Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Okeh, sambung lagi..

Selain bangunan United Nations di New York, bangunan United Nations di Geneva merupakan headquarters UN kedua terbesar dan popular. Terdapat dua bangunan utama kat sini iaitu Palace of Nation yang dibina pada tahun 1929 dan juga International Red Cross Museum selain The Broken Chair.

Monumen The Broken Chair ni dibina pada 1950an untuk mengingati mangsa perang yang terkena periuk api. Kaki kerusi tu pendek sebelah macam orang yang kudung sebelah kaki.

The Broken Chair

Actually dari dalam bas kitorang dah cuak bila tengok ramainya umat yang berkeliaran kat dataran tempat terletaknya The Broken Chair tu. Ingatkan ada rusuhan ke ape. Mesti tak boleh turun dari bas punya. Baru akak nak feeling-feeling amik gamba bawah kerusi tu..

BERSIH 4.0.. Haha..

Tapi kitorang bernasib baik. Dapat turun gak dari bas. Tunjuk perasaan dorang aman je. Takde macam kita kat sini. Dorang just tunjuk poster-poster je. Pastu ada lah ucapan sikit-sikit. Akak tataulah pasal apa dorang buat tunjuk perasaan tu. Tapi nampak semua macam orang-orang Sri Lanka je. So, sempatlah jugak amik gamba sekeping dua kat situ.

Ni pulak gamba pintu masuk ke United Nations.

Ha, buat pengetahuan uols, dalam banyak-banyak bendera negara kat dunia ni, bendera Swiss je berbentuk segi empat sama. Bendera lain bentuk segi empat tepat. Betul tak? Dan lambang kat bendera ni tanda palang. Ni bukan tanda salib oke. Kalau salib, palang yang menegak tu lebih panjang dari palang yang melintang. Yang ni sama panjang je. Macam tanda hospital. Ada sejarah dia. Tak silapnya, negara Swiss ni bagi bantuan perubatan untuk mangsa-mangsa perang kot. Camtu la lebih kurang. Nak tau lanjut, sila Google sendiri. Hehe..

Bendera Switzerland

Negara Switzerland ni ada 23 negeri atau macam akak cakap kat atas tadi, dorang panggil canton. Macam jugak Malaysia, setiap negeri atau canton ni ada bendera masing-masing. Matawang yang digunakan ialah Swiss Franc (CHF). Dorang tak guna Euro walaupun dorang termasuk dalam negara-negara Eropah. Biasalah, eksyen sikit dorang ni. 1 CHF = RM3.40 masa akak pegi aritu. Rate hari ni tatau. Huhu..

Nama sebenar Switzerland ialah Confederation of Helvetia French. Yang ni pun ada sejarah dia gak. Tak payahla kita tau oke. Haha. Tapi secara ringkas, Helvetia tu sebenarnya nama seorang pompuan. Tokoh negara dorang la kot. Patung dia memang ada dibina kat Geneva tu. Pastu kat duit syiling pon ada muka si Helvetia ni. So akak saspek currency dorang, CHF ni datang dari Confederation of Helvetia French la kan.

Ok, dalam 40 minit kitorang berkeliaran kat dataran The Broken Chair tu, kitorang naik semula ke bas sebab nak pegi ke tempat jam paling popular kat Swiss iaitu Floral Clock. Maklumlah, Swiss kan negara pembuat jam paling terkenal kat dunia kerana kualiti dan kemewahan jam-jamnya.

Dekat area-area tu jugak, ada salah satu air pancut terbesar dan tertinggi kat dunia iaitu Jet d’Eau. Tingginya ialah 140 meter. Mula dibina pada tahun 1886. Dulu tinggi air pancut ni 30 meter je. Ia terletak di dalam Tasik Geneva – tasik terbesar di Switzerland!

Kagum tak?

Gamba-gamba di sekitar tebing Tasik Geneva

Jejaka Perasan

Benci bila ingat harga Fridge Magnet ni.. 9.50 CHF = RM32.30. SEKEPING ya! Ko mampu nak beli sampai 50 bijik? So, akak tak beli pon. Kah kah..


So, lepas dah bergamba-gamba berlatarbelakangkan air pancut tu, kitorang jalan pulak kat taman sebelah dia. Tempat Floral Clock tu. Akak tengok tak senonoh je rupa jam bunga tu. Rasanya under conctruction kot. Kecewa. Ingatkan bolehla tengok jarum dia bergerak-gerak ke.

Floral Clock

Lepas tu, pegi pulak taman sebelah lagi – English Garden namanya.

English Garden

Kat English Garden ni ada satu kawasan yang dia kepung dengan tali yang macam tempat crime scene tu. Dalam kawasan yang dia kepung tu ada macam serpihan kulit kayu. Bila dekat-dekat, wangi sangat. Akak pun tatau kayu apa. Kayu gaharu eh? Entahla..

Wangi…

Dah gondol sempena musim sejuk. Musim bunga lawa kot..

Lupa pulak nak tunjuk si Helvetia tu. Yang pompan sebelah kanan tu. Yang lelaki pegang tongkat tu tatau sape. Bopren dia kot. Tapi nampak bahagian vontots dia je. Dari depan takde pulak.. Sorry..Heehee..

Ni pulak view sekitar area tu..

Lepak sana kejap je. Sampai pukul 5. Tu pon dah terjerit-jerit si Sam tu ajak naik bas. Tak puas lagi nak round-round. Tapi apakan daya, terpaksa bergerak jugak sebab ikut jadual, kitorang akan dinner kat Montreux.

Kitorang sampai ke Montreux lebih kurang pukul 6 petang.

View dari depan restoran

Sedap gila apple tart tu.. Yang bawah ni, ikan. Ikan tu biasa je rasa dia..

Lepas makan, barulah kitorang check in hotel. Finally! Selepas hampir 24 jam tak jumpa katil. Haha. Kitorang tak stay kat Geneva tapi stay kat Montreux sebab kat Geneva tengah berlangsung acara motorcross. So, hotel kat Geneva semua penuh. Katanya!

Anyway, ni lah rupa dalam bilik aka.. Shantek kan?

Ok da.. Nantikan sambungannya. Tatau bila.. Hiks..

Yes, finally akak berjaya menggagah dan menggigihkan jugak diri ini untuk menulis pasal trip ke Switzerland aritu. Dah masuk bulan baru, baru tehegeh-hegeh nak sambung. Keji betol!

So, macam biasa. Memula nak panjatkan dulu kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, akak melayakkan dirrieeww sekali lagi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain untuk join trip Prudential BSN Takaful ke Switzerland. Ni bukan keje akak sorang. Ramai kawan-kawan, sedara-mara dan client-client yang banyak membantu akak untuk qualify trip ni. Thenksss uols!

Teruja betul nak pegi Swiss kali ni. Maklumlah, bila tengok gamba dalam poster promotion yang disediakan oleh kampeni, lawa gila tempatnya. Gunung salji, tasik membiru, naik cable car besar dan macam-macam lagilah. Akhirnya 3 – 10 Mac aritu, impian akak menjadi kenyataan.

Ok, macam biasalah, kitorang kena berkumpul kat KLIA awal-awal untuk urusan group check in dan luggage walaupun flight hanya berlepas dari KLIA jam 2 pagi 4 Mac. Pukul 10.30 malam kot akak sampai KLIA. Sampai-sampai je, tengok kawan-kawan lain dah ada. Kali ni agent yang pegi dalam 66 orang dan termasuk pihak management dan boss sekali dalam 77 orang. Tak ramai sangat berbanding ke Turki tahun lepas.

So, sementara nak tunggu pihak travel agent uruskan tiket dan tag kitorang, mehla amik gamba dulu..

Cam biasa.. Amik gamba reramai dulu..

Dah setel semua, dah dapat tiket masing-masing, jomlah kita naik kapal terobang. Trip kali ni kitorang naik Emirates Airline.

Kalau dulu trip ke London/Paris dan Turki naik MAS je. So, sekali lagi teruja sebab masa briefing, diwar-warkan flite Emirates ni best sebab ada WiFi, ada tempat nak caj handphone, caj laptop dan macam-macamlah.

Jam 2 pagi, flite meninggalkan landasan. Kami akan mendarat dulu di Dubai sebelum menyambung lagi perjalanan ke Geneva, Switzerland. Perjalanan KL-Dubai mengambil masa selama 7 jam.

Seat akak dua dari depan. Kat depan sekali biasanya dorang bagi kat ibu yang ada anak-anak kecik. Senang nak letak baby coat yang flite sediakan. Rasanya semua flite ada servis ni kan? Ke Emirates je? Entah, akak pun tatau. Depan akak Minah Salleh, agak muda dengan dua orang anak kecik. Sorang dia letak dalam baby coat. Kecik lagi. Rasanya tak sampai setahun. Yang sorang lagi duduk sebelah dia. Maybe dalam 2 tahun lebih.

Akak dah cakap dalam hati. Alamak, macam tak boleh nak tido jela. Kot dorang meragam dan menangis. Akan tetapi, bukan itu yang berlaku. Ada perkara yang lagi mendebarkan terjadi. Nak tau apa kisahnya. Sila baca hingga ke akhir perenggan. Haha poyo!

Ok, jom tengok ape rupa dalam Emirates ni..

Awek Emirates.. Pakai tarbus daa..

Haa, plug point ada.. tempat cucuk USB cable ada..

Route

Sebenarnya, naik je flite akak terus membuta. Gila kau! Pukul 2 pagi tak tido-tido kan? Sampaikan kawan yang dok sebelah-sebelah dapat air dengan roti, akak tak sedar hape pun. Layan mata lagi syok. Hehe.. Tapi macam biasalah, tido dalam flite janganlah nak bajet lena bagai. Kejap-kejap terbangun. Budak kecik kat depan akak pun merengek sikit-sikit je.

Lagi dua jam nak mendarat, kami dihidangkan dengan makanan yang agak berat. Pilih la nak nasik lemak ke nak scramble egg. Akak cam biasalah, poyo. Haruslah makan scramble egg. Ai dun eat rice! Puii!! Haha..

Menu pun dalam Bahasa Arab lah..

Tengah syok-syok makan, tetiba ada sorang stewardess ni duduk depan akak sambil pegang anak Minah Salleh yang besar sikit tu. Baby dia still dalam baby coat. Akak tengok mak bebudak ni dah macam sesak nafas. Ada 2-3 orang lagi stewardess datang bagi bantuan. Bagi benda yang letak kat hidung dan mulut untuk bernafas tu. Memula nampak macam dah cool down sikit. Stewardess tu pegang tangan dia. Urut-urut sikit. Suruh dia bernafas elok-elok.

Tak lama lepas tu, akak tengok pompan tu macam dah meronta-ronta. Macam dah tak boleh nak bernafas langsung. Akak dengan member-member sebaris ni dah cuak dah (tapi mulut tetap mengunyah makanan ni. Huhu keji!), kot tetiba ada pulak yang meninggal dalam flite. Depan kitorang pulak tuh..

Bila keadaan dah jadi macam tu, salah sorang stewardess tu buat pengumuman, sape-sape doktor dalam flite silalah tampil ke depan bagi rawatan ke, advice ke. So, adalah sorang doktor pompan yang datang. Omputeh gak. Lepas tu, adalah jugak salah sorang wife agent PruBSN yang jugak sorang doktor pegi jugak menengok. Alhamdulillah, keadaan terkawal. Anak dia yang besar tu, merengek sikit-sikit je. Dia tido je kat bahu stewardess yang pegang dia tu. Adik dia memang tak bergerak langsung dalam baby coat tu. Gud boy!

Haaa.. Amacam? Mendebarkan tak? Gitu jelah ceritanya. Hiks! Kesian gak, maybe stress kot sebab nak kena jaga anak dua orang. Lepas tu maybe tak berapa sihat. Tu yang jadi camtu..

Akhirnya, lebih kurang jam 5 pagi kami mendarat di Airport Dubai. Waktu Malaysia masa tu dah pukul 9 pagi. Dubai lewat 4 jam dari kita.

Transit 4 jam dulu kat Dubai. Sempat solat Subuh dan jenjalan sikit dalam tu sebelum tunggu waktu boarding.

Sampai akhirnya dah tatau nak buat ape, penantian kami berakhir. Masih dengan flite Emirates jugak. Flite bergerak meninggalkan Dubai pada jam 9.20 pagi.

Babai Dubai.. Lagi 7 hari kita jumpa okeh..

Sekali.. Ada bulan sabit daa…

Perjalanan Dubai-Geneva pula mengambil masa lebih kurang 6 jam 15 minit.

Bila memasuki ruang udara Switzerland je, terus mata akak terbukak luas. Tak sanggup nak lelapkan mata walau sedetik cuma. Haa, nampak..nampak? Penggunaan perkataan sedetik cuma? Kah kah. Lawa woiii!! Rasa macam nak amik payung terjun, nak terjun ke bawah menengok salji yang memutih. Ayat tak bleh blah. Huhu.. Kamera memang tak lekang dari tangan. Tak cukup amik gamba, amik pulak video. Yang bestnya akak dapat duduk tepi tingkap. So, akak tukang amikkan gamba jiran-jiran bersebelahan punya kamera. Hehe..

Subhanallah! Dari ruang udara Switzerland…

Macam gula ising atas donat

Cantek kan? Actually banyak lagi gamba yang lawa-lawa akak nak letak. Tapi kang lagi berjela-jela entry ni. So, cukuplah sekadar ni je oke..

Lepas dah jadi orang jakun kat dalam flite tu, sampailah kami di Geneva pada pukul kul 1 tengahari atau pukul 8 malam waktu Malaysia. Malaysia awal 7 jam dari Swiss.

Bienvenue à Genève! Welcome to Geneva!

Swiss merupakan antara negara Eropah yang agak kecil dibandingkan dengan negara-negara Eropah yang lain. Tak caya? Meh akak tunjuk peta.

Swiss yang kaler hijau secoet tu..

Kecik, kan? Selama ni akak ingat besau. Nampak sangat fail Geografi!

So, sampai epot, uruskan luggage sume, angkutlah beg masing-masing pegi ke bas. Ada dua tour bus yang disediakan untuk kitorang. Bila sume dah ready, bas jalan lebih kurang jam 2.30 petang.

Nama driver bas akak ialah John Danial. Pakai subang sebelah telinga. Memang rockla. Tapi hobi dia baca buku. Sehari boleh abes dua buku okeh. Nanti entry lain akak tunjuk rupa dia.

Dah naik bas tu, tourist guide bas akak, Ben nama dia, ceritalah serba sikit pasal Swiss ni. Dia cerita, walaupun Swiss ni negara yang selamat dan kurang kadar jenayah, tetapi masih ada jugaklah conman kat sini. Kat Swiss ni, pick pocket dia tak macam kutu-kutu kat Malaysia. Selebet je kan? Kat Swiss, pick pocket dia dressing hensem-hensen. Pakaian dorang macam businessman/top broker. Macho je. So, kena hati-hati.

Population di Geneva tak ramai, dalam 170,000 orang je. Swiss pun jumlah rakyat dia dalam 7 juta je. Oh ya! Swiss takde bahasa dorang sendiri. Tiga bahasa utama kat Swiss ialah bahasa French, German dan Italy. Setiap negeri atau disebut canton akan bertutur ikut negara mana yang bersempadan dengan dorang. Ada yang cakap French, ada yang cakap German dan ada jugak yang speaking Italy. Tengoklah tempat masing-masing. Macam kat Geneva, kebanyakan rakyat dia guna Bahasa French sebab Geneva bersempadan dengan Peranchis. Gitu.. Satu perkataan French yang akak sempat belajo ialah Mehsi iaitu terima kasih. 😉

Destinasi pertama kami ialah masjid. Untuk buat solat jamak Zohor dan Asar. Yang bestnya tour agent kali ni, memang sedaya upaya dorang akan carikkan tempat solat untuk kami. Alhamdulillah..

Sampai masjid lebih kurang pukul 2.50 petang. Oleh kerana populasi Muslim kat Swiss tak ramai, maka janganlah harap masjid dia sebesar Masjid Shah Alam. Kalo dah dapat besar surau kat kampung kita pun dah cukup bagus, kan?

Ni la rupa semejid (masjid) di Geneva. Didirikan oleh pendatang-pendatang dari Sri Lanka yang beragama Islam.

Selesai solat, lebih kurang jam 3.30 petang, kami meneruskan perjalanan untuk melawat The Broken Chair dan juga bangunan United Nations Eropah yang terletak berhampiran. Tak jauh pun, dari masjid lebih kurang 5 minit menaiki bas.

Apa rupanya The Broken Chair ittewww? Kita nantikan sambungan di entry seterusnya..Huhu..