Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Uols rasa akak nak cite pasal apa hari ni? Heheee.. Opkos lah nak mengimbau kenangan lama. Walaupun tajuk dia bedak, sabun, Ding Dang dan TV, sebenarnya akak nak kongsi macam-macam lagi nostalgia dulu-dulu. Khas untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 70an dan 80an..

Cemana akak tetiba nak tulis pasal ni pulak? Puncanya tadi akak bersembang dengan ex-schoolmate akak. Kitorang sembang-sembang pasal kenangan kecik-kecik. Barang apa yang kita guna. Jajan apa yang kita makan. Bila akak Google, omaigod!!! Jumpa okeh gamba benda-benda tu.. Rindu gilerr bila terkenang balik.. Nak tau apa yang akak Google? Lets!

Dipersilakan masuk….

Yaa.. Sabun paling nostalgia.. Sabun Popinjay. Haha.. Wangi bau dia, kan? Tak ingat berapa harga sabun ni dulu. Mungkin 50-60 sen kot.. Kalau kat rumah takde air, nanti mak akak akan bawak akak pegi mandi perigi. Sejuk dan segar air perigi tu macam terasa-rasa lagi sampai sekarang. Bila pegi mandi perigi, sabun Popinjay jangan dilupa. Harus diangkut sekali.. Hiks.. Selain sabun Popinjay, tidak dilupakan rakan beliau iaitu sabun basuh kain..

Haaa.. Sabun Cap Kapak! Selain untuk basuh baju, mak akak akan gunakan sabun ni untuk sental kaki akak yang berdaki dan berkudis. Siap pakej dengan berus sabut. Umang aaaiiii rasa macam nak menjerit-jerit je bila kena sesah dengan berus sabut tu.. Huhu.. Tula, main pasir lagi! Padan muka..

Selain sabun, bedak jugak memainkan peranan penting untuk kecantikan kita masa kita kanak-kanak dulu. Betul tak? Akak berani kerat jari, korang pun mesti guna bedak yang sama. Apsal eh? Mesti dulu-dulu tak banyak sangat produk wangian dan kecantikan kan?

Bedak Cuticura. Hahaa.. ke korang guna yang ni….

Haa.. Yang ni lagi version lama. Bedak ni memang konfem kena ada kat setiap rumah. Lepas mandi je, mak akak akan lumur muka dan badan akak dengan bedak ni. Ada satu gamba lama tu, akak tengok habis bertepek-tepek muka akak dengan bedak. Lepas tu, takde malu-malu. Terus je keluar main dengan kawan-kawan. Ingat cun sangat muka bertepek-tepek bedak tu agaknya.. Haha..

Lagi benda apa ye?

Ini pulak bedak yang biasa dipakai kalau kena ruam-ruam atau gatal-gatal. Agnesia Talcum Powder. Dia ada dalam tin kecik jugak. Kalau gatal-gatal, pastu sapu bedak ni, memang terbaiklah! Mujarab! Hilang terus gatal tu.. Heee..

Sabun sudah, bedak pun sudah.. Jom beralih pulak ke makanan atau jajan yang kanak-kanak zaman dulu bedal.. Tempat pertama jatuh kepada…

Chickadees……. Atau kita selalu sebut cikedis.. Sekarang dalam pek baru dah. Akak baru makan semalam. Rasa dia macam yang dulu punya lagi sedap. Dulu harga dia rasanya 10-20sen je kot. Semalam akak beli, RM1.60! Inflation! Huh!!

Lagi? Makanan apa?

Ding Dang dan Tora.. Kalau beli benda alah ni, mesti sebab nak kumpul mainan dia. Kalau ada iklan Tora kat TV je, mesti nak tau apa mainan baru. Ingat tak “Tora datang lagi dengan Gasing Ajaib!!!!”? Ha, bila dengar je, mesti merengek kat mak nak beli. Keji betol..

Dalam banyak-banyak jajan, akak paling suka yang ni..

Gula-gula cap udang! Akak suka sebab dalam dia ada gula merah. Rangup je. Pastu plastik dia yang lembut tu, kita boleh makan. Sedap betul lah.. Dulu seposen dapat 3 bijik kot. Kalau balik sekolah agama je, mesti singgah kedai runcit beli gula-gula ni. Aduii rindu!

Mainan budak jaman dulu ape agaknye eh? Nah!!

Belon ni korang pernah main tak? Haha.. Belon gam. Cara nak main dia, keluarkan gam dari tiub tu. Letak kat hujung straw tu. Pastu tiup sampai jadi belon. Kalo kreatif, tiup banyak-banyak, pastu cantumkan jadi macam-macam. Tapi belon jenis ni melekit sikit. Kalo lekat kat baju ke, kain ke, susah jugak nak tanggal. Merasa la kena sebat dengan mak lepas tu. Heehee

Lagi satu benda yang budak pompuan suka main adalah benda ni…

Hiks! Patung kertas. Dulu satu keping tu 20 sen. Ada macam-macam fesyen baju. Yang macam tuan puteri ada. Yang k-pop ada. Patung lelaki pun ada. Boleh main kawen-kawen pastu. Haha. Nostalgia betul! Sekarang ada lagi tak macam ni eh?

Last but not least..

Hahaa.. TV lama ni serupa dengan TV lama rumah akak. Kaler merah jugak. Sekali pandang macam oven pun ada. Huhu. Kalau nak tukar channel, kena putar-putar benda atas sekali tu. Dulu ada dua channel je pun. TV1 dengan TV2. TV3 walaupun diwujudkan pada tahun 1984, tapi kat kampung akak, siaran TV3 tu dapat lambat. Mungkin dalam tahun 1988 kot. Tu pun, tak terang sangat. Still bintik-bintik gamba dia. Orang yang duduk area KL je rasanya dapat tengok clear.

Dan pada yang tatau atau tak ingat, jaman dolu-dolu, nak tengok TV atau dengar radio, kena ada lesen okeh.. Kena gantung dan pamerkan. Sebab kalau tukang cek lesen datang cek, kalau takde, haruslah kena denda. Hanya masa Belanjawan 2000 baru lesen TV ni dimansuhkan. Kalau tak, merasa la tetiap tahun kena hidupkan lesen TV.. Nak tengok apa rupa dia? Nah!

Hiks! Rasanya cukuplah setakat ni dulu. Kang ada pulak yang menangis sebab rindu.. Huhu.. Ok, daaaa…

Pernah tak dengar kisah Asep Yang Gagap? Haa..Kisah ini diceritakan oleh Pak Widi yang dijemput oleh PruBSN Takaful bagi memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha pada tahun 2012 ini. Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi Prudential BSN Takaful telah menjadi Syarikat Penyedia Takaful No. 1 Malaysia dari segi jualan untuk pemegang polisi baru (lebih daripada RM200 juta!) dan meninggalkan jauh pesaing kami yang lain. Takyahla sebut nama dorang kan..

So, Pak Widi ni merupakan Pengurus Agensi Prudential yang sangat berjaya di Indonesia. Seronok sangat dengar dia bagi motivasi dan bercerita. Dia cakap, masa memula dia join jadi agent Prudential, dia terpaksa buat 168 presentation kat client. Semuanya kena reject sampailah ke presentation yang ke-168, baru close satu kes. Kalau saya jadi dia, dah lama give up kot. Yelah, duit tak ada, kena reject pulak tu. Cemana tak down. Tapi tu la, Pak Widi cakap, kalau dia give up sebelum presentation yang ke-168 tu, agaknya dia tak akan jadi macam sekarang. So, dia nasihatkan kami supaya jangan give up. Usaha sebaik mungkin. Usaha sampai titisan darah terkahir. Haa.. gitu..

Ok, kembali kepada Kisah Asep Yang Gagap.

Macam nilah lebih kurang ceritanya.. *mainkan lagu Ombak Rindu plis! Matila takde kena mengena.

Asep ni seorang lelaki yang gagap. Satu hari dia dibuang kerja. Bila dah dibuang kerja, dia pun carik kerja lain. Dia mintak kerja kat satu syarikat pengedar suratkhabar (atau disebut sebagai koran di Indonesia). Sape-sape yang pernah pegi Jakarta mesti tau cemana budak-budak kat sana jual suratkhabar kan? Biasanya di jalanan, dorang akan ketuk cermin kereta dan jual suratkhabar kat orang-orang yang tengah stuck dalam jem (macet) tu sambil jerit “Koraannn!!! Koraaannn!!!”.

Camnilah lebih kurang dialog Asep dengan bos suratkhabar tu..

Asep : Assa.. assalamu.. alaikum.. Naa.. naa..nama saya.. Aaaa..aa..sepp.. Saa.. saa.. saya.. mau min..min..ta kerja..

Bos : *dalam hati (Bagaimana mau kerja kalau gagap?). Oke, kamu boleh berkerja di sini. Nah, ambil ni 10 keping koran ini untuk dijual (bos dia tetap bagi peluang kat Asep)

Asep pun amik suratkhabar tu, dan mula pergi menjual. Bila petang tu, dia kembali ke pejabat dengan kesemua suratkhabarnya habis dijual. Bos dia terkejut.

Pagi besoknya, bos dia naikkan lagi jadi 15 naskhah. Petang besoknya, bila dia balik ke pejabat, suratkhabarnya habis lagi. Dan seterusnya, hari-hari suratkhabarnya habis dijual. Lepas seminggu, bos dia buat satu meeting bersama-sama dengan penjual-penjual koran yang lain. Ada yang lebih senior dari Asep.

Bos : Baiklah, hari ini kita akan dengar rahsia daripada Asep bagaimana dia boleh menjual koran walaupun dia gagap.

Budak-budak lain pun mencebik. Maklumlah, Asep kan junior lagi. “Anak baru” kata orang Indonesia. Asep pun ke depan dan mula berkongsi rahsianya.

Asep : Hai… Saa..saa…saya Aa..Aasep… *budak-budak lain dah bantai gelakkan dia. Sa..sa..saya anak ba..ba..baru di sini.. Ti.. tiap ha..hari, Asep aaa..akan per..pergi da..dari apart..aparment ke apartment un..untuk ju..jual koran.. *orang lain dengar dia nak mengabeskan ayat pun penat.

 

Arrgghh…gua taip pun penat.. Haha..okla, taip cam biasa.. Ok, sambung balik..

Asep : Begini.. Asep akan ketuk pintu-pintu aparment “Tok! Tok! Tok!”. Maka bila ibu atau bapak yang keluar, Asep akan bertanya sama ada mereka mahu membeli koran atau enggak. Sekiranya mereka tidak mahu membeli koran Asep, Asep tidak akan berputus asa. Asep akan bilang kepada mereka “Tak mengapa ibu..bapak.. Kaa..kaa..kalau i..ibu..atau baa..bapak enggak mau beli koran, Asep enggak apa-apa. Asep boleh bacakan untuk ibu dan bapak koran ini dari halaman pertama sehingga habis. Biar Asep bacakan ya?

Ibu/Bapak : Eh, kalau begitu enggak apa-apa. Kami beli..kami beli..

Hahaa.. Bila dengar je Asep nak tolong bacakan suratkhabar tu untuk dorang, terus je dorang beli suratkhabar tu. Gilerr kau! nak tunggu sampai Asep abes baca, mau pagi besok pun tak abes-abes dia baca. Hahahaa….

So, menyedari dirinya yang kekurangan dan tidak mampu menjual suratkhabar seperti rakan-rakannya yang lain, Asep menukar strategi menggunakan cara dan pendekatan yang berbeza. Kreatif kan! Kalau dia jual suratkhabar kat jalanan, serupa macam kawan-kawan dia yang lain, mesti suratkhabar dia tak abes dijual. Sape nak beli dari budak gagap. Nak jerit “Kor..kor..koran” pun lama..

So, kesimpulan daripada cerita Asep ni tadi, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain, kalau kita berdepan dengan masalah atau halangan dalam menempuh apa-apa yang kita nak buat, janganlah kita berputus asa. Think out of the box! Tak dapat cara ni, guna cara lain. Orang yang berjaya biasanya dia tak buat cara yang sama dengan orang biasa. Dorang buat benda yang sama dengan cara yang berbeza! Don’t do different things, but do things differently! Wah gitu..

Ok, sama-samalah kita berusaha untuk lebih berjaya tahun ni okeh.. Oh ya, PruBSN Takaful punye contest tahun ni pegi trip ke Switzerland. So, kalau ada kawan-kawan, atau adik-adik, atau ada sedara mara yang nak try jadi agent PruBSN Takaful, jangan malu-malu dan segan silu nak contact saya. InsyaAllah kita akan berjaya bersama-sama. Amin..

Daaa….