Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Macam takde apa-apa yang berlaku kan? Rileks je..

Pintu masuk yang lengang..

Sekali… tengok belah satu lagi..nah!!

Dah macam kat pasar jual durian longgok

Pakcik durian tengah tolong kopek

Tak silap saya, ni kali keempat PruBSN Takaful (Central 1 Region) menganjurkan pesta makan durian ni. Biasanya pihak management mengadakan pesta makan durian ni kalau target yang ditentukan untuk sesuatu hari tu dapat dicapai. Macam hari Jumaat lepas, dorang target 150 kes baru disubmit oleh agent. Alhamdulillah, target dapat dicapai, so dapatlah habuannya hari ni.

Malas nak cakap banyak.. Tengok je gambo-gambo yang sempat saya amik ni okeh..

Apis dan Abang Din menunjukkan durian masing-masing

Hawa dan anaknya

Syed dan Isa. Motip Syed makan bersungguh-sungguh?

Kak Zack & the geng


3 Generasi

Ni durian iols

Sedap giler durian nihh

Pakgad Nepal pun join sekali

Saya tanya Pakgad ni..

Saya : Nepal ada durian tak?

Pakgad : Tak ada

Saya : Boleh makan ke? Selalu kan kalau tak biasa dengan bau durian, tak boleh makan..

Pakgad : Mula-mula tak boleh. Sekarang sudah boleh..

Saya : Sedap tak?

Pakgad : Sedap.. (sambil tersengih)

Kellasss Pakgad Nepal. Untung keje dengan PruBSN. Dapat makan durian free. Saya pernah sebok-sebok tanya gaji dorang. RM1,000+ gaklah. Boleh tahan!

Abang Din kekenyangan

Ni orang yang bertanggungjawab mengorder durian.. Region Head Central 1 – Kak Anna

Yeaaaayyyy!! Kenyang dah.. Merasa la sendawa bau durian.. Eeuuuwww….

Ni cerita ari Jumaat lepas. Matila dah basi berulat punye cerita. Korang tau tak hari Jumaat-Ahad minggu lepas (18-20 Nov) ada BN Youth Job Fair kat PWTC yang dianjurkan oleh Barisan Nasional? Mesti tatau ni. Maklumlah sume dah keje kan? Biasalah, Job Fair ni untuk budak-budak yang nak carik keje je dan diadakan di Dewan Tun Razak 1, PWTC. PruBSN Takaful pun ada menyewa satu booth kat sana dan giliran team saya adalah pada hari Jumaat sesi pagi.

Saya sampai PWTC lebih kurang jam 10.30 pagi. Huiiiiiii.. Punyelah ramai umat manusia. Beratur bukan main panjang untuk masuk dalam dewan pameran. Selain Job Fair untuk budak-budak yang nak carik keje, ada pulak satu lagi exhibition Halal Food. Ramai betul kaum cha ya nun alip yang sanggup beratur berjam-jam nak makan free. Sabo jela..

Alhamdulillah, ramai jugak yang singgah ke booth kami. Saya dapat lebih kurang 10 nama yang berminat untuk tahu lebih lanjut cara nak menjadi konsultan Takaful.

Seperti biasa, mesti ada acara bergambar. Sebagai kenangan geetuh..

BN Youth Job Fair 2011

Bersama bakal agent – Shima. Bagus budak ni. Bersemangat!

Pose tetap. Cacat!

Rekod BN Youth Job Fair Mac lepas

Booth Prudential BSN Takaful

Keadaan di hadapan pentas

Bersama Din. Agent yang saya recruit. Ni kiranya anak saya la ni

Bersama Apit. Agent yang direcruit oleh Din. So, ni pulak cucu saya la..

Dan diakhiri dengan gambar…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Mak hayam besarrrrr…

Lepas makan tengahari, team saya pun bersurai dan digantikan pulak dengan team lain. Tu je nak cite.. Daa…