Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

PAK PANDIR…

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…

Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

————————————————

Semasa saya bersekolah tadika dulu, saya ada menyertai pertandingan bercerita, bertajuk Pak Pandir dan Mak Andih. Mak buatkan baju untuk saya daripada kain batik, sekali dengan penutup kepala macam petani tu. Ketika itu, barulah saya tahu, betapa bendulnya Pak Pandir. Hiks!

Cuba anda lihat gambar di atas. Ya, saya tau. Tanda yang menunjukkan tandas perempuan. Lagi? Apa yang tak kena dengan gambar di atas? Haa…dah nampak?

Kelako betul. Siapalah yang menulis ni. P.E.R.U.M.P.U.AN. Hak hak..nak tergelak saya baca. Gambar ini saya ambil di bawah rumah Ajrimon. Semasa menunggu dia bersiap, saya lepak di bawah apartmentnya. Ada cafe dan public toilet di situ.

Saya rasa, yang menulisnya seorang India. Kan? Hik hik..