Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Maksud tajuk entry ni ialah “Lihat apa yang dikatakan, dan bukan lihat siapa yang berkata“. Akak tak sure ni hadis ke bukan. Rasanya kata-kata bidalan Arab je. Tak kisahlah. Yang penting, apa maksud kata-kata indah ini?

Kebanyakan kita, termasuklah akak jugak, cenderung untuk menerima nasihat dari orang yang memang kita tahu ada kredibiliti untuk berbuat demikian. Contohnya sekiranya nasihat tersebut diberikan oleh orang yang kita hormat dan sanjung. Tak payah tengok jauh-jauh. Tu, rancangan tv yang memaparkan isi kandungan berunsur nasihat dan keagamaan seperti 30 minit Bersama Ustaz Don, Selami Hati dan Jiwa DDFK dan yang terbaru Kemah-Keming Ustaz Azhar Idrus begitu ramai pengikutnya. Alhamdulillah, rancangan sebegini semakin mudah diterima oleh kita terutamanya golongan remaja.

Eh, baguslah tu kan? Tetapi katakanlah yang rancangan tersebut dihostkan oleh Awie ke, Zila Bakarin ke. Rasa-rasanya kita boleh terima tak? Tak banyak sikit mesti dalam hati kita berkata-kata “Ek ellehh, kaki gaduh kat kelab malam, ada hati nak nasihat orang“. Tak pun, “Moteeep si Zila Bakarin ni. Pakai baju tak cukup kain nak suruh orang jaga solat?

20121212-075546.jpg

Nampak? Kita biasanya akan tengok SIAPA yang tengah bagi nasihat kat kita tu. Jarang kita nak ambil APA yang dikatakan oleh orang yang kita rasa tak layak pun nak nasihatkan kita.

Serupa jugak kalau ada kawan kita yang haprak, cuba nasihatkan kita. Mesti kita perlekeh-lekehkan dia atau setidak-tidaknya mengumpat dalam hati. Kita biasanya nak orang yang nasihatkan kita tu mestilah perfect dulu, barulah kita rasa dia layak dengan apa yang dia cakap.

Yelah, misalnya dia kaki perempuan tapi dia nasihatkan kita jangan curang. Kita nampak macam mengarut sebab dia bercakap tak cermin diri sendiri dulu. Tapi mungkin bagi dia, dia dah ada pengalaman. Benda tu tak elok. Jadi dia tak bagilah kita buat camtu jugak.

So, jom ubah persepsi lama..

اُنْظُرْ مَا قَالَ وَلَا تَنْظُرْ مَنْ قَالَ

Sekian ~ nasihat untuk diri sendiri : Jangan nak poyo sangat! Haha