Sumber : Utusan Online
KUALA LUMPUR 1 April – Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.
Daripada jumlah itu, RM41 bilion mewakili aset dalam bentuk geran tanah, rumah, bangunan serta saham syarikat dan selebihnya wang tunai.
Pengurus Besar As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin), Jasmin Jamaluddin berkata, wang tunai dan aset itu masih dibekukan sehingga kini kerana tiada waris tampil menuntut hak mereka.
Dalam kes harta orang Islam, katanya, pembekuan harta itu berlaku kerana kebanyakan umat Islam masih kurang berpengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris.
”Memang betul harta boleh dibahagikan kepada waris menggunakan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.
”Namun, urusan wasiat akan lebih terancang jika individu tersebut menulis wasiat dan tidak timbul pembekuan wang tunai atau aset si mati yang disimpan di dalam bank,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Jasmin berkata, hanya 1,000 orang membuat penulisan wasiat harta atau syarikat kepada As-Salihin sepanjang tahun lalu.
Katanya, masalah timbul jika seseorang individu tidak sempat menulis wasiat dan urusan pembahagian harta lebih rumit jika pewaris tidak mengetahui si mati mempunyai wang tunai atau aset di mana-mana bank.
Untuk mendapatkan khidmat Pengurusan Harta Pusaka Islam di bawah CWA & as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi Ujie (019-388 9306) atau ujie at ujie dot com
Nota Kepala : Artikel di bawah dipetik (ditaip semula..fuhh!!) dari majalah Al-Islam keluaran Februari 2010
Ramai orang hendak kaya cepat. Buat ibu duit dan main saham untuk jadi kaya. Dijanjikan pulangan yang mencapai empat angka. Skim cepat kaya, labu peram, piramid, MLM dan banyak lagi. Paling seronoknya apabila ada iklan tidak perlu kerja susah hanya tengok komputer duit datang bergolek.
Itu penipuan yang nyata. Mana ada duit datang bergolek di dalam dunia ini tanpa bekerja. Tapi ramai juga yang tertipu. Ingatkan hendak jadi kaya, rupanya kayap!
Semua orang hendak kaya tapi kena pandai dan betul caranya. Di dalam Islam pun ada caranya iaitu menyimpan atau melabur. Main saham adalah jalan paling mudah hendak cepat kaya. Saham Islam atau saham konvensional? Kedua-duanya boleh asalkan sudah dipastikan menepati syariat Islam.
Cara mudah untuk mengetahui yang Islamik atau tidak boleh dirujuk di Internet. Ada lebih kurang 800 saham yang telah disenaraikan berkonsepkan Islam. Pilih saja yang mana satu mempunyai masa depan cerah dan pulangan yang baik.
Bagi Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr. Shofian Ahmad, saham adalah kata pinjaman dari Bahasa Arab yang membawa maksud bahagian, perkongsian keuntungan dan kerugian. Untung sama rasa dan rugi sama tanggung. Kerjasama ini memang dianjurkan dalam Islam.
Di dalam Al-Quran, surah Al-Maidah – 2 ada menyebut, Dan hendaklah kamu bertolong-tolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan jangan kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa dan pencerobohan.
Menurut Dr. Shofian, perkongsian untung rugi itulah saham. Ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia akan jadi haram sekiranya perniagaannya menjalankan aktiviti haram. Di dalam sebuah hadis jelas menyokong bahawa pelaburan saham amat digalakkan.
Bertanya sahabat : “Apakah pekerjaan yang paling baik?” Jawab Rasulullah : “Setiap jual beli yang baik mengikut peraturan syarak, tidak ada perkara haram”
Tambah Dr. Shofian lagi, saham Unit Trust atau Unit Amanah akan menjadi haram apabila aktiviti yang dijalankan terlibat dengan perkara-perkara haram seperti riba, penipuan, perjudian, arak, nombor ekor, menternak babi dan perniagaan berunsurkan tembakau serta rokok.
“Begitu juga syarikat yang terlibat di dalam perniagaan senjata dengan Israel. Jika terdapat salah satu daripadanya, maka dana atau saham itu dikatakan sudah tidak Islamik lagi. Majlis Syariah tidak boleh mengesahkan bahawa saham itu sebagai saham senaraian Islam,” katanya.
Seterusnya Dr. Shofian menghuraikan lebih lanjut tentang haram yang dimaksudkan di dalam Islam “Contohnya saham yang melibatkan rokok. Saham ini haram kerana rokok membawa kemudaratan kepada manusia. Manakala haram menjalankan perniagaan senjata dengan Israel kerana syarikat tersebut berurusan dengan pihak yang menindas orang Islam,” jelasnya.
Menurutnya saham amanah adalah satu bentuk pelaburan yang tidak ada unsur riba, perjudian,penjualan arak, penindasan, penipuan dan semua perkara yang menyalahi syariat Islam.
“Di sini saya melihat saham amanah boleh menjadi pemangkin untuk menjana ekonomi orang Islam. Kerana yang namanya saham itu adalah satu bentuk perniagaan atau perkongsian.
“Saham-saham ini diterbitkan daripada satu perniagaan untuk mendapatkan modal. Dari saham itu nantilah adanya pulangan, bonus, keuntungan serta dividen. Apabila seseorang melabur, ia akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara dan orang itu akan mendapat pulangannya.
“Namun di dalam Islam, tidak semua saham diharuskan membelinya. Ada juga saham yang dlarang dan diharamkan walaupun dikenal pasti boleh membantu ekonomi negara dan individu.
“Saham short selling memang haram hukumnya. Maksud saham short selling adalah menjual saham yang bukan miliknya. Misalnya Abu, meminjam saham orang lain lalu menjualnya dengan harga tertentu, bila harga saham itu jatuh dia beli balik dengan harga rendah. Beza harga tertentu dengan harga jatuh adalah keuntungannya. Duit itu adalah haram dimakan kerana bukan miliknya,” terang Dr. Shofian



