Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Akak dah letak cite ni kat FB tapi nak jugak share kat sini..

KALAU DAH BUKAN REZEKI, DALAM MULUT PUN BOLEH TERKELUAR JUGA.. So, mari bersyukur…

————————————–

Semalam akak balik Sg Choh kejap. Pegi beraya rumah member. Borak-boraklah dengan member sorang lagi ni. Member akak cite. Raya bebaru ni, Bangla-Bangla kat Sg Choh tu kongsi-kongsi beli lembu. RM5,000 sekor lembu tu. Gemok sangat lembunya. Tak macam lembu korban yang akak selalu nampak.. Selalu kurus je. Biasa-biasa je. Yang lembu Bangla tu beli, gemok! Tataula dorang share bape orang. Kalo 10 orang, RM500 sorang la kot.

Lembu tu dorang tambat kat pokok pelam dalam kawasan masjid Sg Choh. Pastu kan, sementara menunggu tukang sembelih sampai, Bangla-Bangla tu lepak dulu la kat mana-mana ntah. Maybe dorang balik rumah dulu ke. Yelah, takkan nak mengadap muka lembu tu 24 jam pulak. So, dorang tak perasanlah lembu tu buat ape.. Apa aktiviti si lembu ni tadi..

Alih-alih, tak lama tu, masa dorang datang balik kat masjid sebab nak start sembelih, dorang tengok kepala lembu tu dah tersandar kat pokok tempat dia ditambat tu. DAH MATI!!!! Rupanya lembu tu berjalan pusing-pusing keliling pokok tu agaknya, terbelit sendiri leher dia..

By the way, ni bukan gambar lembu sebenar dalam kejadian ni. Hehe..

20130815-125404.jpg

Kesian sangat kat Bangla-Bangla tu. Takde rezeki dorang nak buat kenduri. Sudahnya kena panggil lori. Angkat lembu tu pegi tanam. Yelah dah jadi bangkai. Kalo tengah nazak, bleh jugak la disembelih lagi..

Sedih kan? Takde rezeki dorang nak makan lembu di pagi raya..

So, marilah bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Sebab kalau Allah nak tarik, bebila masa pun boleh. Walau apa pun, mungkin di sebalik kejadian ni, ada rahsia Allah yang tersembunyi. Entah lembu tu ada penyakit ke, ape ke. Kot kalau Bangla-Bangla tu makan, akan memudaratkan dorang ke. Kita tatau..

So, tu jelah cerita akak. Hiks! Daa…

Malam kami di Hong Kong tak berhenti setakat di Victoria Peak. Malam masih muda, haruslah sambung jalan-jalan lagi.

Kami menaiki bas ke Wan Chai. Ada apa kat Wan Chai? Entah, orang kata tempat ni paling happening kat Hong Kong. So, sajelah nak menengok apebenda yang happening sangat tu..

Oleh kerana Tourist Day Pass kami hanya boleh digunakan untuk naik MTR, so naik bas ni kenalah bayar tambang sendiri, tak boleh guna pass tu. Akak tak ingat berapa tambang. Rasanya HKD7 ~ RM3. Camtulah. Bas ni bas dua tingkat, so akak jadi eksaited sebab festaim in my life naik bas dua tingkat nih *kesian

Lapang je takde orang

Tak jauh pun jaraknya. Rasanya dalam 10 minit dah sampai. Jalan kaki pun boleh agaknya tapi kang sesat pulak..

Ok, sampai dah.. Jom tengok apa yang bestnya kat Wan Chai ni..

Teksi yang selalu kita tengok dalam cite-cite Hong Kong


Moneny laaa..




Wohhhh!! Ini yang happening sangat rupanya!! Ini bukan happening, ini pening!! Haha

Bila dah pening kat Wan Chai, kitorang blah. Ke Ladies Market pulak kita.. Nak ke Ladies Market ni, kena naik MTR sampai ke stesen Mong Kok..

Semua ralit dengan gajet masing-masing

Sampai dah..


Iklan Coke merata-rata kat tiang stesen MTR Mong Kok

Keluar je dari stesen, terus nampak punyelah ramai orang kat Ladies Market ni..




Usha dulu ape ada.. Kasi panas enjin..


Punyelah banyak sekelian macam handbag tergantung..


Macam biasalah kalau shopping kat tempat-tempat macam ni, kena pandai tawar menawar. Kena tunjuk action sikit kat peniaga-peniaga kat situ, berlakon macam tanak beli. Nanti dia panggillah balik, bagi harga yang kita bargain tu.. Tapi ada jugak yang poyo. Tema dorang “Ada aku kesah ko tanak beli?!!“. Giteeww..

Contohnya ada sorang amoi tu.. Siap gaduh baling-baling kalkulator lagi. Hahha.. Dialah yang baling. Kalau akak yang baling, mau haku tak balik KL. Huhu..

Janganlah muncung sangat amoi!!

Tapi akak memang salute dengan Ibrahim. Banyak barang yang akak nak beli, dapat harga murah sebab dia pandai tawar. Heehee..

Jom cuci mata lagi, tengok beg..


Konsep akak senang je. Kalau tak mampu beli designer handbag, beli je yang bodoh-bodoh takde jenama. Bukannya tak lawa. Cantek-cantek jugak. Tak payahlah kita nak menipu orang lain dengan pakai beg LV grade AAA apekejadah tu. Yang paling penting, kita tak menipu diri sendiri.. Betol tak?

Ladies Market ni beroperasi start pukul 4 petang sampai tengah malam tapi masa kitorang pegi tu, pukul 11 malam dorang dah sebok-sebok berkemas. So, kalau uols nak pegi, janganlah lambat sangat..

So, inilah dia hasil shoppingan selepas hampir dua jam kat situ..


Lepas dah puas mengabeskan duit, barulah terasa haus ya hammat.. Jomlah kita minum..



Sedap gilsss air dia

Mohle balik.. Nak balik ke hotel, kami naik MTR ke Stesen Tsuen Wan semula..


Sampai hotel lebih kurang 12.30 malam macam tu. Makk aii barulah terasa penat berjalan sehari suntuk dari pagi.. Rasain!

So, perbelanjaan kami hari tu tak termasuk shopping ialah:-

1. Tourist Day Pass = HKD55
2. Cable Car Ngong Ping 360º = HKD125
3. Makan = HKD68
4. Peak Tram + Sky Terrace 428 = HKD75
5. Bas = HKD7

Total = HKD330 ~ RM138

Penjimatan luar biasa berbanding ikut tour! Lagipun dapat pegi banyak tempat.. Yang penting, kena berani, tak malu bertanya dan buat research sikit-sikit..

Ok, sampai sini dulu.. Nanti akak sambung lagi entry last akak kat Hong Kong ye.. Daaaa…