Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dah lama akak carik gamba lama mak dan arwah abah akak ni. Gamba ni adalah gamba akak yang scan dan print semula. Gamba asal mana entah. Mungkin hilang masa kitorang pindah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung dulu.. Fuhh!! Nasib baik jugakla akak jumpa balik gamba yang discan ni. Kalau tak, memang takde kenanganlah..

Masa ni mak dan abah akak baru kawen kot. Tahun 1960. Masa tu umur mak 17 tahun. Abah pulak 21 tahun. Young couple gitu. Tapi dulu biasalah kot kawen muda ni kan?

Ada yang tanya akak ikut muka siapa. Entahlah pulak. Rasanya mata ikut keturunan sebelah abah. Bengkulu. So mata adalah sepet! Huhu..

Hmm.. Sayang sangat dorang berdua ni. Muahhh!! Abah, semoga kau tenang di samping Maha Pencipta.. Amin..

20130930-081147.jpg

Al-Fatihah..

Apa beza KAWAN, SAHABAT dan TEMAN?

Secara ringkasnya, perbezaan ketiga-tiga ini bolehlah disimpulkan sebagai:-

Kawan = boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya, hanya bersifat luaran, paling ramai.

Teman = hubungan rapat, lebih teguh berbanding kawan, dipercayai dan boleh dijadikan tempat berkongsi suka, duka, masalah, pendapat sehingga dalam satu keadaan boleh jadi sahabat

Sahabat = hubungan terlalu rapat dan akrab berbanding teman, sangat teguh sehingga semua masalah boleh dikongsi bersama, paling sukar untuk ditemui, setia, perihatin dan sanggup berkorban kerana persahabatan.

Macam berilmiah je entry akak kali ni kan? Takde maknanya.. Haha..

By the way, tahun ni akak rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa balik kawan-kawan masa sekolah dan masa kat U dulu. Ada yang jumpa masa bulan raya dan ada jugak yang jumpa dah lepas raya.

Bayangkanlah, ada yang akak tak jumpa dah lepas habis Form 3 kat Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER). Tahun bila tu? 1993 okeh. Doploh tawonnn!!

Yang dah tak jumpa lepas abes belaja kat MRSM Jasin pun ada. Akak habis Form 5 tahun 1995. Haa kau!! 18 tahun. Kalo tegedik-gedik lepas SPM dulu dah kawen dan beranak, anak pon dah amik SPM tahun ni. Heehee..

Dannnn… Yang baru-baru ni jumpa balik dengan kawan serumah masa belajo kat UTM dulu. Grad tahun 2000 tapi last jumpa tahun 2003 kot masa open house rumah member. So, bape tahun kawan-kawan? Ye! Seploh tahun…

So, tanpa membuang masa, mehla kita cekidaut gamba-gamba ye..

20130915-210731.jpg

Ketibaan akak disambut dengan pelukan dan kutukan. Biasalah, semua jenis mulut yang takde insurans. Haha

20130915-205932.jpg

Dari kiri Riza Sakira, Ummi, yostruli dan Suhara.

Ni kawan-kawan masa kat SAMER dulu.. Walaupun dorang ni kategori mak-mak, tetap mantop! Masa ni Ummi (tudung merah – dorm mate masa Form 3) jemput ke majlis cukur jambul anak buah dia kat Shah Alam. Dapatlah jugak jumpa kawan-kawan yang lain. Dulu kitorang umur 15 tahun, sekarang dah 35! Gilo!!!

Sebelum pegi rumah Ummi, akak singgah dulu kat rumah ex-classmate akak masa kat MRSM dulu – Eyja. Kat Shah Alam jugak. Kitorang buat potluck. Patutnya ramai, tapi ada yang last minit tak dapat datang. So kitorang berempat je.

20130915-205853.jpg

Kak Norm – tudung hitam, ex-classmate akak, sekarang Pegawai Sains kat UPM. Kak Norm ni akak biasa gak jumpa. Haa, yang tudung pink ni – Rohani yang dah 18 tahun tak jumpa tu. Last sekali masa Form 5 la kiranya.. Sekarang lecturer Kimia kat UiTM Shah Alam kalau tak silap. Ani atau nama glamernya sekarang – Anne bukan classmate akak, tapi budak kelas sebelah. Kira geng jugak..

20130915-205917.jpg

Bersama tuan rumah – Eyja, ex-classmate akak. Sekarang surirumah sepenuh masa walaupun ada Degree Electrical Engineering. Eyja pun selalu jumpa gak.. Sape nak order kek coklat kukus beliau yang mabeles, boleh roger akak!

Kat rumah Eyja, akak sempat selongkar album dia dan jumpa gamba-gamba ni. Kah kah!

20130916-051547.jpg

Dalam kelas masa Form 5. Cer carik mana akak?

20130916-051612.jpg

Poyo je seko-seko

20130916-051630.jpg

Nik Aziz pon tak sanggup nak tengok. Heehee..

Last sekali, hari Sabtu baru ni, akak jemput ex-hosmet akak masa tinggal kat rumah sewa kat Taman Universiti Skudai dulu datang makan kat rumah.

Memang asyik tergelak jelah mengenangkan kisah-kisah bongok akak zaman remaja dulu seperti minat kat penyanyi Rem, kisah muka akak penuh jerawat, so bila malam nak tido tu, mulalah akak tepek ubat jerawat Sari Ayu kat pipi, pastu macam-macam lagilah kitorang membahan antara satu sama lain. Serta sesi mengumpat juga tidak dilupakan. Wakakaka..

20130915-210800.jpg

20130915-210812.jpg

Yang berdiri – Masli Aniza, cikgu kat Batu Kurau. Peminat fanatik Zamani Slam. Pantang Slam keluar TV, housemates yang lain akan memberi sokongan dengan menjerit nama si Masli ni supaya datang ke hall menengok Zamani tengah menyanyi. Walaupun ketika itu dia di dalam jamban! Macam dorang support akak kalau Rem tengah melalak. Baca sini kalau nak tau kenangan akak dan Rem.

Duduk tudung biru – Azirah, keje kat Sirim. Peminat gila babeng kumpulan A to Z terutamanya Lan. Jangan berani-berani kutuk Lan A to Z depan dia kalau tanak makan selipar. Begitulah fanatiknya dia. Satu lagi yang Azirah minat ialah Amy Mastura. Siap beli semua kaset. Tapi bila sekali dia dengar Amy Mastura menyanyi live macam ayam tercekik jagung (sukati je perumpamaan akak. Huhu), pendek kata memang tak sedaplah macam dalam album, terus beliau menyumpah-nyumpah dan boikot Amy Mastura habis-habisan. Wakaakaka lawak je..

Duduk tudung cekelat – Sinar Suria, keje kat OUM. Haa yang Suria ni bukan housemate akak tapi dia geng dengan Azirah dan selalu jugak datang rumah sewa kami, so jadi genglah jugak.. Sape penyanyi yang dia minat, tidaklah aku ketahui. Hiks!!

Haha bila teringat pe’el sorang-sorang yang ada penyanyi kesayangan masing-masing, memang boleh menjadi bahan di hari muka. Maklumlah, umur-umur remaja macam tu, hormon miang tengah ‘up’, so penyanyi lelaki jelah yang boleh dibuat benchmark untuk mencarik laki satu hari nanti. Muahhahaa..

20130915-210829.jpg

20130915-210917.jpg

So, tak kiralah dorang ni kawan, sahabat atau teman, setiap seorang daripada kawan yang kita ada, mesti akan meninggalkan kenangan untuk kita. Tak kiralah kenangan manis ke, lawak, sedih ke ape. Semua indah untuk dikenang.. Dan akak doa semoga kitorang tetap bersahabat selagi hayat dikandung badan.. انشاالله