Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Isnin lepas (17 Disember), lagi sekali PruBSN Takaful menjamu agent-agentnya dengan durian. Kalau seperti tahun-tahun yang sudah, kami berpesta durian di ofis PruBSN Takaful Wangsa Maju tapi kali ni tukar tempat pulak. Kali ni kat opis PruBSN Takaful Seri Rampai.

Dua bakul besar penuh durian yang kami balun. Tapi akak makan 4 ulas je. Baik kan akak? Haha. Padahal dah tak larat lagi dah..

Jomla tengok gambo je..

Lepas makan durian, sambung pulak dengan cabutan bertuah barangan elektrik untuk agent-agent yang submit case di antara 1-14 Disember. Ada 30 hadiah semuanya. Uols rasa-rasa akak bertuah tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaa.. Opkos la bertuah.. Alhamdulillah.. Akak dapat voucher Seng Heng Iron Steam jenama Philips..

Bukan tu je. Malam itu juga, Chief Agency Officer kami iaitu Encik Wan Zamzuri mengumumkan bahawa PruBSN Takaful telah diiktiraf sebagai pengendali Takaful terbaik. Bukan setakat kat Malaysia okeh. Terbaik di Asia gitteww.. Dan hari ni, pengumuman tersebut telah terpampang satu mukasurat besar di dada-dada akhbar terpilih iaitu Berita Harian, Harian Metro dan The Star.

Ok dah.. Tu je akak nak citer.. Vavaii..

Insurans/takaful ni ibarat spare tyre dalam boot keta kita. Aikk.. cemana tu?

Cuba cek, bape tahun dah kita tak pakai spare tyre tu? Setahun? 3 tahun? 5 tahun? Kenapa tak pernah pakai? Sebab, Alhamdulillah tayar keta kita tak pernah pancit kat tetengah jalan.. So, kalo dah 4-5 tahun tak pernah pakai, nape kita bubuh gak dlm boot? Kuarkan jela.. Buang ke.. Yelah, bagi berat keta je. Minyak pon banyak pakai..

20121117-074243.jpgBukan spare tyre yang ni ye.. Huhu..

TAPI, kang kalo tetiba tayar pancit tetengah jalan cemana? Mana nak cekau tayar lain nak ganti, sementara pegi workshop tampal tayar. Atau tukar tayar baru?

20121117-074736.jpgHaa.. Yang ni baru betol!

YES.. Macam tu la jugak INSURANS/TAKAFUL ni. Bila kita tak memerlukan dia, memang terasa berat.. Berat nak simpan setiap bulan. TAPI, bila kita dah perlukan dia nanti, mesti akan rasa bersyukur sebab dah buat persediaan awal2..

So kesimpulannya, TAKAFUL = TAYAR SPARE DALAM BOOT KETA

Hiks, sekian