Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Arakian hamba memohon ribuan kemaafan kerana membiarkan blog ini bersawang adanya. Wah gitu.. Terus opening speech nak bagi sama dengan tajuk entry kan. Hikayatzz sangatzz..

Sorry weh.. Sebab lama mendiamkan diri.. Walaupun ada korang kesah? Hiks! Seb baik page ni akak dah tick “Remember Password”. Kalau tak, dengan password blog pon akak lupa. Wakakaa..

Okla, daripada gambar-gambar yang akak ada ni terperap je, baiklah kita tunjuk. So, ni kisah 8 haribulan Mac yang silam. Ye, event ni diadakan pada hari yang sama berlakunya tragedi yang sangat menyayat hati bagi kita semua rakyat Malaysia – Kehilangan MH370. Dan akak tau citer ni dah nak masuk 3 bulan, barulah sebok nak diblogkan.. Hew hew hew..

Macam biasa le, tetiap tahun PruBSN Takaful mesti akan buat award dinner sebab nak menghargai top-top agent yang dah bertungkus lumus sepanjang tahun buat sales. Tahun ni dinner kami diadakan di Intercontinental KL. Dulu nama dia Hotel Nikko.

Ok, jomle kita tengok gamba-gamba yang ada..

 1
Sampai je terus posing dulu ye

Akak pon tak ingat dah ni baju puteri apa. Puteri Gunung Semanggol kot. Hahaa belasah jela.. Baju ni akak sewa kat Aron Nawi Creations Costume Rental. Boleh cekidaut FB dia kat sini.

2
Bersama dayang-dayang.. Wakakaa…

1
Kak Liza – Puteri Perak? Entah tatau pulak apa namanya ni..

2
Haaa… Ni akak tau.. Hang Buah! Eh Hang Tuah… :-p

1
Makan & bergamba berpisah tiada..

2
Hang Tuah & Hang Buah

1
Our CEO pun bukan main hensem berbaju Melayu.. First time dia pakai cenggini katanya..

8
Lawak nak mamposs Afdlin jadi guest artist malam tu. One man show pon memang pecah panggung..

Salah satu lawak Afdlin malam tu “Orang gemuk memang selalu dapat bini lawa sebab kami ni saja je nak bagi isteri kawen lain. Sebab biasanya orang gemuk ni cepat mati. Banyak penyakit“. Bahahaha kongajo..

 

9

Nak balik dah.. Daaa…

Last but not least….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

10

11
Mak masuk sokkabar uolsss!! Haha

Okbai..

 

Hohohoiiii!! Terlupa pulak ada blog. Wakkakaa.. Nape akak bizi eh? Ohh ya!! Sebab bulan ni PruBSN buat contest iPad Mini. Sape achieve target boleh dapat iPad Mini. Tu yang macam bizi sikit bulan ni. By the way, mehla akak summarizekan apa yang terjadi dalam hidup akak sepanjang bulan ni. Gituhhh… Lets!

Hari Raya Aidiladaha

Macam biasa, solat dulu kat Masjid Sungai Choh. Nampak 5 ekor lembu yang bakal dikorbankan. Cian. Kurus-kurus je..

20131028-080858.jpg

Pastu balik Kuala Selangor. Orang kampung tengah melapah daging korban. Akak tolong snap sana sini je. Hehe..

20131028-081121.jpg

Cuti dua hari je, so hari raya kedua, dah balik KL semula. Jadilah..

Melawat CoolBlog

Tau tak apebenda CoolBlog tu? Bukan Blog yang sejuk ye. Hehe. CoolBlog ni kedai yang jual minuman. Macam Chatime tu jugak. Tapi harga minuman kat CoolBlog lagi murah dari kat Chatime tu..

Aikk!!?? Pegi CoolBlog pun nak jadikan cerita ke? Opkosss okeh! Sebab CoolBlog ni dibukak oleh member akak, Jinggo. Ingat senang ke nak bukak franchise ni? Dahla modal nak start franchise ni almost RM100k. Kena pegi training dan macam-macam lagi.. So, memang salutela!!

20131028-081658.jpg

cb2

cb1

 

So, kalau korang ada kat area Bandar Sri Damansara, bolehlah pegi lepak-lepak minum kat sini ye. Terletak kat area McD dan Petronas.

Karnival Kerjaya Agro @ PWTC

Sabtu baru-baru ni, PruBSN ada sewa booth untuk recruit agent baru kat Karnival Kerjaya Agro yang diadakan kat PWTC khas untuk budak-budak institut pertanian yang konvo kat PWTC hari tu. Bagus jugak sebenarnya ada karnival kerjaya ni, sebab budak-budak yang grad dalam bidang pertanian tu boleh terus cari peluang pekerjaan memandangkan booth yang ada adalah booth yang berkaitan dengan agro dan makanan.

Yang akak tak berapa nak paham, kenapa tetiba ada terselit booth PruBSN pulak dalam banyak-banyak booth pertanian dan makanan tu? Hahha.. Ramai jugak student-student yang baru lepas konvo tu singgah kat booth kami. Bila dah dibuat “short interview” dengan dorang, barulah akak nampak logiknya PruBSN menyelitkan diri kat Karnival Kerjaya Agro ni..

Nak tau sebab apa? Ada budak-budak yang akak tanya, memang minat ke amik course pertanian ni? Ada yang jawab ye, ada jugak yang jawab tak. Tapi disebabkan dah takde course lain, amiklah jugak course pertanian. So, bila kitorang share peluang jadi konsultan takaful ni, ramai yang berminat. Terus nak register dan amik exam. Bravo!

20131028-083120.jpg

20131028-083215.jpg

Ni akak tengah explain kat budak-budak tu.. Siriyuss tak? Haha

20131028-083550.jpg

So, tu jelah cerita akak sepanjang bulan Oktober ni. Tragedi-tragedi Oktober macam pegawai Ambank ditembak mati, remaja yang disumbat dalam beg dan orang awam yang kena tikam kat LRT tu, takyahlah kita nak cerita, kan? Tu semua cerita-cerita sedih je.

Ok, sehingga bertemu lagi di dalam rangkuman cerita yang lain. Daaa..