Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

4 hari lepas punye cerita, baru sibuk nak blog.  Hehe, ape nak buat. Busy memanjang..Seperti tahun-tahun lepas, saya dapat lagi tiket ke AJL untuk tahun ni. 2 tiket VIP. Tahun ni saya ke AJL berdua dengan Nadia.

ajl-2010-048

ajl-2010-056
Cantik kad jemputan yang berkonsepkan Origami

Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 6 petang dan sampai ke Bukit Jalil hampir waktu Maghrib. Oleh kerana hikmat menahan kentut telah mencapai tahap dewa (sebab dah siap-siap amik wudhuk dan siap bermekap kat rumah), masuk je waktu Maghrib, kami solat dulu. Duniawi-duniawi, jugak. Akhirat jangan dilupa. At least kalo stadium kena bom, kami mati dalam iman. Ahaks..

ajl-2010-042
Dalam keta sambil menahan kentut

Lepas solat, kami berjalan kaki ke Stadium Putra. Jauh gak nak kena jalan sebab kami park kereta di Stadium Nasional. Sampai sahaja di hadapan Stadium Putra, punyelah ramai umat manusia tengah berebut nak masuk. Dengan para artis tengah sibuk berjalan dan diinterview di red carpet. Peminat-peminat pulak sibuk nak amik gambar artis. Setelah berkepam ketiak dan bergesel-gesel antara satu sama lain, saya dan Nadia berjaya meloloskan diri ke dalam stadium.

ajl-2010-061
Punyelah ramai umat manusia

ajl-2010-059
Bersedia untuk bergasak-gasak masuk stadium

Tiket VIP kami bukanlah tiket VIP di kawasan ARENA (tempat para artis duduk) tetapi VIP Aras 3. Agak selesa dan betul-betul menghadap pentas. Mujur juga tak duduk di ARENA sebab punyelah padat sampai krew-krew TV3 terpaksa tambah kerusi untuk mereka. Tak pasti sama ada, ada mereka-mereka yg mengelat masuk ke ARENA walaupun takde tiket.

ajl-2010-079
Macam ulat. Kalau seramai inilah yang tengok Akademi Al-Quran kan bagus (termasuklah saye..huhu)

Kalau nak diikutkan logik, sepatutnya pihak TV3 tak bolehlah cetak tiket VIP ARENA lebih daripada kapasiti dewan. Serupa jugak dengan tiket VIP untuk Aras 3. Sudahnya tangga di sebelah tempat duduk saya pun penuh dengan pemegang-pemegang tiket VIP (kononnya) tapi terpaksa duduk atas tangga je. Kesian..

ajl-2010-068
Sementara tunggu acara start, wajibla kita bercam-whore dulu

Tepat jam 9 malam, macam yang korang tengok kat TV, persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter memangla power nak nampos. Kalau dengar live kat dalam dewan, lagilah malatop. Meremang bulu roma. Begegar-gegar kerusi. Seterusnya persembahan daripada artis-artis yang bertanding hingga ke artis penutup iaitu Jeffrey Din & The Siglap Five, Jay Jay & Carefree, Search dan MUH. Masa kesilapan teknikal berlaku waktu Jay Jay membuat persembahan tu, cuak jugak. Ingatkan takde elektrik sebab keadaan dalam dewan jadi gelap. Maybe masa dorang menari-nari tu terpijak kabel kot.

ajl-2010-090
Siti dan Lan yang malatop

Sementara penonton di rumah menonton siaran iklan, kami di dalam stadium dihiburkan oleh Nabil (Raja Lawak), Sharifah Shahirah dan seorang lagi yang dipanggil Angah (tak kenal). Topik dorang ialah memperkatakan kategori-kategori lagu yang dipertandingkan (tahun ni kan takde kategori-kategori macam tahun-tahun lepas. So, semua bertanding sekali harung je..) Boleh tahanlah kelakar tapi Nabil tu laser gakla mulut dia. Kesian Sharifah Shahirah kena buli.

Camnila lebih kurang lawak dorang..

Segmen Pertama

Lepas persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter

Nabil : Ya, kategori lagu selepas ini ialah LAGU YANG ADA HURUF JAWI.

Angah : Cemana lagu tu?

Nabil : Mengapa bah kau berubah, mengapa bah?

Sharifah Shahirah : Mana huruf jawinya?

Nabil : Tu, mengapa bah (huruf “ba”)

Angah : Cuba ko tukar huruf “ya”

Nabil : Mengapa ya, kau beruya (suka-suka hati je “beruya”). mengapa ya..

Sabo jela..

Lagi satu segmen last sebelum keputusan diumumkan

SEGMEN TERAKHIR

Nabil : Tahun ni kita ada kategori LAGU KONTROVERSI

Sharifah Shahirah : Cuba nyanyi

Lagu ni dinyanyikan ikut rentak Wassini – Waheeda

Angah : Lu mana…..

Nabil : Wassini…

Angah : Lu dengan sapa…

Nabil : Wa dengan Akhil Hayy…

Lawak ok. Satu dewan gelak besar. Pastu terus dorang lari gi belakang pentas.

Siti antara yang menjadi juri malam tu tapi lepas Faizal Tahir habis buat persembahan je, Siti pun balik. Saya tau sebab nampak dia melintas kat bawah kitorang. Maybe dia nak celebrate birthday kot. Yelah, tepat pukul 12 kan dah masuk 11 Januari – tarikh lahir dia. Saya agak je. Huhu

ajl-2010-339
Sebelum blah, kenalah amik gamba dulu

Secara keseluruhan, saya sangat terhibur dengan persembahan AJL kali ni. Lepas je penyampaian hadiah, saya dan Nadia cepat-cepat keluar sebab takut jem. Bila sampai kat parking lot, tak jumpa kereta sebab tak ingat letak kat mana. Maklumlah, masa siang bila sampai, kereta tak banyak lagi. Bila dah malam, punyelah penuh kereta. Dekat setengah jam jugakla baru jumpa kereta. Mujur juga jammed tak lama. Akhirnya kami sampai ke rumah pukul 1 pagi. Ape punye anak dara daa…

Ngeri tak baca tajuk entry ni? Haha, sebenarnya bukan KDN yang rampas barang-barang Carrefour sebab mahal ke, apa ke. Kami ejen-ejen PruBSN Takaful yang membuat aktiviti rampasan barang-barang di Carrefour seawal jam 7.30 pagi, semalam.

Untuk pengetahuan pembaca, kami ejen-ejen PruBSN Takaful telah diberi ganjaran untuk bershopping secara percuma mengikut tempoh masa yang diberi. Ganjaran ini diberikan kepada ejen-ejen yang mencapai target jualan yang ditetapkan pada Julai lepas. Ada yang dapat bershopping selama 1/2 minit, 1 minit, 3 minit dan paling lama sebanyak 16 minit! Ilang akal. Seramai 140 ejen yang layak.

Memang setiap tahun PruBSN Takaful membuat aktiviti seperti ini dan tahun ini adalah tahun yang ke-2. Oleh kerana saya baru saja join PruBSN pada Mei yang lepas dan dapat pula ganjaran seperti ini, jadi saya sangatlah excited. Alhamdulillah, saya berjaya untuk layak bershopping FREE selama 3 minit! Yeehaa!! Tahun ini contest ini dinamakan Supermarket Sweep.

Sampai terbang
Sampai terbang kitorang bershopping!

Kami dikehendaki berada di Carrefour Wangsa Maju pada pukul 7 pagi kerana acara diadakan pada 7.30 pagi. Yelah, mestilah buat time orang ramai belum ada. Kang lagi havoc. Selepas Subuh, saya dan seorang lagi rakan yang layak dah bertolak ke Wangsa Maju. Kami sampai lebih kurang jam 6.40 pagi dan kami lihat dah ramai pun ejen-ejen lain di situ. Makan pagi disediakan dan saya hanya menjamah 2 keping sandwich dan teh tarik saja. Kang banyak sangat makan, tak larat nak lari pulak. Sebelum memulakan acara, kami dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dan masing-masing diberikan tag untuk diikat di tangan. Oleh kerana saya menang 3 minit bershopping, maka saya mendapat 3 keping tag iaitu satu tag untuk setiap 1 minit.

Kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis
Kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis

Ucapan pembukaan daripada CEO PruBSN Takaful
Ucapan pembukaan daripada CEO PruBSN Takaful

Panas gile masa. Ekon tak bukak lagi..
Panas gile masa. Ekon tak bukak lagi..
Meriah gile kan?
Meriah gile kan?

Selepas kata-kata aluan Pengerusi Majlis dan ucapan daripada CEO PruBSN Takaful, acara pun dimulakan. Berdebar-debar siot. Mujur saya bukan di pusingan pertama. Bolehlah riki-riki (recce) terlebih dahulu, rak mana yang best dan mahal-mahal barangannya. Peserta yang belum sampai giliran, tidak dibenarkan memasuki kawasan rak. Hanya boleh melihat dari jauh di luar kaunter. Giliran saya adalah pada pusingan ke-5, ke-10 dan ke-15. Pada mulanya saya fikir saya boleh bershopping selama 3 minit tanpa henti. Rupanya, setiap pusingan hanya diberikan masa 1 minit saja. Kesemuanya ada 28 pusingan.

Sementara menunggu giliran
Sementara menunggu giliran
Tengah memasang strategi
Tengah memasang strategi

Apabila nama saya dipanggil untuk pusingan ke-5, saya pun bersiap sedia memasang kuda-kuda sambil memegang troli. Preetttt!! Apabila wisel dibunyikan dan muzik bermula, saya dan ejen-ejen lain pun berlari sambil menolak troli dan tangan pun laju mencapai rak di kiri kanan untuk mengambil barang-barang yang sempat. Macam orang gila pun ada. Yang eksiden jangan cakap, yang berterabur, terjatuh, bersepah-sepah. Lawak gile. Time nak hangkut beras 10kg tu bukan main hazab. Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki menolak troli yang penuh barang-barang tu ke kaunter untuk dikira. Semuanya akan dibayar oleh PruBSN Takaful! Syok gila. Pusingan pertama saya berjaya merampas barang-barang yang bernilai RM186.20!

Bersama hasil rampasan pusingan pertama
Bersama hasil rampasan pusingan pertama

Oh, ya! Bukan semua barang yang dibenarkan untuk dikaut. Barangan seperti susu formula dan kosmetik tidak dibenarkan. Rak untuk barang-barang tersebut dah disita siap-siap. Agaknya sebab mahal sangat kot. Barang-barang basah seperti ayam, nugget,  Selain itu, kami juga tidak dibenarkan mengambil barangan yang sama barcode, sama saiz, sama berat pada satu-satu masa (pusingan). Misalnya, kalau saya ambil Nescafe 3 in 1 dan Milo 3 in 1 yang sama berat, salah satu barang akan dikeluarkan dari troli saya untuk dikira. Ataupun sekiranya saya mengambil 2 kampit beras walaupun jenama lain-lain, tetap satu kampit beras tidak akan dikira. Untuk pusingan pertama, saya banyak rugi sebab tak berapa faham dengan syarat yang diberikan. Jadi, banyak barang yang saya ambil, tidak dikira. Cis!

2 troli penuh!
2 troli penuh!

Bila dah masuk giliran saya yang ke-2 dan ke-3, ape lagi, mengaut barang macam orang gilala kan. Tapi tu lah, nak ambil Dynamo, terambil cecair pencuci cap Carrefour! Nak ambil biskut Julie’s, terambil beskot cap Carrefour gak. Hampeh. Sebab cap Carrefour tak mahal sangat. Haha, tak reti bersyukur.Kalau pusingan pertama saya berjaya mengaut barang-barang bernilai RM186, pada pusingan kedua saya berjaya merampas barangan bernilai RM206 dan barang-barang bernilai lebih kurang RM386 pada pusingan ke-3. So, jumlah keseluruhan barang yang berjaya saya kaut hampir RM800. Beras 10kg sebanyak 3 kampit (diambil satu kampit pada setiap pusingan),  minyak masak botol Seri Murni yang paling besar 2 botol, pencuci kain, softener, sabun serbuk, mandian dan syampu berbotol, kopi, teh, wangian dan macam-macam lagi. Pendek kata penuh gila boot keta. Dengan 2 orang lagi yang menumpang barang di kereta saya, sampai tempat duduk penumpang pun kami letakkan barang.

Askar-askar PruBSN Takaful bersama harta rampasan perang. Hiks!
Askar-askar PruBSN Takaful bersama harta rampasan perang. Hiks!

Acara berakhir lebih kurang 8.30 pagi sebelum Carrefour dibuka kepada orang ramai. It was a great and fun activity! Saya rasa, mungkin PruBSN berhabis lebih RM100,000 untuk membayar barang-barang yang kami kaut kepada Carrefour. Alhamdulillah, bersyukur sangat dan terima kasih kepada PruBSN Takaful atas peluang yang diberikan. Ini menambah lagi semangat saya untuk membuat sales. Huhu..

Barang-barang diletakkan di tempat duduk penumpang pun kena pakai seat belt
Barang-barang diletakkan di tempat duduk penumpang pun kena pakai seat belt

Ok, kepada pembaca yang berminat nak jadi ejen PruBSN Takaful boleh hubungi saya. Banyak ganjaran yang boleh direbut selain komisyen yang lumayan. Kepada pembaca yang belum ada insurans/takaful atau medical card pun jangan malu-malu contact saya okeh.

Oklah, saya nak bersiap-siap hantar barang kat mak saya di Bukit Beruntung. 3 bulan tak payah shopping! Haha. Maklumlah, tak pernah seumur hidup bershopping barang-barang dapur sampai 800 hengget! Ok, daa…