Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

999

20130814-154618.jpg

Korang pernah call 999 tak? Tadi festaim in my life akak call talian kecemasan ni..

Cite dia macam ni. Tadi akak ada appointment kat Rawang. Akak ikut jalan lama yang lalu Selayang dan Templer Park tu.

Sampai kat jalan naik bukit lepas simpang Majlis Daerah Gombak tu, akak nampak ada benda berterabur atas jalan. Pastu nampak lori. Akak cakap dalam hati, mesti tayar pecah ni. Biasalah tayar lori meletup. Sekali…. Bukan tayar meletup uols!! Akak tak perasan rupanya ada Satria dah remuk teruk belakang lori tu. Akak tatau cemana boleh jadi macam tu. Sepantas kilat. Akak saspek, Satria tu sudah hentam sama itu vontot lori!!

Masa tu akak tengok takde kereta lain pun berhenti lagi. Sebab memang baru sangat kejadiannya. Akak toleh jugak kat Satria tu. Tak nampak pun orang dalam tu. Entah dah terlentok ke ape tataulah..

So, sebagai warga Malaysia prihatin kononnya (puiii!! Kalau prihatin, berhenti tolong ye tak? Haha), akak pun telah menelepon 999. Berdebar gak ni, takut dia tanya macam-macam..

Dua kali tone je, operator 999 tu jawab dah. Tak sempat akak kenalkan diri, operator tu siap sebut nama penuh akak – “Ni Suzilah Zainuddin ye?“. Pastu dia tanyalah, kemalangan tu kat jalan mana. Apa kenderaan terlibat. Ada yang cedera ke tidak. So, akak pun jawablah ape yang akak tau..

Moral of the story dan kesimpulan yang tersimpul ialah – Jangan memain sukati nak call talian kecemasan 999 ke 994 ke atau apa-apa talian kecemasan yang lain, sebab nama dan nombor telefon kita memang dah ada dalam rekod based on masa kita register talian telefon kita tu. Tak payah bagi nama, dorang dulu sebut nama kita.

Sebab tu ada iklan yang bagi peringatan kat kita supaya jangan buat panggilan palsu atau biarkan anak-anak buat panggilan kat nombor kecemasan tu sebab kalau dorang detect kita banyak kali memain, silap-silap polis datang rumah kang. Haaa.. Sape nak jawab?

Moral of the story yang kedua, sila amik tau nama jalan yang kita lalu in case ada kemalangan dan kita nak buat report, masa operator tu tanye, takdelah kita terbangak-bangak nak menjawab. Kan??

Oklah, sekian saja khidmat pesanan masyarakat dari akak. Sharing is caring. Daaa…

Assalamualaikum. Tak jawab dosa..

Seperti yang telah ditulis kat tajuk entry, arini akak telah menderma dara ye. Opppsss!! Darah. Menderma dara tu Sammy Vellu yang cakap. Haha..

Sebenarnya arini akak ada training kat Ukay Perdana dari pukul 9 pagi – 5 petang. Tapi, oleh kerana akak telah diugut (okay, tipu) oleh rakan Facebook akak yang keje kat Pusat Darah Negara, suruh datang menderma darah sempena Hari Menderma Darah sedunia, akak pun menggigihkan diri untuk sama-sama memeriahkan majlis. Kalau datang awal pagi masa pelancaran, siap ada treasure hunt katanya. Tapi tak sempat sebab ada training, maka akak telah melarikan diri masa break tengahari.

Bukan akak pegi sorang je. Akak telah mengangkut lagi 3 orang member – PP, Roza dan Mumtaz untuk sama-sama menderma darah.

Kitorang gerak dari Ukay Perdana lebih kurang 12.30 tengahari dan sampai kat Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak lebih kurang pukul 1.

20130614-204819.jpg

20130614-204942.jpg

Memula sampai, register dulu. Isi form. Kitorang bertiga je yang isi form. Akak, Roza dan Muntaz. PP posing-posing poyo je sebab dia tak cukup salah satu syarat – kena tido lebih 5 jam. Pompuan burung hantu tu tido 3 jam je malam tadi.

 

20130614-204958.jpg

20130614-205012.jpg

Masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat, so Roza pegi solat Jumaat dulu kat Masjid Kampung Baru. Sementara tu, akak dan Mumtaz jelah yang tunggu giliran nak menderma.

Lepas dah isi form, kena cucuk sikit untuk periksa jenis darah. Pastu, sebelum masuk ke bilik menderma, kena tunggu dipanggil untuk interview dulu.

Sementara tunggu nombor giliran dipanggil, nampak pulak booth menderma organ. Akak pun isilah jugak form menderma organ. Yakin nih!! Matila kalau mak akak tak bagi. Hehe. Takpe, kalau lepas kita meninggal, waris tak bagi amik organ-organ kita, pihak hospital tak boleh teruskan. Jangan takut πŸ˜‰

20130614-205042.jpg

20130614-205054.jpg

20130615-100137.jpg

Lepas dah isi borang menderma organ, kebetulan nombor akak dipanggil untuk interview. Ada la beberapa soalan yang akan ditanya oleh pegawai pemeriksa sama ada kita layak tak menderma. Termasuklah pasal HIV, dadah, aktiviti ‘sosial’ dan pengambilan ubat-ubatan serta beberapa soalan lagi. Lepas dah interview, akhirnya akak sorang je yang layak sebab Mumtaz ada amik antibiotik.

Bila dah disahkan layak, terus akak masuk ke bilik menderma. Memula nurse tu cucuk sikit je nak bagi lubang kat lengan kita. Lepas tu baru dia masukkan jarum besar sikit yang bersambung dengan plastik nak isi darah tu.

20130614-205110.jpg

Tak sakit pun. Sakit lagi kalau kucing cakar. Huhu.. Sambil tu, kena genggam-bukak plastik yang dia bagi kita pegang tu supaya saluran darah kita aktif. Senang darah nak keluar.

20130614-205132.jpg

Lebih kurang 10 minit, penuhlah plastik berisi darah akak. 450ml je dia amik. PP dan Mumtaz dok sebelah je bagi moral support. Hehe..

20130614-205332.jpg

20130614-205148.jpg

Lepas darah tu dah penuh, nurse tanggalkan jarum dan suruh akak rehat kejap. Dalam 5 minit je akak baring, pastu bangun sebab kelaparan. Terus pulak pegi tempat makan dan amik makanan yang disediakan. Makan nasik beriyani ayam masak merah okeh. Siap ada puding dan kek. Memang meriahlah makanannya. Budak berdua yang tak menderma tu pun makan sekali. Nasib baik tak kantoi. Hihi..

Ni dia muka budak yang tak derma darah tapi dia paling bersemangat makan. Haha

20130614-205211.jpg

20130614-205233.jpg

Asid folik dan iron yang kena makan lepas derma darah..

20130614-205246.jpg

Lepas makan, Roza pun sampai. Dia pun layak untuk menderma.

20130614-205304.jpg

20130614-205315.jpg

Sementara darah dia kena sedut, kitorang nak solat dulu. Sebelum tu akak pegi toilet membuang apa-apa yang patut.

Sekali, masa nak keluar toilet tu, boleh tak akak pitam? Akak cakap dengan PP – “Beb, aku nak pitamlah!!” sambil sandarkan dahi kat dinding toilet. Memang masa tu akak ingat akak nak mati dah sebab pandangan jadi gelap, rasa mual sampai ke tekak, pastu PP cakap muka akak pucat gilerr. Siap mengucaplah akak masa tu kot tetiba nyawa haku dicabut dalam jamban kan? Keji betul tempat kematian. Hahah..

So, bila macam dah kecoh-kecoh tu, nasib jugak ada nurse yang tengah tunggu giliran nak masuk toilet nampak akak. Dia suruh tunggu kejap sementara dia amik wheelchair. Tak pasal-pasal haku jadi Usop Wilcha!!

Laju dowwhh nurse tu tolak akak naik wilcha tu pegi ke bilik menderma semula. Dahlah masa tu pakai terompah jamban. Janganlah sape-sape amik gamba akak letak kat Youtube. Keh keh..

Sampai kat bilik menderma, dia suruh akak baring kat katil dan suruh bukak pin tudung. Agaknya ketat sangat ke hape, tataulah. Lebih kurang 10-15 minit jugak akak terbaring kat katil tu. Nurse tu siap bagi minum 100 Plus dulu. Lepas rasa dah oke, baru akak bangun. Barulah boleh berjalan macam biasa. Keji betol! Buat malu je. Haha

Padahal ni bukan kali pertama menderma. Ada la dalam 5-6 kali kot. Cehh!!

Lepas Roza dah setel makan, teruslah kitorang pecut balik Ukay Perdana semula. Matila masuk training lambat. Haha..

So, korang yang nak menderma darah tu, jangan takut okay. Cuma jangan gelojoh macam akak. Makan secukupnya dulu. Pastu lepas darah dah kena sedut tu, janganlah terus bangun. Lepak-lepak setengah jam dulu pun takpe kot. Nurse tak marah. Tak kena halau punye. Dah rasa oke, barulah berjalan. Ni tidak, kebulur sangat sampai tak sabar-sabar nak pegi makan. Kejihh!!

Oke, selamat menderma dara(h) dan organ. Alaa, nanti dalam kubur pun jadi tanah jugak, ye tak?

Last but not least…

20130615-062616.jpg

Chiowwww…