Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hulahup!! Hellow uols! Sihat? Akak cam biasalah. Sihat tapi entah hape yang haku bizikan pon tataulah..

Nak cerita pasal ape ye? Kalo tengok tajuk, ceritanya mestilah berkait dengan kencing atau urine bak kata arwah nenek akak.. *matila..

Sape yang baca FB akak, mesti dah tau akak nak bebel pasal ape. Sebab memang akak dah penat membebel kat FB pasal benda ni..

Jangan salah anggap. Bukan pasal akak terkencing dalam kain ke, atau pasal akak kena kencing (tipu) dengan orang ke ape. Ni memang betul-betul pasal kencing! Hiks!

Camni cite dia.. 26 Oktober hari tu, akak bawak client untuk buat medical check up sebab dia nak apply takaful yang besar jumlahnya (sum covered lebih daripada RM500,000). So ikut prosedur, client tadi memang wajib buat medical check up termasuk blood test dan urine test.

Oleh kerana rumah client tu kat area Seri Kembangan, so klinik specialist yang boleh buat test tu, satu-satunya klinik kat Kajang. So, akak pun temankanlah client tu ke klinik tu. So, macam biasa, medical check up dan darah serta urine client tu diambil untuk dihantar ke lab..

Beberapa hari lepas tu, akak cek sistem PruBSN sama ada application untuk client tu dah diapprove atau belum. Malangnya dah dekat seminggu, tak setel-setel jugak! Masih dalam status PENDING! Bila call customer service PruBSN, dorang cakap dorang dah terima report Medical Examination dah jugak result darah. Ok good! Tetapi, masalahnya dorang tak dapat result urine!! Haaii, pelik jugak akak sebab akak memang nampak klinik tu amik sample urine client akak.. Ni tak boleh jadi..

So, akak try call klinik tapi tak berangkat.. Klinik tu kepunyaan doktor berbangsa India. So, haruslah cuti Deepavali!! Adoyaiii.. So, akak cek direct dengan lab yang huat test tu. Dorang cek dan bagitau akak, yang dorang dapat sample darah je. Sample urine takde. So, bila dah takde sample, cemana nak keluarkan report kan?

Nak tak nak, terpaksa jugak akak tunggu sampai klinik tu bukak sebab nak tau apa problem sebenarnya. Jumaat sampai Selasa jugaklah akak menanti dengan penuh seksa. Stress haku sampai akak meroyan kat FB. Haha.. Akhirnya hari Rabu kot, dapatlah akak call klinik tu dan bercakap sendiri dengan doktor yang buat examination kat client akak tu. Alasan doktor tu “Dalam surat tak ada suruh hantar urine kepada lab. Jadi saya buat test dekat klinik saja“. Akak cakap kat doktor tu “Doktor tengoklah semula, kan ada tulis Urine FEME. Itu kan memang lab yang kena buat test“. Lepas tu, barulah dia tengok surat tu balik. Haa, baru mengaku dia yang silap..

Walaupun dia mengaku dia yang silap, tapi apakan daya, kencing client akak dah takde lagi dah. Haruslah dia dah buang, kan? Apa ko gila nak simpan sampai berminggu-minggu? Waakkakaa.. So, akal tanye kat doktor tu apa solution yang akak ada sekarang? Doktor cakap, kenalah bawak client datang lagi sekali. Ewahhh!! Ko punye silap, client akak pulak yang nak kena disusahkan? So, akak tak setuju.. Doktor tu bagi solution yang lain, bawak air kencing client tu datang klinik? Wadehellll!!

So, sebagai agent insurans yang berkakilebar, maka akak pun penuh rela dan redho, membawakkan air kencing client ke klinik tu. Sebelum tu akak tanye jugak doktor tu, boleh isi dalam bekas apa-apa ke. Macam bekas taufu fa ke. Plastik ke. Hahahha!! Tak boleh okeh! Kena jugak bekas yang dah disterilize. Akak cakap, takkan saya nak pegi Kajang amil bekas tu dari klinik, bawak balik KL, suruh client kencing dalam bekas tu, pastu bawak balik kencing tu ke Kajang? Hilang akal ape??!! Doktor tu kata, “Tak perlu, u pergi saja mana-mana klinik dan minta dari klinik tu. Mesti mereka beri

Fine!! Kebetulan masa tu akak kat The Curve dan ada satu klinik dalam The Curve tu. Lepas akak mengexplain problem akak kat misi klinik tu, akhirnya dapatlah akak bekas kencing tu. Yezzaahh!!

20131112-225122.jpg

Lepas dah dapat tu, akak terus mesej client akak dan suruh dia puasa start malam sampai pagi besoknya tu. Baru accurate result urine tu nanti. So, lebih kurang pukul 8.30 pagi besoknya tu, akak dah terpacak kat opis client untuk suruh dia kencing. Hahaha jijik tak??

Dan akhirnya… Taraaa….

20131112-225532.jpg

Macam plastik kosmetik je kan? Hahah..

20131112-225646.jpg

Hydrogel katanya…

20131112-225708.jpg

Bley camni? Haaha janji setel…

So, bergeraklah akak dari KL ke Kajang membawa air azimat itu.. Dalam hati janganlah tertumpah ke, bocor ke ape kan. Kalau tak, harusku jual kereta tu terus. Wkakaka.. Akhirnya sampailah akak ke klinik tu. Siap warning kat doktor tu, “Jangan hilang ye. Make sure hantar ke lab“. Huhu..

Amacam? Berdaddykasi dan berkakilebar tak akak?? Agent insurans kental (ke bangang?) je sanggup wat cam akak (up diri sendiri nih! Huhu)

Dan kesan daripada peristiwa tersebut, seminggu akak mogok minum Teh O Ais!!! Huh!!

Tiba-tiba akak sedar, unta fadang fasir pun tak femalash macam akak..Haha..

Yezzahhh!! Akhirnya setelah berkurun lama barulah akak merajinkan diri untuk hapdet entry last Hong Kong ni. Gila wehh!! Trip bulan May, nak masuk September barulah nak habeskan entry. Ekceli akak taklah pemalas sangat. Buktinya banyak entry lain yang akak tulis cuma entry Hong Kong ni malas nak edit-edit gambonya. Sebab tu jadi tertangguh-tangguh..

Anyway…. Ni lah keadaan betapa havocnya masa hari nak balik tu.. Semua berkumpul kat lobby untuk check out..

pic1

pic2Gemuknya akak masa ni.. 63kg hoii! Sekarang 57kg okeh.. Matilah caption takde kena mengena dengan gamba..Huhu..

Lepas settle check out semua, bergeraklah kami ke airport lebih kurang 11.45 pagi..

pic3PP yang telah bertukar menjadi Iron Man

pic4Sekitar pemandangan dalam perjalanan ke airport

Sampai airport dalam 12.30 tengahari..

pic5

Boleh tahan panas cuaca masa tu..

pic6

pic7Teket balik

Lepas settle urusan check in, kitorang pun jenjalan dalam airport tu..

pic8Nape Guardian jadi Mannings? Agaknya sama makna kot..

pic9Kedai Aji Ichiban.. Assalamualaikum Aji! *tetiba

Nampak pulak Chatime. Tengah haus pulak tu.. Apa lagi, singgahlah.. Lagipun nak mengabeskan saki baki duit Hong Kong yang ada..

pic10

pic11Sampai hati panggil akak Matcha..

pic12Halal okeh.. Yang kat Malaysia punye, takde pulak nampak tanda Halal.. Hmm..

pic13

Lepas dah lepak-lepak minum, akhirnya tibalah masa untuk boarding..

pic14

pic15Naik tren ke terminal

Ni la rupa kapal terobang kami.. Malaysia Airlines A380

pic16

pic17Boarding time..

Patutnya take off pukul 2.45 petang tapi pukul 3.15 tak jugak gerak-gerak.. Rupanya jem daa… Ujan pulak tu…

pic18

pic18Sape cakap naik kapal terbang tak bleh jem? Huhu..

Tak lama tu, terbanglah kami di awan biru… Dan dihidangkan dengan lunch set ini..

pic20Meriah…

Perjalanan mengambil masa 4 jam dan lehih kurang 7.30 malam kami sampai ke KLIA. Lepas amik luggage semua, marilah kita tengok berapa bayaran parking kat KLIA untuk 4 hari…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

pic21Yezzah! 176 hengget!! Kongsi 4 orang = RM44 sorang.. Okla tu.. Hiks!

Sampai Kotadem dalam 9 lebih.. Terbongkang kepenatan…

So, berakhirlah sudah catatan perjalanan akak ke Hong Kong. Okbai.. *nampak nau pemalas nak buat penutup..Heehee..