Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Assalamualaikum uols..

Macam cite trip ke Italy yang baru akak habiskan aritu (Pheww.. Finally!), trip ke Morocco & Spain ni pun sama dah basi sebenarnya. Trip PruBSN ni akak qualify tahun lepas. Peginya pun bulan April 2015. Dah nak masuk setahun. Keji kan?

Menulis memang minat akak tapi dengan adanya FB, blog ni dah lama akak tinggalkan. Padahal blog ni lah dulu tempat carik makan. Tempat dapat client baru. Aduii.. Ni semua salah Mark Zuckerberg. *matilah salahkan orang lain.. Heehee..

Oklah, barang yang lepas jangan dikenang. Jom lah kita baca benda yang akak nak merepek ni. Nak tanak, akak kena dokumenkan jugak dalam blog. Kalau tak, takde pulak kenangan masa tua-tua nanti.. Gituhh..

Trip ke Morocco & Spain ni merupakan trip terpanjang yang pernah akak qualify selama akak kat PruBSN. Selalunya trip kitorang dalam 6-7 hari je. Tapi trip kali ni kami pergi dari 12 April sampai 21 April 2015. 10 hari 7 malam.

Kami berlepas dari KLIA jam 9 malam menaiki pesawat Qatar Airways. Ni pun first time akak naik Qatar. Selalunya naik Emirates. Best jugak. Kalau naik Qatar, akan transit kat Doha.

Kami sampai Doha lebih kurang pukul 11.45 malam atau 4.45 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Doha mengambil masa 7 jam 45 minit. Transit kat sana selama lebih kurang 2 jam 40 minit.

Salah satu tarikan kat Airport Doha. Bear besau!

Hampir 3 jam transit di Doha, kami terbang ke ke Casablanca, Morocco pada jam 2.20 pagi waktu Doha dan tiba di Casablanca pukul 9 pagi. Another 7 hours macam tu. Phewww… Kematu vontots! Masa tu kat Malaysia dah pukul 4 petang. So, cer kira bape jam akak tak mandi. Wakakaka…

Yeay!!! Dah sampai Morocco!!

Selpie. Luasnye dahi cam padang bola!

Aeroport Mohammed – apeke teruk benau dorang eja epot? 

Destinasi pertama kami di Morocco ialah Marakesh. Bergerak dari airport lebih kurang jam 11 pagi. Dari Casablanca nak ke Marakesh amik masa lebih kurang 2 jam perjalanan.

 

Plaza Tol 

Macam biasalah, dalam bas, tour guide kami pun explain la serba sedikit pasal Morocco ni. Menurut beliau, 95% daripada rakyat Morocco adalah Muslim. Daaaan…. Morocco merupakan negara Islam pertama yang dilawati oleh Kaum Yahudi. Marakesh (perkataan Arab) bermaksud country of sunset (Maghrib). Bahasa rasmi mereka ialah Arab dan bahasa kedua adalah French. Oh ya, Dasia iaitu kereta buatan French hanya berharga 7,000 euro di sana.

Menurut beliau lagi, setiap tahun mereka mengexport 700,000 tan sayur ke Eropah. Dan jangan tak tahu, dorang pun negara 4 musim. Masa kami pegi aritu tengah spring season. Selain tu, Morocco merupakan negara ketiga selepas Spain dan Greece yang mengexport buah zaitun dan juga negara pertama yang mengexport buah oren ke Eropah.

Nampak?? Akak catit okeh setiap fakta.. Hihi…

Minyak pulak dijual 1 litre 1 euro. So 1 litre minyak kat Morocco, kalau convert duit kita dalam RM4.70 camtu. Wow!!!

Populasi penduduk pulak, Casablanca diduduki oleh 4 juta orang, diikuti Fez 1.7 juta dan Marakesh 1 juta orang. Dan ibu negara Morocco ialah Rabat.

Lepas tour guide tu dah bebel-bebel pasal Morocco, akhirnya kitorang berhenti rehat kat R&R lebih kurang 20 minit. Best gak mengopi.

Pekat melekat!!

Lepas rehat, sambung lagi perjalanan.

Kebanyakan pemandangan kat Morocco cengginila..

 

Tol lagik..

Pokok zaitun.. Kot.. 😀

Rumah-rumah dorang mesti kaler merah

Fokok kelafa 

Kawasan perumahan

Ni perumahan ala-ala Sri Hartamas gituh..

Ni rumah orang ada-ada. Harga rumah around 1 juta USD!

Banglo okeh..

So, akhirnya kami sampai kat Marakesh lebih kurang 1.30 petang. Memang elok sangatla tu sebab terus pegi lunch. Kebuluranzz..

On the way nak ke restoran tempat makan tu, kami kena lalu macam dataran – Djema el Fnaa Square. Ala-ala uptown gitu. Tapi siap ada kuda. Kalau nak round naik kuda pun boleh.

Belum banyak peniaga lagi. Baru sikit je stall yang ada

Matahari terpacak atas kepala

 

 

Jalan punye jalan, akhirnya sampailah ke restoran tempat makan – Restaurant Palais Arabe

 

Phirana menyerang..

Hepi dapat makan

Cantek senibina dalam restoran ni

Makanan.. Sume tumbuhan je 🙁

Gambar masa makan tidak diambil kerana ada unsur-unsur phirana yang ganaz. Hahaha..

Lepas makan, round lagi kat dataran tu..

Kudaku lari gagah berani

Bas hop-on hop-off 

Kalau perasan, bangunan kat Marakesh kebanyakannya kaler merah bata. Daripada rumah, sampailah ke bangunan-bangunan kerajaan. Marakesh pun digelar Red City. Bangunan-bangunan kat Marakesh berwarna merah sebagai menghormati warna Di Raja mereka. Ko hado kaler raja kaler merah? Hiks!

Lepas makan, kami terus dibawak balik ke hotel. Check in hotel pukul 3 petang. Pastu berehat-rehat je. Pukul 7.30 malam turun untuk dinner kat hotel.

Lepas dinner pulak, sambung lagi lepak kat bawah hotel sampai pukul 10 malam. Pastu barulah reti naik tido.

So, setel cite hari pertama.. Nanti kalau mood mari, akak sambung lagi..

Mamma Mia.. Italia!!!

Keji kan? Dah 3 bulan trip ni baru sebok nak cerita. Kalau ikutkan maaaalaasssss betul tapi kang mana tau dah tua-tua nanti akak Alzheimer ke (Nauzubillah), boleh jugak akak ingat balik momen-momen indah dalam hidupku. Gituhh..

Whateva, mehlah kita cerita-ceriti ye..

Ni destinasi ke-4 Elite Trip akak bersama PruBSN Takaful. Nak join Elite Trip ni ada cara dia. Achieve target tahunan, PruBSN akan bawak jalan free. Bahasa pasar dia yang agak keji  “Makan tanggung, berak cangkung“. Bawak diri dengan duit nak shopping je. Lain-lain, PruBSN cover. So, sape-sape yang achieve target pada tahun 2013, mohle kita ke Italy..

map_of_italy

Trip ni sebenarnya pada 9-16 Mac yang silam. Keji kan? Dah 3 bulan dah.. Hiks! Trip kali ni kami dipecahkan kepada dua group. Satu naik Qatar Airways dan satu group lagi naik Emirates Airlines. Akak group yang kedua, naik Emirates. Group pertama terbang dulu, pukul 9 malam dan akan transit di Doha. Emirates pulak pukul 1 pagi tapi pukul 10 malam dah nak kena berlonggok kat airport untuk urusan check in.

Alhamdulillah, tepat jam 1.10 pagi kami pun berlepas dari KLIA. Macam biasa, kalau naik Emirates, kena transit kat Dubai.. KL ke Dubai mengambil masa 7 jam. Lagi dua jam nak sampai Dubai, barulah kitorang dapat makan. Kira cam sahur pulak jadinya. Belasah jelah..Kami sampai Dubai lebih kurang jam 4.30 pagi. Waktu Dubai 4 jam lewat dari KL so masa kami sampai tu, kiranya KL dah pukul 8.30 pagi..

Baper jam pulak transit kat Dubai? Amikkaw 5 jam kat situ. So, disebabkan transit lebih 4 jam, dapatlah kitorang meal voucher untuk sarapan.

Kali ni akak pilih donat dengan sandwich. Giler besar donat dia. Memang tak abes makan!

Lepas makan, jenjalan kejap kat airport Dubai sampailah pengumuman dibuat untuk boarding.. Akhirnya pukul 9.30 pagi kami terbang meninggalkan Dubai menuju ke Rome..

Babai Dubai.. Dubai yang sempat akak snap. Padat!

Dubai ke Rome pulak mengambil masa lagi 6 jam lebih. So, cer bayangkan berapa jam akak tak mandi? Ok, jangan bayangkan. Kang tak lalu pulak nak makan.. Hua hua hua…

Hello Rome!

Kami tiba di Leonardo da Vinci Airport lebih kurang jam 12.40 tengahari atau jam 7.40 malam waktu Malaysia (Rome 7 jam lambat dari KL). Airport ni dekat dengan laut. Group yang naik Qatar Airways dah sampai pukul 7 pagi lagi. Syokla dorang dapat jalan lama-lama sket..


Dalam train menuju ke Arrival Hall

Masa ni sebenarnya dah penat gilosh. Rasa macam nak tido je. Nak menunggu luggage la bagai. Uiii, memang menguji kesabaran.


Ni tour guide tengah bagi briefing

Ada surau okeh kat airport Rome

Destinasi pertama kami ialah Colosseum iaitu stadium gergasi terkenal di dunia. Nama coach capten kitorang ialah Moritzio. Italian name sangatzz.. Haha.. On the way nak ke sana, kitorang singgah dulu kat salah satu RnR dorang yang dipanggil Autogrill untuk lunch.

Autogrill

Takdelah lunch beriya pun, ni ha je…

Alhamdulillah

Selesai makan, kami sambung perjalanan.. Ni la rupa serba sedikit Bandar Rome. Selain bangunan-bangunan lama dan bersejarah, ada jugak bangunan moden.. Tapi bangunan-bangunan kat Rome memang takde yang tinggi-tinggi.

Jem pon adalah biasa… Kebanyakan kereta kat Rome ni akak nampak semua compact car macam Jazz, Atos. Mungkin sebab jimat dan senang nak park kereta kot..

Banyak compact car je

Bila bas melintas kat satu padang, akak nampak ada sorang pompuan tengah lepak atas rumput. Akak perhatikan je perangai dia..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Bila dizoom, rupanya tengah korek jerawat. Bley??

Selain bangunan moden, opkos Rome ni dihiasi dengan bangunan-bangunan dari runtuhan kota lama. Menurut tour guide kami (tour guide Malaysia), Rome ni ada dua bandar. Satu atas tanah dan satu lagi bawah tanah dan kota Rome juga berusia lebih 3,000 tahun. Amazing kan?

Tetiba je terpacak kat sini..

Bangunan-bangunan lama sekitar Rome


Ni kota lama yang dah runtuh

Moteeep tong sampah pon akak nak amik. Heehee

Tak lama lepas tu, dalam pukul 3.30 petang, sampailah kami ke Colosseum. Mana bendanya?? Sabarrrr…

Ni ke? Macam bukan je…

Bersambung…