Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambungan lagi dari Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 3 *Koma tak abes-abes lagi..

Kalau dalam episod sebelum ni gambar banyak gilerrr.. Dalam episod ni pulak, gamba banyak gilerrr kuasa patblas.. Haha! Mari kita teruskan..

Kitorang abes berenang-renang dan naik semula ke pantai lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Pram dah sampai lama dah. So, cepat-cepat mandi dan bersiap. Taraa.. Pukul 1 saya dah settle semua. Sementara tunggu Suzana dan Syahir bersiap, saya berjalan kejap ke kedai souvenir yang ada kat situ. Dapatlah Fridge mangnet seketul dengan T-shirt sehelai. Total Rp70,000!

Sambil berjalan dari chalet ke sana, sempatlah saya snap-snap lagi gambar sekitar Pantai Iboih. Saksikan Pantai Iboih di tengahari…

Sampai dah kedai souvenir..

Tak lama lepas tu, Suzana dan Syahir datang jugak. Lagipun nak bayar sewa chalet tu kat kedai sebelah-sebelah tu je. Lepas setel bayar chalet, sewa scuba semua tu, salam-salam dengan dorang, kitorang pun gerak ke pelabuhan. Ikut perancangan asal semalamnya, kitorang nak jalan-jalan dulu ke pantai pasir hitam, pantai pasir putih, air terjun dan gunung berapi. Oleh kerana masing-masing berenang tak sedar diri, dalam banyak-banyak tempat tu, kami sempat ke gunung berapi je. Lagipun, pantai dan air terjun tu semua, kat Malaysia pun ada kan? So, mohle kita tengok gunung berapi.

Perjalanan dari Pantai Iboih ke gunung berapi yang terletak di Jaboi tu mengambil masa lebih kurang 45 minit gak. Naik turun bukit. Lalu kampung-kampung. Akhirnya sampai lah kami..

Nampak tak Iboih dan Jaboi tu? Yang saya garis-gariskan merah tu, tempat yang  saya dah jejak

Jalan nak naik ke gunung berapi

Sebaik tiba, kami  dinasihatkan supaya tak bawak semua handphone, perfume, mancis, rokok dan lain-lain barang yang mudah terbakar. So, barang-barang tu semua kena tinggal dalam kereta. Dari jalan besar dah terbau bau sulfur/belerang.

Pram dan Suzana

Sebenarnya berasap-asap cuma tak nampak jelas dalam gamba

Sulfur yang keluar berwarna kekuningan. Elok kalau dicampur dalam minyak untuk ubat gatal-gatal

Ahli pengkaji gunung berapi tengah tekun mengambil gamba

Boleh dengar bunyi air ni mendidih. Plup! Plup! Plup!

Dr. Syahir happy bila kajian beliau berjaya. Hiks!

Bila dah happy, terus jadi model pakaian sukan. Motifff??

Aksi wajib walau di mana berada

Jalan nak balik menuju ke pelabuhan

Kenderaan kami

Dari gunung berapi ke pelabuhan tu tak jauh sangat. Dalam 15 minit camtu kot. On the way tu, lalu la kebun-kebun orang. Rumah-rumah kampung. Sejuk je mata memandang.

Pagar yang dibuat daripada batang pokok ni digunakan untuk mengelakkan babi hutan masuk dalam kebun

Tak lama tu, kami sampai ke pelabuhan Balohan, Sabang. Lapar weh.. Jom makan. Sebelum makan, beli tiket feri dulu.

Sempat berpoyosing dengan becak

Pulut durian

Kopi Acheh

Murtabak telur. Tapi macam telur dadar je kan..

Maggi goreng..Eh, Indomee goreng 😀

Lepas makan, kitorang pun jalan-jalan area situ untuk mencari sedikit buah tangan. Saya tak beli apa sangat. Cuma sempat capai makanan tradisi Acheh iaitu kuih kacang dan T-shirt sehelai untuk Pak Supir. Bukan untuk Pram okeh. Tu, untuk si Pejal.

Lepas dah beli-beli buah tangan, tepat jam empat petang, kami pun naik feri untuk pulang ke Banda Acheh. Perjalanan kali ini, kami menaiki feri laju Pulo Rondo. Tambang satu kepala Rp60,000 atau RM18. Perjalanan memakan masa 45 minit je berbanding feri lambat yang memakan masa 2 jam.

Babai Pulau Weh….

Sedikit info mengenai Pulau Weh : Pulau Weh berasal daripada perkataan Acheh “Weh” yang bererti pindah. Jutaan tahun dulu, Pulau Weh merupakan sebahagian daripada Kepulauan Sumatera yang mana penyatuan daratan Sabang dengan daratan Ulee Lheue. Ulee Lheue di Banda Aceh berasal dari kata Ulee Lheueh (“Lheueh” ; yang terlepas). Apabila gunung berapi meletus, menyebabkan kawasan ini terpisah. Seperti halnya Pulau Jawa dan Sumatera dulu, yang terpisah akibat Krakatau meletus.

Pulau “W” / Weh / Sabang

Dalam Versi lain, Pulau Weh juga terkenal dengan pulau “We” tanpa h. ada yang beranggapan  pulau Weh diberi nama pulau we karena bentuknya seperti huruf “W”.

Ni dia feri laju Pulo Rondo. Feri penumpang sahaja. Tak macam feri lambat yang boleh memuatkan kenderaan

Pulang yuk!

Kami tiba di Banda Acheh hampir pukul 5 petang. Oleh kerana dah berjanji dengan Abang Rosli, beliau dah menunggu kami di pelabuhan Ulee Lheue untuk bawa kami ke bandar.

Syahir mencadangkan kami pergi ke pusat peranginan pantai terkenal iaitu Pantai Lampu’uk, Lhoknga tempat orang meluncur (surfing). No problem, boleh aje.. Ni gamba-gamba yang sempat diambil sepanjang perjalanan dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pantai Lampu’uk. Dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Pantai Lampu’uk tu tak jauh sangat. Sekitar 10-15 minit perjalanan berkereta.

Rumah Acheh

Di kiri kanan jalan, kami lihat padang menghijau terbentang luas. Ada juga yang dah jadi seperti kolam air. Menurut Abang Rosli, dahulunya kawasan itu adalah kawasan kampung-kampung. Ada lebih kurang 14 buah kampung yang menjadi laluan tsunami itu musnah dan lenyap sambil menelan korban yang tak terhitung jumlahnya.

Akhirnya kami tiba di Pantai Lampu’uk. Sebaik kami sampai, cuaca masa tu memang panas berdenting walaupun jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Nampak ombak beralun-alun. Tapi tak tak berapa tinggi. Ala-ala ombak rindu gitu. Jadinya tak berapa menarik kalau nak bersurfing ni. So, kami lepak je kat pondok-pondok yang disediakan untuk beriadah. Kami pesan air kelapa muda 4 biji. Seb baik takde kopok lekor ke, udang goreng tepung ke. Kalo tak, memang terbaekkk lah! Sempatlah amik-amik gamba lebih kurang.

Abang Rosli

Ada gak orang yang gigih memancing

Nampak tak garisan halus ombak rindu tu? Kalau tinggi memang bestlah sape-sape yang nak surfing

Hongeh!!

Kitorang paksa gak Abang Rosli membuat lompatan. Haha..

Ala….haii…

Errmm.. Jadilaa…

Okeh, ni dah ada improvement.. Hak hak

Ujie @ Lampu’uk

Model yang dipaksa ber’pose’ oleh Suzana..

Pondok-pondok yang disediakan untuk beriadah. Kenapa Port Dickson tak buat cenggini haa?

Pose cover dagu namanya ni

Tak ramai orang sebab hari bekerja (Khamis)

Mengintai di celahan tiang. Dalam usaha memenuhi permintaan jurugambar amatur. Sabo je akak..

Kabin Pak Polisi

Destinasi kami seterusnya petang itu ialah Masjid Rahmatullah yang jaraknya lebih kurang 400 meter je dari Pantai Lampu’uk.

Sepanjang jalan dari pantai ke Masjid Rahmatullah tu, kami lihat kawasan yang agak luas tapi dah dipenuhi rumput. Menurut Abang Rosli, dahulu kawasan itu dipenuhi dengan penempatan rumah-rumah mewah yang tersergam indah. Akibat tsunami, seluruh kawasan itu menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Hancur ranap tak ada yang tinggal. Selain penempatan golongan mewah, di situ juga terdapat kem tentera darat Indonesia yang menempatkan sehingga 3 batalion tentera (3000-4000 orang). Daripada 3 batalion tentera yang ada di situ, hanya 3 orang sahaja yang terselamat daripada hentaman tsunami. Yang lain menemui ajal dan ada juga yang hilang tak berkubur.

Kat situ juga ada padang golf sebenarnya. Kiranya memang cantiklah kawasan tu sebelum tsunami. Ala-ala country home, Tropicana Golf Club gitu. Tapi sekarang kawasan tu dah senyap sunyi tak berpenghuni. Kebanyakan daripada keturunan mangsa-mangsa yang masih hidup tak sanggup nak duduk situ walaupun terdapat rumah-rumah bantuan, sumbangan daripada pelbagai negara ada didirikan. Mungkin mereka masih trauma atau masih sedih atas kehilangan keluarga mereka dalam sekelip mata.

 

Ni dulu semua rumah mewah ni. Sekarang dah jadi padang lalang

Rumah bantuan. Sepesen je

Rumput meninggi

Sayang kan?

Padang golf kalau tak silap

Dalam 5 minit kemudian, kami tiba di Masjid Rahmatullah. Ia satu-satunya masjid yang masih mengekalkan dan menyimpan kesan-kesan tsunami sebagai iktibar, ingatan dan pengajaran kepada seluruh umat manusia. Sebaik melangkah masuk, di penjuru kiri masjid tersebut jelas kelihatan bukti berlakunya rempuhan tsunami. Rempuhan itu menyebabkan penduduk Lampu’uk kini hanya tinggal 700 berbanding hampir 6,300 sebelum ditelan tsunami.

Kesan-kesan tsunami itu dikepung dan dipagar, sengaja ditinggalkan dan tidak akan dipulihkan sehingga bila-bila. Tiang-tiang masjid yang diperbuat daripada konkrit ada yang patah, tumbang dan bergelimpangan di atas lantai. Jubin lantai masjid tercabut dan pecah akibat rempuhan tsunami itu.

Selepas solat, saya melihat-lihat satu ruang pameran bercermin dalam masjid tersebut, menempatkan papan bergambar yang menunjukkan keadaan masjid sebelum berlakunya tsunami dan kesan selepas tsunami. Semua ini menyebabkan hati jadi sebak!

Tiang rosak yang dibiarkan tanpa dibaiki sebagai bukti masjid ini pernah dilanda tsunami

Ruang pameran yang menempatkan papan bergambar

Tiang roboh yang sengaja dipamerkan di situ

Dikatakan air laut naik setinggi menara masjid

Tangga pun dah berkarat

Masjid Rahmatullah telah mendapat pembiayaan besar bagi proses pemulihannya daripada pihak luar terutama Turki. Ini kerana Lampu’uk dianggap sebagai ‘anak angkat’ Turki berikutan aspek sejarah, telah ada penempatan bangsa Turki di daerah itu sejak dahulu lagi.

Kekal utuh walaupun beribu-ribu tan kubik air merempuh dan mengamuk dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam dengan ketinggian sehingga 30 meter

Petikan daripada Utusan :

Sehingga kini tiada siapa dapat menjawab bagaimana Masjid Raya Baitur Rahman di Banda Acheh, Masjid Lampuuk, Masjid Raya Baitur Rahim dan beberapa lagi masjid di lokasi-lokasi tsunami di Aceh mampu bertahan daripada pukulan ombak tsunami.

Adakah disebabkan struktur binaan bangunan semata-mata yang kukuh dan mantap atau mukjizat Allah?

Allah Maha Mengetahui. Namun ombak tsunami seolah-olah meninggalkan pesanan, ‘pulanglah’ ke masjid untuk kembali kepada Allah jika mahu selamat dalam hidup!

 

Ketika jam menunjukkan pukul 7 petang, kami mengambil keputusan untuk meninggalkan Masjid Rahmatullah dan pulang ke bandar. Kelihatan rumah bantuan yang didirikan oleh kerajaan Turki tapi macam tak berpenghuni.

Kesian tak berjaga

Tiba di pekan Lampu’uk, ada 2 orang lelaki menahan kenderaan kami. Rupanya dorang nak tumpang sampai bandar. Dorang berdua berasal dari Belanda dan sama seperti Hana, dorang lepak kat sini 30 hari! Tujuan datang sini sebab nak surfing! Ko mampooo?

Salah sorang mamat Belanda

Sampai di bandar, nak shopping la sikit. Oleh kerana duit yang berjuta tu dah habis kat Pulau Weh, maka kenalah cucuk duit lagi. Sekali cucuk, kena caj RM10. So, kalau tanak kena caj, sila carik CIMBNiaga ye.

Kami dibawa oleh Abang Rosli ke kedai cenderahati Acheh. Di sini saya habis dalam Rp200,000. Saya sebat beg sandang yang bermotifkan Pintu Aceh, keris Rencong dua bilah (pembuka surat sebenarnya), dan sedikit cenderahati yang lain.

Tengah peluk beg sandang. Boleh dijadikan beg laptop

Push/Tolak/Dorong

Lepas dah puas bershopping kat kedai tu, Syahir nak carik kain telekung yang mak dia pesan. Anak yang soleh! Let’s uols!

Oh ya, kebanyakan kedai-kedai kat sekitar Banda Aceh ni beroperasi sampai pukul 12 malam tau. Tapi ada gak yang tutup awal misalnya Pasar Acheh. Memang best lah dapat shopping malam-malam. Sejuk je. Sambil carik kedai jual telekung, kami melalui tapak perniagaan ala-ala Uptown/Downtown gitu..

Keadaan lalu lintas pun masih agak sibuk. Mungkin orang balik keje agaknye..

Ada kedai Bata okeh

Pasar Acheh yang menempatkan pelbagai kedai menjual baju, telekung semua tu tutup pulak. So, kami singgah ke kedai yang tak berapa meriah. Tapi belasah jelah sebab takut besoknya tak sempat nak belikan telekung tu.

Anak soleh tengah pilih telekung untuk mak dia

Lepas setel hal telekung, anak yang soleh ni tadi, nak carik pulak barang-barang outdoor berkualiti tinggi dari jenama tempatan Indonesia yang terkenal iaitu Eiger. Hoiii! Ni nak tengok peninggalan tsunami ke nak bershopping ni? Kah kah keji!

Lepas pusing-pusing beberapa kali nak carik kedai Eiger ni, akhirnya ketemu juga yach! Walaupun butik besar Eiger ni dah tutup awal, mujur ada kedai biasa lain yang menjual produk Eiger still bukak lagi.

Syahir terus hilang akal dapat bershopping kat sini!

Saya pun sempat capai topi Komando satu

Tengah stress buat kira-kira bape juta duwet abes

Lepas dah puas bershopping kat situ, barulah kitorang makan malam. Kami tanya Abang Rosli, makanan apa yang terkenal kat situ. Dia cadangkan kami makan MEE KEPITIN di restoran Mie Razali. Mee kepitin? Ape benda tu? Saya bayangkan macam Nasi Ayam Kapitan. Haha takde kena mengena.

Sekali bila dah sampai….

Suzana makan nasik goreng

Owwhhhh!!! Mee Ketam rupanya! Ketam kan mengepit. Tu yang jadi KEPITIN tu.. Haha..

Gumuknye ketam dia

Nampak itu playar?? Guna untuk ketip kaki ketam yang keras

Syabasss!!

Lichinnn! Jangan terpedaya. Ini bukan pinggan saya. Ini pinggan Syahir!

Mee dia banyak gilerr.. Ketam pun saya tak makan sebab gatal. So, saya punye tak abes. Soh Syahir habeskan…

Ya, begitulah teknik makan mee ketam yang telah ditunjukkan oleh Syahir

Total semua makanan dan minuman Rp123,000 atau RM40+. Murah ke mahal?

Lepas makan, saya sibuk pulak nak carik satu lagi barang. Agak terkejar-kejar jugak sebab masa tu dah dekat pukul 12 malam. Banyak kedai dah mulai tutup. Mujur ada kedai yang masih bukak. Apakah barangnya itu? Sama-sama kita nantikan di episod terakhir dalam Jejak Kembara Tanah Rencong : Season Finale *koma!

Sambungan dari Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 1

Kami tiba di Pelabuhan Balohan, Sabang jam 4 petang. Macam biasa gak, mesti ada yang approach punye. Ada sorang mamat ni persistent sangat mengekor Syahir. So, mamat ni berjaya menawan hati kami untuk memilih beliau. Pram namanya. Kami minta dia hantar ke Pantai Iboih, salah satu pantai yang terdapat di Pulau Weh selain Pantai Gapang. Bila tengok keadaan van yang bakal kami naiki tu, agak kecut perut gakla. Dalam van tu dah ada sorang makcik dan seorang lelaki lain.

Peta Pulau Weh, Sabang

Opss sebelum terlupa, sebenarnya di kalangan pelancong sahaja Sabang ni dikenali sebagai Pulau Weh manakala bagi rakyat tempatan, ia dikenali sebagai Sabang. Pulau Weh ke, Sabang ke, sebenarnya merujuk kepada pulau yang sama.

Yeay! Sampai akhirnya..

Kat Sabang ni kes malaria masih tinggi

Haa.. Tak reti-reti?

Dalam perjalanan ke Iboih (nampak tak dalam peta tu?), sempatlah Pram berhenti isi minyak kejap. Harga seliter Rp4,500 atau RM1.50.

Isi minyak jap

Pastu bila sampai kat satu tempat tu,  kami boleh nampak laut yang terbentang luas kat sebelah bawah. Cantik gilerrr pemandangan. Pram berhenti lagi untuk kami ambil gambar. Saya pulak gatal turun jauh sikit dari van. Kononnya nak amik view lagi cantiklah. Nyaris nak kena kejar dengan beruk. Yang si Syahir, hangen je menengok perangai saya. Haha..Sorry bro!

Lawa sangat..

Uzur dah pintunya

Masing-masing muka dah penat. Lapar plak tuh

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit dari pelabuhan Sabang ke Iboih saya rasa macam tak sampai-sampai. Kejap-kejap saya tanya Pram berapa lama lagi nak sampai. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu nak hantar makcik yang sorang tu dengan lelaki tu ke satu kampung. Agak mengerikan jugaklah keadaan jalan nak masuk ke kampung tu. Bukan jalan tar okeh! Cuma serpihan batu-bata pecah yang ditabur menjadi jalan. Curam pulak tuh. Bila van kami melalui atas serpihan batu tu, saya tanya kat Pram tu. Tayar van dia tak bocor ke? Tajam kot.. Dia kata tak pecah pun. Terer gile! Kalau keta saya agaknya tetiap minggu kena tukar tayar.

Cer tengok jalan dia

Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan kami dipenuhi dengan hutan sekunder yang tak berapa tebal. Lopak air hujan bertakung sana sini. Nampak jugaklah kambing dan lembu berjalan-jalan waktu petang. Ayam itik pun ada. Memang damai je rasa. Saya tak berapa sure nama kampung tu. Tak silap saya, Ujung Kareung camtula lebih kurang bunyinya.

Bebek atau itik

Dalam kampung tu kelihatan banyak pondok besar yang berbumbungkan atap nipah. Rupanya itu adalah tempat dorang membuat batu-bata. Kiranya kalau kat Malaysia ni kilang batu-bata lah..

Tempat bikin batu-bata

Lepas keluar dari kawasan kampung tu, kitorang lalu pekan kecik. Nampak budak-budak tengah main, balik sekolah dan sebagainya. Kat situ gak banyak saya nampak surau/masjid dan pesantren. Dorang kat sana mungkin lebih kepada sekolah agama kot.

Selepas menempuh 1 jam lebih perjalanan, fuh akhirnya kami tiba di Pantai Iboih hampir jam 6 petang. Mak aii lawanya engkau… Laut membiru terbentang dan pulau-pulau hijau menghiasinya sebagai latarbelakang. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah cuaca elok, tak hujan. Sempatlah amik gamba sana sini. Posing atas bot bagai sementara menunggu Syahir menguruskan chalet.

Subhanallah!

Bot-bot tengah parking

Kedai runcit dan cenderahati

Kami memilih untuk menyewa di di Jelita Bungalows. Yang bestnya, bilik kami ni bebetul menghadap pantai. Best..

Jelita ke kau nak dok sini??

Kami ambil dua bilik bersebelahan yang berharga Rp250,000 satu malam. So, dua bilik Rp500,000 atau RM170.

Jelita ke uols? Puii!! Ni la rupa banglo kami. Haha banglo la sangat..Bilik kami hujung sekali sebelah kiri. Bilik Syahir tengah-tengah

Dalam setiap bilik ada sebuah katil besar, TV, aircond (bilik Syahir pakai kipas), bilik air, water dispenser. Kira lengkap dan murahla. Siap ada disediakan sejadah lagi. Tapi yang sedikit keji, takde sabun! Motippppppp???!!!

Katil queen. Motip tema cadar pun ikan lumba-lumba..

Bila dah boleh masuk bilik, teruslah saya dan Suzana naik ke atas bilik nak mandi dan bersolat. Saya nampak Syahir masih di bawah tengah berborak dengan beberapa orang lelaki.

Sambil-sambil mandi (tanpa bersabun), Syahir datang  ketuk bilik kami. Dia nak ajak ikut brader tadi tu pegi memancing. Memula macam malas sebab nanti kesian dorang nak tunggu kami nak bersiap la hape. Lagipun takut dorang lama nak memancing tu. Tapi dorang kata kejap je. Pukul 7 pegi, pukul 8 malam kang baliklah. Lepas dengar janji manismu itu, so lepas bersiap solat sume, kitorang pun turun.

Nak ke lokasi memancing tu kena naik bot. Wahhh!! Asyik bangat pabila wajahku dipuput bayu laut sambil melihat kocakan air laut beralun-alun. Hak hak.. Klasik gitu. Matahari pun dah nak terbenam. Tinggal sipi-sipi je lagi nak gelap.

Peace..

Redho kena ikut memancing

Feeling tengah buat video klipkah?

Tekong – Abang Rahmad

Mentari merah di ufuk timur..eh barat..

Damai dan mendamaikan

Hero Pulau Weh

Lepas bot bergerak lebih kurang 200-300 meter dari pantai, bot berhenti dan sauh pun dilabuhkan. Ohh, lupa nak bagitau. Kami ni menumpang 3 orang lelaki yang Syahir dok bersembang kat bawah tadi tu lah pegi memancing. Yang mengemudi bot tu namanya Abang Rahmad. Dia lah yang paling terror memancing. Dua orang lagi tak ingat pulak namanya. Salah seorang tu (baju merah), tuan punya diving centre kat situ, tapi dia bagitau dia pekerja je. Yelah tu..

Abang Rahmad memancing tak pakai pancing pun. Dia sumbat je umpan kat mata kail, turunkan tali tangsi, nah!! Hambek ko selamba ikan diangkat naik ke bot satu persatu. Ikan kerapu, ikan apetah lagi saya tatau nama. Merah menyala kaler dia. Sambil memancing kami ditemani dengan alunan lagu dalam bahasa Acheh yang dipasang di henpon brader baju merah. Dorang mintak dengar lagu Malaysia tapi sorrylah uols. Dalam henpon weols sume lagu Omputeh.. *larikkk..

Kau mampooo? Kata Abang Rahmad di dalam hati

Tak lama lepas tu, Suzana pulak nak try. Memula macam susah nak dapat. Sekali dah dapat, terus 5 ekor ikan yang pompuan tu dapat naikkan. Lepas seko, seko.. Dapat je ikan, terus amik gambar. Bukti bahawa beliau adalah protege nelayan yang baru! Kah kah!

Ikan pertama

Ikan kelima

Saya tak kuasa nak mengail-ngail ni. Ahkak pose-pose pegang kamera je. Syahir pun ada try jugak, tapi sekor ikan pun tak lekat. So, kami membuat tuduhan bahawa semua ikan yang ada dalam laut tu ikan jantan! Sebab tu dia nak kat Suzana je. Hik hik..

Geli sebab cara nak pegang ikan tu, kena pegang kat mata dia. Saya dapat rasa mata dia bergerak-gerak..

Berlakon pegang ikan bolehla

Hasil tangkapan

So, memula tadi janji manismu pukul 7-8 malam je kan? Lepas Suzana dah galak sangat memancing, akhirnya jam 9 malam baru kami bergerak balik ke pantai. Perut dah berkeroncong sebab dalam feri tadi kami hanya makan kuih dan minum air je. Sesampai semula ke pantai, Abang Rahmad tanya nak makan ke. Ofkos lah nak tapi kami nak mandi-mandi dulu. Abang Rahmad pun nak balik dulu rumah dia. So, kami berjanji jumpa semula lepas setengah jam.

Sebelum naik ke bilik, kami singgah dulu beli sabun dan makanan apa-apa yang patut kat kedai runcit yang ada kat situ. Mamat yang jaga kedai tu pernah duduk kat Bangsar selama 10 tahun. So, cakap orang KL la dia. Kellasss ko kan?

Lepas tu terus kami naik untuk mandi semula (bersabun!!) dan siap bersolat semua. Saya dah siap dulu dan terus lepak kat beranda. Tak lama lepas tu Abang Rahmad pun sampai. Dia join saya lepak dan seperti mamarazi saya pun bersembang dengan dia dan bertanyakan kisah tsunami yang berlaku lapan tahun lepas…

* Mainkan lagu Ombak Rindu please….

Masa kejadian tsunami, umur abang berapa? *sambil pegang pen dan buku nota.. Haha gila, takdelah..ingat wartawan ke..

–> Umur Bang Rahmad masa tu 28 tahun

Ada keluarga yang terlibat?

–> Ada, adik saya seorang bidan dan mamak (ibu) saya. Adik saya hilang terus tak dapat dikesan. Mamak pula saya berjaya temui selepas puas mencari dalam timbunan mayat-mayat lain. Bapa saya Alhamdulillah selamat kerana sempat berpaut pada buah kelapa selepas dinaikkan oleh ombak tsunami sehingga sampai ke puncak pokok kelapa..

Abang Rahmad menyambung lagi…

–> Masa kejadian, Bang Rahmad dengar orang riuh rendah beritahu air laut naik. Bang Rahmad bilang sama mamak supaya pergi menyelamatkan diri ke Rumah Acheh (mungkin tempat ni tinggi kot). Entah bagaimana mamak boleh ditimpa musibah. Mungkin dia cuba nak menyelamatkan orang lain. Bang Rahmad ketika itu, sempat berpaut pada tiang rumah dan air naik sangat cepat. Akhirnya terpaksa naik ke atas bumbung. Bang Rahmad cubit-cubit pipi. Mimpikah aku ni? Terasa sakit bila dicubit. Bang Rahmad tarik-tarik pula telinga. Sakit juga. Ini bukan mimpi nihh…

Sayu je saya dengar masa tu..

–> Akhirnya selepas air agak surut, kami mulai mencari saudara masing-masing. Kami berhati-hati berjalan sebab takut terpijak mayat. Kebanyakannya semua bertelanjang. Selepas beberapa jam mencari, akhirnya Bang Rahmad jumpa mamak Bang Rahmad. Ketika itu air masih di paras dada. Jadinya Bang Rahmad pegang tangan mamak dan peluk badannya sambil menarik mayatnya mengharung air. Mujur juga ada air, kalau tidak harus dikendong.

Di Sabang ni terkena tsunami tak?

–> Ada juga tetapi tidak seteruk di Banda Acheh kerana di sini lautnya dihalang dengan pulau-pulau.

Hmm.. macam tulah lebih kurang perbualan saya dengan Bang Rahmad. Walaupun tragedi yang meragut ratusan ribu nyawa tu sudah berlalu lapan tahun lalu, saya percaya kenangan itu tak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan kenangan beliau. Oh ya, ayah Abang Rahmad pula meninggal 4 tahun selepas tragedi tsunami kerana dipercayaai terminum air laut yang dah bercampur dengan sulfur gunung berapi yang meletus bawah laut tu. Menurut Abang Rahmad, kebanyakan yang ditemui selamat semasa tragedi tsunami tu, ada yang meninggal dua hari kemudian dan ada juga yang meninggal seminggu kemudian. Kebanyakannya sebab terminum air laut yang dah beracun tu selain disebabkan oleh ajal yang memang sudah dijanjikan tiba.

Selepas dah berborak, kami pun terhegeh-hegehlah nak pegi makan malam. Masa tu dah pukul 10 malam. Ni bukan makan malam lagi dah. Kira supper dah ni. Kami ingatkan kena jalan kaki ke, naik kereta ke. Sekali, naik moto daaa… Syahir naik dengan brader tuan punye diving centre manakala saya dan Suzana membonceng Abang Rahmad. Gila kau naik moto 3 orang! Sayalah yang jadi mangsa duduk kat tengah-tengah. Hahaha gila jadi minah rempit. Kelakar pon iye. Macam katun..

Mat rempit Syahir

Minah rempit. Hahaha..

Kedai makan yang dorang bawak kitorang tu terletak di Gapang, lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami. Jalannya pulak memang turun naik bukit. Dahla gelap gulita. Sejuk pulak tu. Belasah je lah..

Warkop atau Warong Kopi Naguna

Kami sampai, lauk pun dah tak banyak yang tinggal. Maklumlah dah pukul 10 kan. Kami ambil nasi berlaukkan ikan goreng dan ayam. Lepas makan nasik, belasah pulak makan pisang salai. Total harga makanan dan minuman kami Rp65,000 atau RM21.

Pisang salai

Lepas makan, Abang Rahmad dan kawannya menghantar kami pulang ke chalet. Banyak kodok melintas dan beberapa kali Abang Rahmad terpaksa mengelak. Tapi ada la seko tu kena gak langgar. Sorry Encik Kodok. Rupanya Sabang memang terkenal dengan amfibia tu. Saya dan Suzana dah menjerit-jerit sambil angkat kaki takut kodok tu melompat ke kaki kami. Eeeeiiiiiii geli!!!

Sampai je kat chalet, terus tukar baju dan apa lagi.. Tido….

Nantikan sambungan hari kedua kami bersnorkeling dan menyelam di Pulau Rubiah dalam Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 3.. Daaa..