Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Semalam, kali ketiga saya tengok wayang dalam minggu ni. Ilang akal! Hahah.. Disebabkan sana sini orang cerita pasal Ombak Rindu, saya pulak tetiba rasa membuak-buak nak pegi tengok cite ni. Tambahan pulak cerita ni saya ada baca novelnya yang juga berjudul Ombak Rindu. So, pegilah saya berdua dengan member saya tengok cite ni..

Encemnya Aaron Aziz.. Hiks.. Dah la lakonan dia terbaekk.. Kalau korang yang boleh layan cite Melayu, pegila tengok. InsyaAllah tak mengecewakan macam tengok cite-cite Melayu lain yang tahape-hape tu.

Lepas tengok wayang, kitorang berjalan pulak ke Ikea. Bukan beli barang pun. Saja nak makan meatball. Tapi orang punyelah ramai!!!! Beratur dekat setengah jam baru sampai giliran. Keji!

Dah makan tu, saya pegi ke ofis PruBSN kat Sri Rampai kejap dan member saya pulak tunggu tunang dia jemput. Dorang pegi jenjalan dulu sementara menunggu aktiviti kitorang seterusnya selepas Maghrib. Apa aktiviti kami selepas Maghrib? Jeng.. Jeng.. Jeng..

Driving range!!!!! Ye, dah lama kami tak buat aktiviti menebas ni. Ni semua Personal Trainer saya si Syahir punye pasal. Dia la yang ajak. Katanya dah lama dia tak pegi driving range ni. So, kita kasi chance la.. Tak lama lagi dia dah tak jadi trainer kat True Fitness ni lagi dah sebab nak sambung belajar balik, buat degree Sains Sukan plak. Gudluck bro!

Oleh kerana si Syahir ni duduk Kotadem gak, lepas Maghrib tu dia datang rumah saya, tinggalkan moto dia dan kitorang gerak sekali ke Driving Range Bukit Utama dekat dengan OU tu. Sementara tunggu member saya dan tunang dia datang, saya dan Syahir pun duduk jelah terbangak-bangak tengok orang lain menebas dulu. Sebabnye, kayu golf sume tu, member saya yang punye. Nak tak nak, kenalah tunggu jugak.

Pemandangan 1Utama dari driving range bay

Masih kosong..

Budak boring..

So, lepas menunggu lebih kurang setengah jam, dorang pun sampai. So, kitorang pun mulalah main. Tengok Syahir main memang best. Tak sia-sia dia jadi budak sukan. Kat Gym bagus. Kat golf pun bagus. Dia pukul bola tu memang kena je. Saya pulak, kadang-kadang maulah bola tu naik, pegi jauh. Tapi yang banyaknya meleret kat rumput je. Wakakaka keji.

Set golf

Member saya yang tak mahu dikenali

Tunang beliau

Syahir tengah ready nak memukul bola

Berpinau…

Gaya seorang pro. Ptuiii!! Haha

Macam nak mencangkul pun ada ahkak ni

Bola gua naik baiiiii….

Kitorang main sampai pukul 10 malam je. Aktiviti seterusnya ialah…. Karokkkkk!!! Tempat karoke Loudspeaker yang saya selalu pegi tu dah fully booked. So kitorang lepak kat Teo Heng KTV dalam Sunway Giza. Belasah ajelah. Memula saya dengan member saya je yang nyanyi. Yang lelaki-lelaki ni konon memalu. Cait!! Dah 3-4 lagu kitorang nyanyi, barulah dorang nak nyanyi. Tapi kalau nak berduet dengan Syahir untuk lagu-lagu lama, memang tak dapek lah.. Semua lagu dia tatau. Maklumlah, umur Syahir ni baru nak masuk 21 tahun. Beranak tahun 1990. So, lagu-lagu lama rock kapak tahun 80-90an bagai ni dia tak layan. Keji!

Syahir, member saya dah tunangnya

Karok 2 jam. Lepas tu macam biasa, lepak kat mamak. Oleh kerana makan dengan Personal Trainer, kita hendaklah berpura-pura sedikit iaitu makan capati je. Kah kah.. Kalo tak, semua benda dibedal. Selain capati, saya amik perut kambing. Sedap siottt! Si Syahir yang soh amik perut kambing ni.

Oiit macha! Bukan Kamping Brut la.. Perut kambing.. Memandai-mandai je ko nih..

Kitorang lepak sampai 1.30 pagi, pastu balik. So tu jelah aktiviti saya di hari cuti. Menarik bukan? Huhu.. Daa…

Apa kejadahnya 50/50 tu? Huhu.. Ni tajuk filem daa.. Malam tadi saya menonton wayang lagi. Cite 50/50 ni la.. Tu pun sebab terpengaruh dengan ulasan daripada Utusan Online yang saya baca. Bila member saya sms je ajak tengok wayang, terus saya kata nak tengok 50/50 la..

Saya suka sangat cite ni. Based on true story. Cerita ni pasal pesakit kanser tapi diolah dalam jenaka yang menghiburkan. Kadang-kadang rasa sedih nak nanges, pastu tetiba satu panggung tergelak-gelak. Memang best la cite ni.. Korang pun wajib tengok cite ni oke..

Ni pulak trailer dia..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=gsEOl7nlXcA&feature=youtube_gdata_player[/youtube]

Ni ulasan dari Utusan Online :-

SEKALI imbas, kanser dan komedi bukanlah satu gabungan yang ideal. Kanser ialah subjek yang sangat sensitif, harus ditangani berhati-hati dan tidak sesuai untuk dijadikan bahan jenaka. Silap percaturan ia boleh menyinggung perasaan.

50/50 mengisahkan Adam, penyelidik di Seattle Public Radio yang berusia 27 tahun. Dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang jujur, patuh kepada peraturan dan tidak merokok, malah tidak memandu kereta kerana menganggapnya sebagai merbahaya.

Hidupnya berubah apabila disahkan mengidap sejenis barah tulang belakang. Di sisi Adam, terdapat beberapa individu penting sepanjang dia melalui proses penerimaan dan penyembuhan.

Dia mendapatkan kaunseling daripada doktor muda, Katherine. Dalam masa sama hubungannya dengan teman wanita, Rachel menemui jalan buntu. Adam juga mula menghargai perhubungannya dengan ibu bapa, persahabatan dengan Kyle dan mendapat kawan baru semasa menjalani kemoterapi.

Bayangkan jika anda berada di tempat Adam – diberitahu secara tiba-tiba akan ajal yang menanti ketika usia masih muda dan belum bersedia untuk mati.

Di sinilah terletaknya keberanian dan kekuatan skrip tulisan Will Reiser. Berdasarkan kisahnya sendiri yang pernah bertarung dengan tumor, Reiser cuba melawan ketakutan dan kegelapan itu dengan humor.

Setiap karakter dipersembahkan dengan pembinaan yang dinamik. Mungkin terdapat sedikit kekasaran pada dialog atau jenaka yang lucah, tetapi ia segera dimaafkan kerana watak-watak ini diisi dengan emosi manusia yang sebenar.

Menonton 50/50 seolah-olah menyaksikan sebuah dokumentari seorang pesakit kanser dan kehidupan di sekelilingnya.

Reiser bertuah kerana pengarah, Jonathan Levine (The Wackness, 2008) memahami naskhah asal. Dia berjaya mengimbangi elemen jenaka dan dramatik, membuatkan penonton tidak rasa bersalah untuk ketawa, juga membuatkan penonton tidak berasa malu untuk mengalirkan airmata.

Di tangan Reiser dan Levine, mereka tidak memanipulasi kesedihan secara berlebihan. Tetapi tidak juga mengusulkan jenaka yang keterlaluan. Filem ini memberi perspektif yang tulus bagaimana kanser dapat mengubah cara seseorang melihat kehidupan dalam skop yang lebih meluas.

Perkara terbaik mengenai 50/50 ialah pemilihan Joseph Gordon-Levitt sebagai Adam. Peranan itu sempurna di bahunya dengan pendekatan yang sangat semulajadi.

Dia membawa penonton merasai apa yang dilalui Adam. Bermula daripada berita kanser, sikap tenang dan optimisnya sehinggalah kemuncak ketakutannya. Menyaksikan survival Adam untuk terus hidup membuatkan penonton seperti mengenali dan memahami perasaannya.

Justeru, saya tidak dapat membayangkan jika tiada seorang pun yang tidak mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya tersentuh dengan penderitaan Adam. Seorang penonton lelaki di sebelah saya menangis teresak-esak tanpa segan-silu. Malah pada beberapa babak, pawagam tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

Saya akui tidak meminati Seth Rogen dan gaya jenakanya yang menjengkelkan. Namun, watak Kyle sangat secocok, dibantu keserasian dengan Gordon-Levitt. Apatah lagi dalam kehidupan sebenar, Rogen memang sahabat baik kepada Reiser. Jadi tiada orang lain yang lebih tepat untuk melakonkannya.

Bintang pembantu lain turut memberi sokongan yang baik terhadap filem ini, terutamanya Anjelica Huston yang memberikan cukup empati menerusi peranan ibu serta watak Katherine, kaunselor muda yang tidak berpengalaman lakonan Anna Kendrick.

Saya agak hairan mengapa aktres berbakat hebat sepertinya menerima tawaran berlakon dalam siri filem Twilight (2008-2012), tetapi ‘dosa’nya itu sudah ditebus menerusi lakonan bertaraf calon Oscar dalam Up In The Air (2009).

Saya menonton filem ini dua kali di pawagam kerana dua sebab. Pertama, kerana saya benar-benar menyukainya dan kedua, kerana saya cuba mencari kelemahan. Malangnya, saya gagal menemui sebarang kecacatan kerana ini adalah sebuah filem ‘kecil’ yang berjiwa besar dan penceritaannya jelas.

50/50 ialah sebuah kisah yang jujur tentang kehidupan yang tidak semestinya indah, tetapi tidak menekan penonton. Ya, kita pasti menangis, tetapi ia tidak membuatkan kita sedih, sebaliknya meninggalkan pawagam dengan perasaan positif dan penuh inspirasi.

Saya mengharapkan filem ini dipandang pada musim anugerah akan datang, terutamanya untuk Gordon-Levitt. Filem ini mendapat markah penuh kerana dia.