Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sape-sape yang baca status FB saya siang semalam, mesti tau dah aktiviti saya pada cuti Hari Deepavali ni iaitu mencari Kedai Rakyat 1 Malaysia. Moteeeepp? Ye, mak iols punye hajatlah ni. Dia dah call dari malam tadi lagi..

“Dik, ko tau kat mane Kedai 1 Malaysia dik? Cik No (member mak saya) cakap dia dah pegi. Murah-murah dik barang dia… Beras sekampit 10kg tu baru RM21.90”

Yang saya perasan Kedai 1 Malaysia ni ada dalam stesen LRT Kelana Jaya je. Dorang buat macam Kedai 7E lebih kurang. Tapi tak pernahlah pulak saya jejak. Takkan nak bawak mak saya shopping dalam stesen LRT pulak kan.

Pastu mak saya sambung lagi dengan dialog kesian dia, “Tapi kalau ko penat takpelah, ko rehat jelah”

Gitteww ayat pancing dia. Yelah mak oiiii.. Jomla kita carik Kedai 1 Malaysia tu. So, saya Google la dulu, kot ada lokasi lagi dekat dengan Rawang kan. Akhirnya jumpalah website dorang – Kedai Rakyat 1 Malaysia. Selain LRT Kelana Jaya, Kedai 1 Malaysia ada kat Pantai Dalam, Wangsa Maju, Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Ilang akal la sampai nak pegi Putrajaya kan.

Website Kedai Rakyat 1 Malaysia

So, lepas Zohor, saya call mak saya soh dia bersiap-siap. Saya gerak dari Kota Damansara lebih kurang pukul 2 petang, amik mak saya dan geng dia kat Sungai Choh. Lebih kurang pukul 3 kami bertolak dari Sungai Choh. Dalam perjalanan tu, saya masih berpikir-pikir lagi nak bawak dorang ke mana. LRT KJ ke, Wangsa Maju. Akhirnya saya pilih Wangsa Maju sebab bolehlah saya tunjuk ofis Prudential BSN Takaful kat mak. Lepas tanye member saya Tasya kat mana lokasi sebenar Kedai Rakyat 1 Malaysia kat Wangsa Maju tu, saya taulah kat mane tempat tu. So, let’s go, mummy!!

Kami ikut MRR2. So, sampai je kat Kedai 1 Malaysia Wangsa Maju tu, saya paksa mak saya pose kat depan kedai tu. Sebenarnya tak payah paksa pun, mak saya pun memang hantu gamba. Kah kah.. Sebab tu menurun kat anak dia. Hiks!

Depan Kedai 1 Malaysia

Kedai dia kecik je. Rasanya adalah dalam 5-6 lorong kot. Masuk-masuk je kedai tu, saya tengok punyelah ramai orang tengah beratur nak bayar. Pastu yang tengah mencarik barang pun ramai. Rak barang pulak banyak yang kosong dan pekerja-pekerja sibuk menambah semula barang-barang yang dah habis. Dalam hati saya, “Wah!! Laku gilerr. Berkualiti ke?”. Saya pun amik kesempatan snap sana-sini. Takut gak, kot kena halau dengan supervisor kedai tu kan.

Mak, oo mak.. Kalo setakat bawang, baik orang bawak mak pegi Tesco Bukit Beruntung je..

Tengah saya tengok-tengok barang dengan geng mak saya, mak saya hilang. Tetiba dia muncul dengan ini…

Yezzah! Dia dah angkut troli siap-siap.. Huhu

Haaa.. Shoppinglah mak oiii..

Barang dah abes

Detergent 1Malaysia

Minyak sapi 1 Malaysia. Mahal gak. RM12.90. Minyak sapi memang mahal eh?

Barang-barang cap lain pun ada gak..

Diapers 1 Malaysia

Ye.. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

Ikan bilis 1 Malaysia. Aiii?? Ada jugak?!!

Produk-produk 1 Malaysia

Bihun 1 Malaysia pun ada?

Nak tengok apa yang mak saya dan geng dia borong?

Cuba tengok, celah mana barang-barang 1 Malaysia ni yang dorang borong ni? Kah kah

Lepas dah abes shooping tu, kat muka masing-masing terpancar kegembiraan sebab hajat hati dah dipenuhi kan? Siap cakap “Haa, kalau orang tanye, kami dah sampai ke Kedai 1 Malaysia? Kitorang jawablah nanti.. Dahhhhhh!!!!”. Hahaha lawak je dorang ni..

Happy je kan?

Haha, sebenarnya adalah jugak barang 1 Malaysia yang dorang beli. Ni buktinya..

Haa, okla ni kan.. Ada la jugak yang dibelinya..

Total harga barang RM10.30. murah tak uols? Murah gakla kot. Setiap barang murah dalam 4-50 sen dari yang berjenama terkenal.

Alang-alang dah sampai ke Wangsa Maju tu, saya bawak dorang makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.

Restoran Mee Udang Mak Jah

Saya orderkan Nasik Goreng Udang Special. Order tiga pinggan, tapi makan dua pinggan je sebab banyak. Sudahnya, sepinggan lagi bungkus bawak balik. Ni lah rupa Nasik Goreng Udang Special kami…

Atau patut saya panggil seperahu nasik goreng? Haha.. Kiut je pinggan dia berbentuk perahu. Tapi mana udangnya? Kata Nasik Goreng Udang Special sangat. Sebenarnya ada 6 ekor besar-besar dia sorokkan dalam timbunan nasik tu..

Geng mak

My mummy

“Dik, cuba ko amik gamba mak tengah makan”. Moteep? mak sape lah ni..huhu..

Lepas makan, saya tunjukkan pulak ofis saya di PruBSN Takaful yang memang terletak sebaris dengan Restoran Mee Udang Mak Jah tu. Tunjuk dari bawah je. Lepas tu, kitorang terus balik.

Bangunan ofis Prudential BSN Takaful

Saya ikut DUKE dan kemudian masuk PLUS. Singgah solat Asar jap kat R & R DUKE tu. Kat dalam surau pun sempat lagi amik gambo tu.. Sabo je aku..

Cantik langsir surau tu..

Kami sampai Sungai Choh semula dalam pukul 6.30 petang. Saya happy tengok mak saya and the geng happy. So, tu jelah cerita aktiviti Hari Deepavali saya.. Daa….

Oppss, sebelum tu. Nak tunjuk gak barang yang saya beli dari Kedai Rakyat 1 Malaysia tu.. Dipersilakan masuk…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cuka 1 Malaysia

Bley? Dalam banyak-banyak barang kat kedai tu, saya beli cuka je. Sebenarnya saya dah lama carik cuka ni tapi kalau pegi Giant atau kedai runcit tu asyik lupa je nak beli. Tu yang bila ternampak cuka 1 Malaysia ni saya terus beli. Hak hak hak.. Okela, bai..

Artikel di bawah, dicopy bulat-bulat dari Utusan Online dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Artikel ini mungkin boleh menjadi pengajaran atau tips untuk kita dalam memelihara sesebuah hubungan. Jom baca!

Hidu ‘bau’ curang pasangan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
KECURANGAN dalam sebuah rumah tangga tidak kiralah berpunca daripada si suami atau isteri memang boleh ‘dihidu’ sebenarnya. Hanya mungkin individu yang mengalaminya berada dalam situasi penafian untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka telah melakukan sesuatu yang buruk di belakang mereka. Siapalah yang mahu rumah tangga yang dibina menjadi mangsa orang ketiga bukan?

Tapi apa yang anda mampu buat bila ikatan murni itu terputus di tengah jalan kerana pasangan anda sudah mula curang.

Siapa yang mampu menafikan mangsa dari kecurangan ini pasti menghadapi tekanan yang begitu meluap-luap akibat pasangan yang curang ini.

Bagi si suami atau isteri yang sudah mula berteka teki tentang kejujuran pasangan masing-masing boleh mengawasi tanda seperti di bawah, jika ada, maknanya pasti si dia telah curang terhadap anda.

Tanda yang pertama yang boleh dikesan ialah apabila pasangan anda itu begitu berhati-hati dengan aktiviti komputernya. Kalau dulu dia tidak pernah log keluar pada aktiviti laman sosial yang dikunjunginya namun kebelakangan ini dia begitu berhati-hati dengan aktiviti Internetnya. Kadang-kadang jika anda perhati dia akan memadamkan semua ‘history’ aktiviti di komputer supaya anda tidak akan dapat mengesan apa yang dibuatnya. Namun anda pasti boleh berfikir sendiri, jika sekali pun dia memadamkannya, kenapa dia perlu berbuat begitu? pasti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

Tanda yang kedua ialah perubahan dalam rutin atau jadual hariannya. Kalau dulu rutinnya sama saja, anda pun sudah masak dengan segala aktiviti hariannya. Mungkin bangun pagi, pergi ke pejabat dan pulang. Kadangkala dia pulang lambat itu pun kerana menyiapkan kerja yang bertimbun di pejabat. Ermm… tapi kali ini dia memberitahu anda bahawa kerjanya terlalu banyak sehingga dia perlu pulang lewat. Atau mungkin juga dia membohongi anda dengan mengatakan bahawa jadual kerjanya telah berubah. Memanglah untuk mendapatkan pangkat atau kredit dari majikan kita perlu rajin bekerja namun apa kaitannya dengan memberitahu anda semua ini, pasti sesuatu yang pelik telah berlaku, fikirkanlah.

Tanda yang ketiga ialah berkaitan dengan emosi yang anda berdua sedang alami. Pada satu peringkat dalam rumah tangga anda akan mengalami saat di mana rumah tangga itu akan menjadi agak hambar kerana kurangnya masa diperuntukkan untuk berdua-duaan. Lihat perubahan pada pasangan anda, adakah dia semakin kurang bercakap, kurang ketawa? dan kurang memberi perhatian kepada apa yang anda tuturkan padanya? Jadi berikan perhatian apabila pasangan anda hanya ada ‘jasad’ di sebelah anda dan fikirannya menerawang entah ke mana.

Tanda seterusnya dan sekali gus satu tanda yang amat perlu diberi perhatian ialah gerak hati. Bukan mahu bersangka buruk tapi apabila kita tergerak untuk dapat mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku memang kita tidak mampu menafikannya.

Tapi awas, jangan bertindak melulu, gunakan juga kewarasan anda untuk bertindak secara berhemah dalam menangani isu ini.

Walau apa pun dugaan yang berlaku dalam perhubungan anda berdua, persoalannya berbaloikah anda untuk mempertahankan hubungan tersebut? Tepuk dada tanya selera.