.. Dorang setel dah nak dekat pukul 1 pagi masa tu. Mata memang dah tak boleh nak bukak la.. Keluar je dari tempat urut tu, tengok-tengok tuk-tuk kitorang dah tunggu dah. Bagus. Jom balik hotel..
Sekian saja aktiviti akak pada hari kedua di Bangkok. Nantikan sambungan Bengkok di Bangkok : Bahagian III