Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

999

20130814-154618.jpg

Korang pernah call 999 tak? Tadi festaim in my life akak call talian kecemasan ni..

Cite dia macam ni. Tadi akak ada appointment kat Rawang. Akak ikut jalan lama yang lalu Selayang dan Templer Park tu.

Sampai kat jalan naik bukit lepas simpang Majlis Daerah Gombak tu, akak nampak ada benda berterabur atas jalan. Pastu nampak lori. Akak cakap dalam hati, mesti tayar pecah ni. Biasalah tayar lori meletup. Sekali…. Bukan tayar meletup uols!! Akak tak perasan rupanya ada Satria dah remuk teruk belakang lori tu. Akak tatau cemana boleh jadi macam tu. Sepantas kilat. Akak saspek, Satria tu sudah hentam sama itu vontot lori!!

Masa tu akak tengok takde kereta lain pun berhenti lagi. Sebab memang baru sangat kejadiannya. Akak toleh jugak kat Satria tu. Tak nampak pun orang dalam tu. Entah dah terlentok ke ape tataulah..

So, sebagai warga Malaysia prihatin kononnya (puiii!! Kalau prihatin, berhenti tolong ye tak? Haha), akak pun telah menelepon 999. Berdebar gak ni, takut dia tanya macam-macam..

Dua kali tone je, operator 999 tu jawab dah. Tak sempat akak kenalkan diri, operator tu siap sebut nama penuh akak – “Ni Suzilah Zainuddin ye?“. Pastu dia tanyalah, kemalangan tu kat jalan mana. Apa kenderaan terlibat. Ada yang cedera ke tidak. So, akak pun jawablah ape yang akak tau..

Moral of the story dan kesimpulan yang tersimpul ialah – Jangan memain sukati nak call talian kecemasan 999 ke 994 ke atau apa-apa talian kecemasan yang lain, sebab nama dan nombor telefon kita memang dah ada dalam rekod based on masa kita register talian telefon kita tu. Tak payah bagi nama, dorang dulu sebut nama kita.

Sebab tu ada iklan yang bagi peringatan kat kita supaya jangan buat panggilan palsu atau biarkan anak-anak buat panggilan kat nombor kecemasan tu sebab kalau dorang detect kita banyak kali memain, silap-silap polis datang rumah kang. Haaa.. Sape nak jawab?

Moral of the story yang kedua, sila amik tau nama jalan yang kita lalu in case ada kemalangan dan kita nak buat report, masa operator tu tanye, takdelah kita terbangak-bangak nak menjawab. Kan??

Oklah, sekian saja khidmat pesanan masyarakat dari akak. Sharing is caring. Daaa…