Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Asyik cite benda merapu je kan, kali ni bagilah chance akak jadi Ustanyah kejap. Heehee.. Ni ha, saje la akak eh, Ustanyah nak share dengan sidang hadirin yang dihormati sekalian pasal email yang akak dapat dari Lembaga Zakat Selangor. So cekidaut!

So sape yang berniaga, jangan lupa bayar zakat perniagaan okeh


Yang ni pulak nak bagitau kadar nisab zakat dah naik lagi iaitu RM13,000

Sape yang wajib keluarkan zakat ni kan? Macam yang kita belaja masa sekolah dulu-dulu, ada beberapa syarat yang perlu diambil kira sebelum kita membuat taksiran jumlah zakat yang wajib dikenakan ke atas kita. Syarat-syarat tersebut ialah Islam, merdeka, sempurna milik (memang kepunyaan mutlak si pembayar zakat), harta dari sumber yang baik, nisab serta haul (cukup satu tahun sejak memilikinya).

Macamana pulak kita nak tau berapa nisab atau paras minimum yang menentukan sama ada harta yang kita miliki atau pendapatan yang kita perolehi tu wajib dikenakan zakat atau tidak? Sebenarnya, kadar nisab ni berubah-ubah setiap tahun. Kadar nisab tersebut ditentukan oleh purata harga 85 gram emas pada tahun tersebut. Kenapa 85 gram emas? Kenapa bukan 100 gram dan sebagainya? Semasa mencari-cari jawapan bagi persoalan ini, akak termasuk dalam satu blog ni. Akak petik sedikit info dari blog tu :-

FORMULA DARI ALLAH SWT UNTUK KITA…

Syariat zakat yang difardhukan pada tahun kedua hijrah, adalah satu manifestasi unggul dalam konteks keseimbangan harta dan kekayaan dalam Islam. Ini kerana, tiada larangan dalam Islam terhadap keinginan kita mengumpulkan harta kekayaan. Sebaliknya, Allah menggalakkan pula, umat Islam mencari rezeki dan kekayaan sepertimana firmanNya :

“Apabila selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing – masing), dan carilah limpah kurniaan Allah,….” al – Jumu’ah : ayat 10)

Kekayaan umat Islam Allah SWT telah imbangi dengan ketetapan berzakat. Perintah yang bersifat rukun ini, jika dipatuhi maka akan melahirkan si kaya yang taat dan terpuji akhlaknya.

Persoalannya, siapakah yang menentukan 2.5 % daripada harta kekayaan kita perlu dizakatkan ? Siapakah yang menetapkan nilai 85gram emas sebagai nisab kekayaan umat Islam ?

Begitu juga perak….siapakah yang menetapkan nilai 595 gram wajib dikeluarkan 2.5 %..?? Begitu juga tempoh masa (haul) sebagai masa minimum kekayaan umat Islam ?

Semua persoalan di atas, jawapannya Allah SWT yang tetapkan melalui utusanNya baginda Nabi Muhammad SAW, maka digariskan formula demi formula bagi tujuan keseimbangan kita dalam berharta. Formula yang bersifat mapan atau ‘established’ kata orang zaman ini. Ia sesuai sepanjang zaman, setiap keadaan dan di mana jua.

Kadar zakat 2.5 peratus sudah cukup bagi menjamin keberkatan harta. Nilai 2.5 peratus ini zahirnya amat kecil. Jika di dalam kocek kita ada RM 1,000.00, maka nilai zakat kita hanyalah RM 25.00 sahaja. Tetapi nilai yang kecil kelak akan memberikan impak penambahan kepada harta kita. Allah SWT menjamin setiap satu sen yang dizakatkan, akan dibalas dengan nilai tujuh kali ganda, 100 kali ganda bahkan ada yang tidak terhitung lagi nilai gandaannya. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang – orang yang menafkannya hartanya di jalan Allah (zakat, sedekah, dan sebagainya) adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap – tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui.” ( al – Baqarah : 261)

Sekali lagi, bukankah Allah SWT menjamin balasan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Inilah unik dan ajaibnya, formula dari Allah SWT dengan memberi balasan yang berkali – kali ganda. Maka tidak syak lagi, zakat emas dan perak adalah formula ketetapan Allah bagi menjamin kehidupan manusia itu sendiri. Maka beruntunglah bagi mereka yang mengamalkannya formula ini di dalam kehidupan, sedang merugilah mereka yang sering menangguh – nangguhkan amalan.

Ya, jawapannya, Allah jua yang menentukan. Atas dasar apa? Wallahua’lam. Dia yang maha mengetahui.  Ok, jom kita tengok pulak kadar nisab sejak tahun 1990 – 2012 seperti yang tertera dalam laman web Lembaga Zakat Selangor.

Kadar Nisab Terdahulu

Berikut merupakan kadar nisab yang digunakan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula tahun 1990 hingga tahun 2012.

Bil Tahun Kadar Nisab (RM)
1 2012 13,000
2 2011 10,650
3 2010 9,000
4 2009 7,900
5 2008 6,400
6 2007 6,100
7 2006 4,500
8 2005 4,200
9 2004 3,900
10 2003 3,400
11 2002 2,900
12 2001 2,600
13 2000 3,200
14 1999 2,900
15 1998 2,900
16 1997 2,800
17 1996 2,700
18 1995 2,700
19 1994 2,900
20 1993 2,900
21 1992 2,900
22 1991 2,900
23 1990 2,900

*Kadar nisab tersebut ditentukan oleh purata harga 85 gram emas pada tahun tersebut

Uols nampak tak ape yang akak nampak? Mesti nampak kan? Untuk yang tak berapa nak nampak, akak berbesar hati nak share dengan uols. Tapi kalau salah mintak tunjukkan.

Ok, kalau kita tengok dari jadual di atas, harga purata bagi 85 gram emas pada tahun 1990 (22 tahun lalu) hanyalah RM2,900 berbanding harga purata 85 gram emas pada tahun ini yang mencecah RM13,000. Mari kita bandingkan senario ini :-

ALI

  • Tahun 1990 : Mempunyai SIMPANAN DI TABUNG HAJI yang cukup haul = RM3,000
    Wajib dikenakan zakat? = YA, kerana melebihi kadar nisab pada tahun 1990 RM2,900
    Jumlah zakat wajib  yang dikeluarkan = 2.5% x RM3,000 = RM75
  • Tahun 2012 : Mempunyai SIMPANAN DI TABUNG HAJI yang cukup haul = RM10,000
    Wajib dikenakan zakat? = TIDAK, kerana kadar nisab bagi tahun 2012 ialah RM13,000

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AHMAD

  • Tahun 1990 : Memiliki 85 gram EMAS dan cukup haul yang bernilai RM2,900
    Wajib dikenakan zakat? = YA, kerana kadar nisab zakat pada tahun 1990 ialah RM2,900
    Jumlah zakat wajib  yang dikeluarkan = 2.5% x RM2,900 = RM72.5
  • Tahun 2012 : Masih menyimpan EMAS yang sama tetapi nilaiannya pada tahun ini ialah RM13,000
    Wajib dikenakan zakat? = YA, kerana kadar nisab zakat pada tahun 2012 ialah RM13,000
    Jumlah zakat wajib  yang dikeluarkan = 2.5% x RM13,000 = RM325

Apakah maknanya semua inihhh??! Haha cam poyo! Takde ape pon uols. Sebenarnya perbezaan situasi ALI dan AHMAD ni just nak menunjukkan sekiranya kita menyimpan dalam bentuk WANG KERTAS, duit kita akan mempunyai susut nilai berkadaran dengan masa disebabkan oleh INFLASI berbanding sekiranya kita menyimpan dalam bentuk EMAS atau PERAK.

“Seb baik tahun ni kadar nisab zakat ialah RM13,000. Duit Tabung Haji aku ada RM10,000 je. Fuhh!! Tak kena zakat“, kata Ali.

Ada brannnn cakap camni? Nak kena panah petir? Astaghfirullah. Semoga Ali diberikan taufik dan hidayah. Ya, disebabkan kadar nisab zakat berkadaran dengan harga purata 85 gram emas, maka Ali tidak dikenakan zakat. Mungkin pada tahun 2020 nanti kadar nisab zakat akan naik jadi RM25,000 pulak. Mungkin sampai bila-bila pun Ali tak kena bayar zakat. Berdosa tak Ali? Tak, dia tak berdosa pun.

Berbanding Ahmad yang menyimpan wangnya dalam bentuk emas, pada tahun 1990 dia kena bayar zakat, tahun 2012 pon dia kena bayar zakat disebabkan nilaian emasnya turut naik. Pendek kata, memang tetiap tahunlah si Ahmad ni kena bayar zakat. Rugi ke Ahmad? Untung lagi ada sebab harga emas boleh naik 20-25% setahun. Ala, bukan banyak pun zakat yang nak kena bayar.. 2.5% je. Banyak ke tu? So, setiap tahun Ahmad dapat berzakat dan menyucikan hartanya.

Ehh, jangan salah anggap pulak. Bukannya akak cakap simpan kat bank tu salah. Just nak highlightkan yang sistem matawang Islam (bersandarkan emas dan perak) ni lah yang paling sempurna, mantap, kaya di dunia dan untung di akhirat. Wang kertas? Macam yang kita tau – Sistem matawang Kapitalis Yahudi. Saban tahun mengalami inflation dan mungkin sampai bila-bila pun si Ali tadi tak dikenakan zakat.

Zakat, di samping membersihkan harta, ia juga dapat menyucikan jiwa. Dengan zakat yang kita bayar, ada jutaan umat Islam yang fakir, miskin dan tidak berkemampuan dapat kita tolong. Tak ke cantik tu? Sebab dengan janji Allah, setiap sen yang kita keluarkan, akan dibalas dengan 700 kali ganda. Wallahua’lam!

So, kalau nak tau lebih lanjut pasal zakat, jenis-jenis zakat, kalkulator zakat dan cara pengiraan, silalah masuk dalam laman web Lembaga Zakat Selangor ni. Yang bestnya kalkulator zakat tu, masukkan aje pendapatan tahunan korang dan pendapatan-pendapatan lain, pastu klik butang KIRA. Taraaa.. Dah boleh terus pegi bayar zakat. Nak lagi complete dan faham, boleh terus tanya pegawai Lembaga Zakat kat opis dorang.

Sekian, dari Ustanya Ujie. Manisnya kurma, manis lagi kalau bayar zakat. Renung-renungkan dan selamat beramal.. *matila campur aduk Ustazah Bahiyah dengan Prof. Izzi Ali. Hiks..

Daa…

Seperti yang dijanjikan, dalam episod kali ni saya nak citekan serba sedikit tentang sejarah Turki. Boring ke? Ala.. Bacala sikit.. Ni saya cedok apa yang tourist guide kami Sinan bagitau dan jugak dari Wikipedia.

Asyik sebut nama Sinan, apa ke rupa mamat nih??

Ni dia… Sinan si pipi gebuss

Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki merupakan sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq dan Syria. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam, Laut Mediterranean dan Laut Aegean.

Jom tengok peta Turki lagi sekali..

Peta Turki

Ok, tengok pulak peta lagi satu kat bawah…

Anatolia (Bahasa Turki: Anadolu) atau yang bermaksud The Land of Sunrise adalah kawasan barat daya Asia dan juga merujuk kepada sebahagian besar dari Turki. So, Cappadocia (dalam wilayah Nevsehir-kaler biru) dan Ankara (kaler hijau) yang saya lawati sebelum tiba di Istanbul tu sebenarnya terletak di Semenanjung Anatolia atau Asia Kecil lah.

Untuk pengetahuan, Empayar Rom dulunya mempunyai wilayah yang dipanggil Asia yang terletak di Anatolia. Masyarakat kemudiannya mula memanggil keseluruhan benua ini sebagai Asia, lalu bahagian semenanjung (Anatolia) dipanggil Asia Kecil.

Klik untuk tumbesaran gambar

Dah paham sikit kan? Jadi, kat belah mana yang dikatakan dunia dua benua tu? Haa, Istanbul la jawapannya. Cuba rujuk peta kat atas. Wilayah Istanbul yang kaler merah tu, ada dua bahagian. Satu yang bersambung dengan Anatolia (Asia Kecil) dan sebelah lagi terletak di Eropah. Dua bahagian wilayah ini dipisahkan oleh Selat Bosphorus sepanjang 31.5km.

Amacam? Puas ati? Hiks!

Istanbul yang kitorang pegi ni ialah Istanbul di bahagian Eropah. So, aktiviti hari pertama kami di Istanbul ialah naik Cruise merentasi Selat Bosphorus. Memang terbaekkk lah!

Tapi sebelum tu, seperti biasa marilah saksikan aksi-aksi mendebarkan semasa akak dan kawan-kawan berpoyosing di sekitar hotel pagi-pagi sebelum naik cruise!

Ni gamba-gamba kat restoran hotel tempat kami bersarapan..


“Alaaa… Apsal ko berdiri tegak je.. Selalu kan ko angkat kaki”- akak dilontarkan kata-kata nista oleh jurugambar..


Untuk memenuhi permintaan jurugambar… Fine! Akak terpaksa angkat kaki, uols!

Jom tengok makanan apa yang ada…


Jeruk dan ulama-ulaman


Daging-maging yang halalan toyyiban


Madu lebah masih di sarang


Segala macam jus buah-buahan


Sos-sosan (sewel.. huhu)


Roti-rotian


Penuh makanan satu meja


Abaikan dagu berlapis itteww


Banyaknye makanan… Buruk lantak!


Ni pun!



Rakan semeja


Lepas makan, saya dan Memey pun kuar ikut pintu restoran ke bahagian belakang hotel. Kat situ ada taman. Cantekla jugak kalau nak bergamba-gamba.





Pastu macam semua tempat kat Turki kita akan jumpa tetamu yang tak asing lagi iaitu….

KUCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Demok-demok.. Geram rasa nak bagi penyepak! Hahaa ganass..


Tekedek-kedek


Samseng dia ni.. Panggil-panggil kita, meow-meow. Bila kita dekat, dia marah.. Tarik ekor tu, baru tau!


Ko hengat ko comel? (memang pun!)


Aku lempang jugak minah ni. Tegolek-golek pulak dia..

Pastu ada seko lagi.. Yang ni kucing jantan..


Hahaha.. dahla gemuk, pendek pulak tu.. Macam tikus mondok kan?


Demokk!!


Ala ala syahang dia..


Ni tengah nak begaduh dengan kucing betina garang tu..

Lepas dah puas bergambo kat belakang, kita gi depan pulak.. Harap korang tak muntah darah tengok gamba-gamba akak ye..


Dengan salah sorang staff hotel








Rasa nak lempang diri sendirik!




Depan hotel


Poyosing bersama Wan!!


Lagi sekali!



Dengan Memey comey!



Dengan budak-budak sewel!



Semua jerit “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…”. Takde motip

Lepas dah koma bergamba-gamba keliling hotel, kami pun mulakan perjalanan ke Eminonu Helic Iskelesi (Eminonu Dock) untuk menaiki Bosphorus Cruise. Prudential BSN Takaful telah menempah sebijik cruise tu untuk kitorang je. Privacy gitu..

Sebelum tu mehla nak cite asal-usul Bosphorus tu. Macam cikgu kan akak ni? Sume nak bagitau korang. Haha.. Sharing is caring kan? Nama bahasa Inggeris “Bosporus” berasal dari mitos lama. Kononnya Tuhan Greek, Zeus mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita cantik bernama Io. Apabila isterinya, Hera mengetahui kecurangan suaminya, Hera menukar Io menjadi lembu dan mencipta langau yang menyengat pada bahagian punggung lembu lalu terjun ke dalam selat.

Oleh itu bous = lembu,
dan Poros = tempat-lintasan:
Bosporus = “tempat-lintasan lembu.”

Bosporus atau Bosphorus, juga dikenali sebagai Selat Istanbul, adalah selat yang memisahkan bahagian Eropah (Rumelia) Turki dengan bahagian Asia (Anatolia). Perjalanan dengan Bosphorus Cruise yang mengambil masa lebih kurang sejam ini membawa kami merentasi Selat Bosphorus bagi menikmati pemandangan menakjubkan di persisiran Istanbul di sebelah Eropah dan juga Istanbul di sebelah Asia.

Apa yang dapat diperhatikan ialah terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kedua-dua bahagian Istanbul tersebut. Istanbul di sebelah Eropah mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi dan moden manakala Istanbul di bahagian Asia bangunan-bangunannya rendah-rendah dan lebih tradisional.


Ni la rupanya cruisenya..


Bersama Mejar Muhammad


Masjid Ortaköy – di persisiran Istanbul Eropah












Senget benget sebab air beralun





Istanbul sebelah Asia. Bangunan rendah-rendah. Sorry tak clear sangat











Dek sebelah bawah





Berlerbeyi Palace



Glove tetinggal dalam bas. Sudahnya Memey bagi pinjam sebelah dia punya.. Huhu


Bopren baru iols – Azim Mithani.. Haha nak kena lempang? Ni CEO PruBSN okeh..

Lebih kurang sejam, selesailah perjalanan kami menaiki Bosphorus Cruise tu. Dah turun tu, sempat lagi sekali amik gambo..


Mekna dalam percubaan mengangkat kaki

Korang mesti dah penat tengok muka akak sana-sini kan? Akak stop dulu. Lepas ni, akak akan bawak korang melihat jejaka-jejaka tampan Turki dalam satu fashion show!! Memang gorjes-gorjes theyols semua. Stay tune!!