Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Gittewww… Tajuk sokkabar sangatz title entry akak kali ni.. Hiks!

Ni cerita hari Ahad minggu lepas. Dalam pukul 12.40 tengahari, akak tetiba teringat nak pegi tengok filem terbaru dari Datin Paduka Shuhaimi Baba – Tanda Putera yang mula ditayangkan pada 29 Ogos lepas.

20130908-164228.jpg

Bila teringat tu, terus je akak bukak website Cathay Cineplexes nak tengok pukul berapa showtime dia. Wah!! Ada pukul 1.15 petang, 6.30 petang dan satu lagi show malam. Agak-agak akak tengok pukul berapa punya? Yessss!! Pukul 1.15 punye okeh..

Bila nekad dah ditetapkan, berdesup dengan kadar kelajuan cahaya akak pegi mandi. Oppsss!! Terbagitau perangai buruk dah tengahari baru nak mandi. Huhu.. Lepas mandi selama 5 minit, bersiap-siap, taraaaa… Pukul 12.50 akak dah ada dalam kereta. Uols mampooo? Huhu..

Sambil panaskan kereta, akak bukak balik website tu, book tiket online. Setel! Dah tu, terus akak pecut ke Cineleisure. Seperti biasa, disebabkan pembinaan laluan MRT kat area The Curve tu, maka trafik nak ke sana agak hampagasss jugak. Jem okeh. Pukul 1.10 petang akak kat atas jalan lagi.

Dipendekkan cerita, berjaya jugaklah akak meng’collect’ tiket yang dah dibook secara online tu dan berjaya masuk dalam wayang pukul 1.20 petang. Lambat 5 menet.. Terlepas nak nyanyi lagu Negaraku! Huhu.. By the way, akak tengok sensorang je citer ni sebab selalunya member-member akak tak minat sangat citer camni. Sorang pun soranglah. Ada aku kesah?

Masa akak masuk tu, dah tunjuk scene Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) tumpangkan budak-budak pegi sekolah. Lepas tu, jalan cerita yang lain penuh mendebarkan..

Akak memang suka cerita-cerita Sejarah ni. Buktinya akak tengok cerita Hati Malaya (klik sini untuk entry Hati Malaya) sampai 3 kali okeh! Patriotik ke tak patriotiknya akak nihhh..

Kalau dalam Hati Malaya difokuskan kepada perjuangan Tunku Abdul Rahman bersama pemimpin-pemimpin lain nak meMERDEKAkan Malaysia daripada penjajahan British, dalam Tanda Putera pula lebih menonjolkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) serta tugas berat mereka untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya kaum Melayu dan Cina yang asyik nak bergaduh.

Akak dapat bayangkan betapa prejudisnya kita antara satu sama lain pada zaman tu. Mungkin bukan semua, sebab dalam cerita tu ada jugak dipaparkan anak-anak muda yang belajar kat UM tu, takde masalah pun nak berkawan di antara Melayu, Cina dan India. Tapi disebabkan api perkauman yang disebarkan oleh pihak tertentu, membangkitkan rasa permusuhan di antara Melayu dan Cina. Orang Melayu tak suka Cina. Orang Cina benci Melayu. Kemuncak kebencian mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

20130915-173613.jpg

Dalam filem tu jugak ada dipaparkan beberapa peristiwa bersejarah bagi Malaysia seperti:-

1. Banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada Januari 1971 yang disifatkan sebagai menyucikan Kuala Lumpur daripada peristiwa berdarah 13 Mei.

20130915-173620.jpg

2. Tun Abdul Razak menamakan sistem penerbangan pertama Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) sebagai ganti Malaysia Airlines Limited (MAL) seperti dialog Tun Abdul Razak kepada Tun. Dr. Ismail “MAL (Malaysian Airlines Limited) itu kan maksudnya buruk dalam Bahasa Inggeris. Tukar ke MAS (Malaysia Airlines System); kan cantik bunyi itu macam emas dalam Bahasa Melayu”

20130915-174409.jpg

3. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1971 bagi tujuan menyatukan perpaduan dan integrasi nasional supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Wahhh!! Rasa macam belajar subjek Sejarah Form 2 balik!! Huhu

4. Tun Mahathir (lakonan Nazril Idrus) pada ketika itu digambarkan sebagai seorang yang lantang bersuara sampai begitu berani menulis surat kat Tunku Abdul Rahman suruh letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan akhirnya beliau dipecat daripada UMNO kerana kelantangannya.

Selain tu, ada tunjuk Anwar Ibrahim buat demontrasi kat UM untuk mendesak Tunku Abdul Rahman letak jawatan. Pastu ada watak Tengku Razaleigh (Ku Li) melawat Tun Abdul Razak ketika beliau dirawat di London. Pastu siap ada watak PM Najib masa remaja lagi! Seb baik Kak Mah takde. Hehehe..

Tapi satu benda yang akak perasan, orang dulu memang banyak penyakit kot. Mungkin jugak sebab teknologi perubatan dulu tak macam sekarang. Contohnya, Tun Abdul Razak dapat tau penyakit leukemia dia dah sampai stage kritikal, dah takde harapan untuk hidup lama, so dia berharap kat timbalannya iaitu Tun Dr. Ismail untuk ganti dia dan jaga keluarga dia bila dia dah takde. Tapi tulah, bila dah ajal, Tun Dr. Ismail pulak yang meninggal dulu sebab serangan jantung.

So, overall cerita ni agak menyedihkanlah (part Tun Razak bertarung dengan penyakit) dan banyak fakta bersejarah yang terpaksa disumbat untuk tayangan dua jam. Balik tu terus akak Google pasal banjir kat KL, pasal MAS. Sebab bila tengok cite tu terus dalam hati kata “Oohhh macam ni ke.. Baru tau..“. Gituuu… Hmmm.. Dan, takde pulak akak nampak filem ni sebagai propaganda politik sampai perlu diharamkan tayangannya di Pulau Pinang. Seb baik dah ditarik balik. Kalau tak, kesian orang Penang kena mai KL pulak. Akak baca dalam paper, Tun Mahathir siap suruh tengok lagi filem ni walaupun dalam filem tu kitorang dalam panggung gelakkan dia sebab macam konghajo sangat siap nak suruh Tunku Abdul Rahman letak jawatan. Biadap je. Haha!

Kalau uols jenis suka tengok cerita-cerita zaman period macam ni, bolehlah pegi menonton. Tapi tataulah ada tayang lagi ke tak sebab kalau cerita-cerita macam ni selalunya susah nak box office. Sebab masa akak tengok tu, rasanya tak sampai 20 orang kot. Kosong je hall. Yang banyak orang nak tengok, cite macam KL Gangster, KL Drift. Tolonglah, nak muntah okeh. Opppsss!! Sorry peminat-peminat cite ni. No offense ye.. Huhu

Okla, tu je nak bebel. Daaa…