Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Malam kami di Hong Kong tak berhenti setakat di Victoria Peak. Malam masih muda, haruslah sambung jalan-jalan lagi.

Kami menaiki bas ke Wan Chai. Ada apa kat Wan Chai? Entah, orang kata tempat ni paling happening kat Hong Kong. So, sajelah nak menengok apebenda yang happening sangat tu..

Oleh kerana Tourist Day Pass kami hanya boleh digunakan untuk naik MTR, so naik bas ni kenalah bayar tambang sendiri, tak boleh guna pass tu. Akak tak ingat berapa tambang. Rasanya HKD7 ~ RM3. Camtulah. Bas ni bas dua tingkat, so akak jadi eksaited sebab festaim in my life naik bas dua tingkat nih *kesian

Lapang je takde orang

Tak jauh pun jaraknya. Rasanya dalam 10 minit dah sampai. Jalan kaki pun boleh agaknya tapi kang sesat pulak..

Ok, sampai dah.. Jom tengok apa yang bestnya kat Wan Chai ni..

Teksi yang selalu kita tengok dalam cite-cite Hong Kong


Moneny laaa..




Wohhhh!! Ini yang happening sangat rupanya!! Ini bukan happening, ini pening!! Haha

Bila dah pening kat Wan Chai, kitorang blah. Ke Ladies Market pulak kita.. Nak ke Ladies Market ni, kena naik MTR sampai ke stesen Mong Kok..

Semua ralit dengan gajet masing-masing

Sampai dah..


Iklan Coke merata-rata kat tiang stesen MTR Mong Kok

Keluar je dari stesen, terus nampak punyelah ramai orang kat Ladies Market ni..




Usha dulu ape ada.. Kasi panas enjin..


Punyelah banyak sekelian macam handbag tergantung..


Macam biasalah kalau shopping kat tempat-tempat macam ni, kena pandai tawar menawar. Kena tunjuk action sikit kat peniaga-peniaga kat situ, berlakon macam tanak beli. Nanti dia panggillah balik, bagi harga yang kita bargain tu.. Tapi ada jugak yang poyo. Tema dorang “Ada aku kesah ko tanak beli?!!“. Giteeww..

Contohnya ada sorang amoi tu.. Siap gaduh baling-baling kalkulator lagi. Hahha.. Dialah yang baling. Kalau akak yang baling, mau haku tak balik KL. Huhu..

Janganlah muncung sangat amoi!!

Tapi akak memang salute dengan Ibrahim. Banyak barang yang akak nak beli, dapat harga murah sebab dia pandai tawar. Heehee..

Jom cuci mata lagi, tengok beg..


Konsep akak senang je. Kalau tak mampu beli designer handbag, beli je yang bodoh-bodoh takde jenama. Bukannya tak lawa. Cantek-cantek jugak. Tak payahlah kita nak menipu orang lain dengan pakai beg LV grade AAA apekejadah tu. Yang paling penting, kita tak menipu diri sendiri.. Betol tak?

Ladies Market ni beroperasi start pukul 4 petang sampai tengah malam tapi masa kitorang pegi tu, pukul 11 malam dorang dah sebok-sebok berkemas. So, kalau uols nak pegi, janganlah lambat sangat..

So, inilah dia hasil shoppingan selepas hampir dua jam kat situ..


Lepas dah puas mengabeskan duit, barulah terasa haus ya hammat.. Jomlah kita minum..



Sedap gilsss air dia

Mohle balik.. Nak balik ke hotel, kami naik MTR ke Stesen Tsuen Wan semula..


Sampai hotel lebih kurang 12.30 malam macam tu. Makk aii barulah terasa penat berjalan sehari suntuk dari pagi.. Rasain!

So, perbelanjaan kami hari tu tak termasuk shopping ialah:-

1. Tourist Day Pass = HKD55
2. Cable Car Ngong Ping 360º = HKD125
3. Makan = HKD68
4. Peak Tram + Sky Terrace 428 = HKD75
5. Bas = HKD7

Total = HKD330 ~ RM138

Penjimatan luar biasa berbanding ikut tour! Lagipun dapat pegi banyak tempat.. Yang penting, kena berani, tak malu bertanya dan buat research sikit-sikit..

Ok, sampai sini dulu.. Nanti akak sambung lagi entry last akak kat Hong Kong ye.. Daaaa…

Selain Ngong Ping 360° yang terletak di Lantau Peak, ada satu lagi tempat tarikan pelancongan di Hong Kong yang kami nak pegi. Yang ni pun terletak di tempat yang tinggi jugak iaitu Victoria Peak. Gitu.. Sume peak-peak belaka..

Bajetnya, nak ke Victoria Peak tu, petang-petang sikit. So, boleh stay sampai malam dan tengok pemandangan malam dari atas sana. Kata orang, cantik sangat viewnya. So, kenalah pegi tengok sendiri kan?

Oleh kerana masa tu baru pukul 3 petang, ada masa lagi untuk kami jalan-jalan sekitar bandar Hong Kong dulu. Ada yang nak carik T-Shirt Hard Rock, pastu ada member akak pulak kirim short glass Hard Rock. Duit dah dibagi, kena lah jugak carik benda alah tu.

So, dari Stesen Tung Chung kami amik MTR ke Stesen Hong Kong. Dari Stesen Hong Kong, kalau ikut hasil Google, boleh jalan kaki je ke stesen MTR Central. Dan dari stesen Central pulak, memang dah dekat kalau nak ke Hard Rock Cafe tu. So, lets!


Menuju ke stesen Central


Tanye dua tiga orang, akhirnya berjayalah kami keluar dari stesen Central tu.. So, inilah dia rupa bandar Hong Kong macam selalu dalam cite Cina tu.. Hehe…



Jalan punya jalan, tanya punya tanya, taraaaaaa… Sampai jugak ke Hard Rock Cafe yang dicari-cari ittew..

Sebok je Ibrahim kat belakang tu nak enterframe


Pilih jangan tak pilih

Lepas dah setel member kat Hard Rock perut pon dah mula berkeroncong. So, apa kata isi perut dulu. Dalam banyak-banyak restoran yang ada, Ebeneezer’s ni je yang nampaknya ada tanda Halal. Restoran ni jugak yang kami nampak kat Ngong Ping tu. Bila tengok harga, ceh!! Sama je. Baik makan kat atas Ngong Ping tu.. Huhu..


Pelbagai menu yang boleh dipilih

PP amik nasik beriyani – HKD62 (RM25)

Akak amik lamb kebab – HKD68 (RM28)!! Tak tecekik ko nak mengabeskan? Mahal dowhhh!

Tecekik dalam tawa.. Haha..

Makanan kat Hong Kong ni memang mahal wehh.. Kalau tak kerana dah kebuluran, mau akak sumbat-sumbatkan je mulut akak dengan roti. Itu pon kitorang tak order air. Air dah siap-siap bawak dari hotel. Nak jimat punya pasal. Haha pedulik!

Bila perut sudah kenyang, barulah mood nak berjalan tu mari.. Kitorang tanya pekerja restoran tu, cemana cara nak pegi Victoria Peak. Dia bagitau, boleh naik bas, boleh jugak naik tram. Kalau naik bas tu, kena tanggunglah hazab berhimpit-himpit sebab hari tu hari Sabtu, so memang tourist ramai yang nak naik ke Victoria Peak tu.


Timbang punya timbang, kitorang pikir nak naik tram jelah.. Tanya pulak jalan nak ke stesen tram tu. Aiii berbelit-belit. Tanya orang ni, lain ditunjuknya. Tanya orang tu, lain pulak. Dua tiga kali gaklah berhenti tanya. Ingatkan jalannya dekat je. Rupanya, maakk aiii.. Eksesaislah jugak kiranya hari tu..



Hoii! Jauh lagi ni..

Finally, sampai jugaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!! Hongeh!

The Peak Tram

Tenang je nampak air mengalir kat kolam ni kan… Sekali…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Makk aiii.. Berlengkar macam ular, barisan nak naik tram ni.. Sama je kalau naik bas agaknya. Cit!!

Dah takde muka kiut dah masa ni..

Dari tempat kitorang mula beratur tu, ada signbod tulis “Expected time : 1 hour“. Maknanya giliran kami untuk beli tiket akan sampai dalam masa sejam lagikk…

Muka penuh pura-pura. Padahal rasa macam nak makan orang dah..

Akhirnya, dah nak sampai giliran BELI TIKET

Yeayy! Dapat dah tiket..

Ada sebab kenapa akak tulis giliran BELI TIKET dengan hurup besar. Itu baru beli tiket, belum dapat naik tramnya lagi. Nak naik tram, kena beratur lagi ye.. BERATUR! Haha..

Mari beratur dan berhimpit-himpit..


Hadi sampai mengantuk tunggu giliran. Wakakaka..

Bila nak sampai giliran kita ni hoii..

Sampailah tram yang dinanti-nantikan.. Tapi kami tak dapat naik yang ni.. Dah penuh. Next please!


Hah!! Dapat pun naik..

Tram untuk naik ke Victoria Peak ni sama macam keretapi nak naik Bukit Bendera, Penang.. Selain tram, macam akak citer tadi, boleh jugak naik bas. Masa perjalanan lebih sikitlah. Tapi boleh tengok view kiri kanan dari dalam bas tu. Dorang kata cantik. Kalau tram ni, masa perjalanan sekejap je. View pon takde apa sangat, nampak pokok-pokok jela.


Sampai dah kat atas selepas puas berpeluh-peluh

Tiket pegi balik naik tram ni ialah HKD40 (RM16) tapi akak dan bebudak ni amik pakej untuk tengok view dari puncak atas sekali iaitu Peak Tram + Sky Terrace 428 yang berharga HKD75 (RM31). Sky Terrace 428 adalah platform yang berketinggian 428 meter dari aras laut yang mana kita boleh tengok  360° pemandangan seluruh Hong Kong.

On th way nak naik ke Sky Terrace 428 tu, kitorang lalu dulu depan Muzium Lilin Madam Tussauds. Kitorang tak beli pon tiket masuk muzium lilin tu. Lagipun akak dah pernah masuk masa kat London dulu, so rasa macam sama je, cuma lain-lainlah artis yang ada dalam tu kan. Hiks! Walaupun tak masuk, ada jugaklah patung lilin 2-3 artis Hong Kong yang dorang letak kat luar muzium. Jadilah, boleh jugakla bergambo…


Sama kaler seluar.. Heehee..

Rampingnya..

Dah sudah tu, terus jelah kami naik atas Sky Terrace tu. Nampak pulak papan bentuk LOVE ni.. Tempat couple-couple letak wish masing-masing kot..

Janji dipatri di puncak Victoria.. Kelllass uols!

Masa tu, orang dah mula ramai. Waktu masa tu lebih kurang 6.30 petang. Hari belum gelap, so view dia macam biasa je akak tengok..







Tram

Masa ni PP, Hadi dengan Ibrahim sebok dah ajak turun. Akak buat degil je. Datang jejauh, penat-penat beratur, nak duduk kejap je atas ni??!! Ini boleh menimbulkan marah. Yelah, akak paham. Dorang takut jem kalau turun nanti. Mesti kena beratur lagi, kan? Tapi akak tetap buat tak peduli. Haha.. Akak tetap gak nak tunggu hari gelap..

Masa ni orang makin penuh. Siap berhimpit-himpit. Mujur akak berdiri kat paling hujung, so memang cantiklah nak amik gambo. Dek kerana orang dah ramai sangat, akak dah tak nampak dorang bertiga. Pandai-pandailah akak carik nanti..

Akhirnya hari beransur gelap..






Rumah Jackie Chan kah?

Lawa hoiii!! Kalau kamera akak lawa dan akak pandai amik, mesti lagi lawa jadinya gamba ni kan..

Dalam pukul 7.15 malam, akak rasa dah cukuplah kat atas tu. Lepas menyelit-nyelit, akak berjaya keluar dari orang yang ramai-ramai tu. Nampak bebudak tu tengah tunggu akak. Sayang dorang banyak-banyak! Muahhh!!

The Peak Tower

Yezzahh!! Inilah yang paling ‘digemari’.. BERATUR!!!

Lebih kurang 40 minit jugak beratur, baru kami dapat naik tram untuk turun ke bawah. Dari dalam tram tu, sempat jugak akak snap gamba sekeping dua…

Fuhh!! Sampai jugak akhirnya.. Masa ni orang beratur naik naik still ada lagi.. Tak silapnya, dorang tutup pukul 12 malam camtu..

Muka kepuasan..

Fuh!! Berjaya jugak akak menjejakkan kaki ke Victoria Peak tu. Ohh.. Malam kami tak berhenti setakat ni je okeh.. Ada lagi aktiviti lain lepas tu… Ke mana? Tungguuu…