Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sabtu lepas akak dijemput ke satu majlis pertunangan member. Meriah uols! Macam majlis kahwin. Majlis pertunangan ni bukan dibuat kat rumah bakal pengantin sendiri tapi dibuat kat sebuah rumah banglo yang boleh disewa kat dalam Tasik Titiwangsa nuuu. Nama banglo tu Sumira Place. Festaim in mai laif, tau benda-benda macam ni boleh dibuat. Kalau aritu akak pernah tulis entry pasal salah sebuah rumah kat blok rumah akak ni dijadikan homestay kan? Kali ni, rumah kita pun boleh kita sewakan jadi tempat orang buat majlis kahwin. Ape nak kesah. Ada duit, sume boleh jadi!

Majlis start pukul 8 malam tapi akak dengan sorang member lagi pegi awal sebab member akak tu dihire jadi MC. Haa kau! Siap ada MC bagai. Kelllasss kan?

Mehla akak tepek sikit pasal Sumira Place ni..

Sumira Place merupakan Banglow 2 tingkat terletak di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, merupakan tempat yang ideal dan eksklusif untuk di jadikan majlis perkahwinan. Antara kemudahan yang disediakan :-

  • Sebuah ruang anjung utama tingkat bawah untuk acara persandingan
  • Dua buah bilik untuk istirehat dan solek pengantin
  • Sebuah meja panjang santapan raja sehari di tepi kolam renang
  • Sebuah ruang berkonsepkan ala Kopitiam
  • Ruang meletak kenderaan yang luas
  • Persembahan hiburan (nyanyian,kompang dan lain-lain)
  • Pelbagai pilihan menu hidangan

Amacam? Nak try buat majlis kat sini? Nah link dia – Pengantin Ekslusif. Oleh kerana kami sampai awal, sempatlah berborak dengan staff dia. Menurut kata brader tu, owner banglo yang juga merupakan seorang chef, duduk tingkat atas. Kat bawah, dia jadikan ruang untuk disewa oleh sapa-sapa yang nak buat majlis kahwin atau apa-apa majlis lah. Dorang sediakan pelamin, catering, meja makan semua lengkaplah. Brilliant idea! Senang kan? Rumah sendiri tak payah berkecah-kecah. Buat je kat sini. Lepas majlis settle, tak payah nak penat-penat kemas. *Start kompol duwet dari sekarang!

Jom jela tengok gambo ye..

Pelamin kecik tempat menunggu sebelum dipanggil untuk sarung cincin

Pelamin utama

Asnida – MC of the day

Menunggu rombongan pihak lelaki tak sampai-sampai

Haa.. Sampai dah.. Siap ada marquee sign lagi kat atas pintu masuk – SELAMAT BERTUNANG..

…ZARINA & NABIL

Nampak tak pompan tudung kuning yang tengah menoleh tu. Tu lah dia Datin Suliza Salam. Penyanyi yang pernah glamer tahun 80-90an dulu.. Dia ni salah seorang kerabat rombongan pihak lelaki

Bakal mak mertua – Dato’ ******* dan member akak

Selesai acara menyarung cincin

Pompan ni jugak tak naik-naik pelamin. Kah kah!

Hantaran daripada pihak lelaki

Lawa kan?

Lepas majlis selesai, kami dijamu dengan hidangan yang lazat-lazat kat luar rumah. Ada kambing panggang, kuih muih dan lauk pauk yang sedap-sedap semuanya. Dah setel semua, lebih kurang pukul 10 malam kitorang pun balikle..

Nak tengok gamba-gamba sekitar Sumira Place tu? Ni akak amik dari Fan Page dorang je.. Enjoice!!

Cool!








Isnin lepas (17 Disember), lagi sekali PruBSN Takaful menjamu agent-agentnya dengan durian. Kalau seperti tahun-tahun yang sudah, kami berpesta durian di ofis PruBSN Takaful Wangsa Maju tapi kali ni tukar tempat pulak. Kali ni kat opis PruBSN Takaful Seri Rampai.

Dua bakul besar penuh durian yang kami balun. Tapi akak makan 4 ulas je. Baik kan akak? Haha. Padahal dah tak larat lagi dah..

Jomla tengok gambo je..

Lepas makan durian, sambung pulak dengan cabutan bertuah barangan elektrik untuk agent-agent yang submit case di antara 1-14 Disember. Ada 30 hadiah semuanya. Uols rasa-rasa akak bertuah tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaa.. Opkos la bertuah.. Alhamdulillah.. Akak dapat voucher Seng Heng Iron Steam jenama Philips..

Bukan tu je. Malam itu juga, Chief Agency Officer kami iaitu Encik Wan Zamzuri mengumumkan bahawa PruBSN Takaful telah diiktiraf sebagai pengendali Takaful terbaik. Bukan setakat kat Malaysia okeh. Terbaik di Asia gitteww.. Dan hari ni, pengumuman tersebut telah terpampang satu mukasurat besar di dada-dada akhbar terpilih iaitu Berita Harian, Harian Metro dan The Star.

Ok dah.. Tu je akak nak citer.. Vavaii..