Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ramai yang ingat Pelan 3 in 1 (Income Protection + Medical Card + Savings) Prudential BSN Takaful mahal. Tapi tadi akak baru buat proposal utk prospect yang umur 26 tahun. Buat masa ni bajet dia sangat tight. So, akak buat beberapa option ikut bajet dia. Surprisingly, dengan hanya SIMPAN RM100/sebulan kat PruBSN, ni benefit yang budak ni akan dapat. :-

1. Perlindungan Pendapatan (meninggal)  = RM20,000
2. Perlindungan Pendapatan (hilang upaya kekal) = RM20,000
3. Terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal = RM10,000
4. Pampasan Kemalangan (kematian/hilang upaya kekal) = RM20,000
5. Kad Perubatan = RM50,000 setahun / RM500,000 seumur hidup
6. Room & Board = RM150/sehari (rasanya ni bilik twin sharing)
7. Elaun Hospital = RM50/sehari (tak kira spital swasta ke kerajaan)
8. Sumbangan PERCUMA sekiranya terkena penyakit kritikal
9. Non-claim bonus = RM100/setahun (dapat duit balik tetiap tahun kalau tak pernah claim dalam tahun tu. Ala, macam NCD kereta)
10. Anggaran simpanan selepas 30 tahun = RM24,000

Tak sangka pulak banyak macam ni. Sampai 10 benefit. Tu baru simpan RM100/sebulan. Walaupun amount yang dia dapat taklah berapa besar, at least for a start, dia ada comprehensive plan berserta dengan medical card. Bayangkan kalau dia simpan lebih daripada RM100/sebulan, lagi besarla protection yang dia akan dapat.

Ahkak pernah tanye pendapat member akak yang jadi doktor. Yelah, macam doktor, biasanya banyak dapat privillege kalo masuk spital kan. Maybe caj surgery tu free, ubat free..

Akak : Kalau ko bukan doktor, ko amik tak medical card?

Member : WAJIB AMIK!! Sebab kalo ko nak tau, caj ubat, hospital sume makin mahal. Tetiap tahun naik. Pastu pulak, kalo ko pegi gov. hospital, ko kena Q sekali dengan Bangla, Indon, Nepal. Kalo ko sanggup tunggu, takyahla amik medical card. Pegi je spital gomen.. Hehe..

Dan walaupun dia doktor, dia tetap ada INSURANS. =) Tapi more to life insurance la to protect income dia..

RM100/sebulan tu bg akak untuk zaman sekarang, NOTHING! Seriously, NOTHING! Sebab, kenapa bila gaji sebulan sekali boleh beli baju baru, tapi reward untuk diri sendiri takde? Kesian tak? Kesian kan?

New update pasal medical card untuk warga emas – Klik sini!

Yuhuuuu.. Arini saya nak cerita pasal keje la pulak.. Yelah, dua tiga hari ni asyik merapu pasal benda-benda lagha je kan.. Hiks

Saya just nak berkongsi dengan korang satu benda yang saya baru perasan pasal produk PruBSN Takaful yang baru di’enhance’kan ni (matilah diri sendiri sebagai agent pun baru tau). Takaful Link dan medical card PruBSN ni boleh diambil oleh warga emas asalkan berumur tidak lebih 70 tahun!!!! Sebelum ni, had maksimum umur yang boleh amik medical card ialah tak lebih daripada 60 tahun.

Alhamdulillah, orang sekarang berumur panjang-panjang. Masa muda mungkin dorang belum ada kesedaran nak amik medical card dan bila dah berumur ni baru berkemampuan nak amik, so bolehlah amik dengan PruBSN Takaful. Hari tu, masa saya bukak booth kat Sepang tu, ada uncle Cina dari Penang nak amik medical card. Umur dia dah 61 tahun. Oleh kerana selama ni saya ingat had maksimum umur yang layak untuk amik ialah 59 tahun, so dengan kompiden saya dan kawan-kawan bagitau uncle tu yang dia dah tak boleh amik medical card sebab dah terlebih umur. Kan dah rugi sorang client. Tapi takpe, dah amik nombor telefon dia, nanti boleh contact dia semula.

Memang kalau baru nak amik bila umur dah ‘banyak’ ni, mahal la sikit. Tapi at least, kalau masuk spital, takdelah sakit sangat nak membayar. Lagipun bil rawatan yang akan ditanggung oleh PruBSN melalui medical card kami ni agak tinggi iaitu RM50,000-RM150,000 setahun atau setengah juta (RM500,000) hingga RM1,500,000 seumur hidup. Kita akan cover sampai umur 100 tahun plak tu.. Best tak? Maklumlah, bila umur dah tua-tua ni la baru penyakit datang.

Selain tu, katakan kalo amik medical card dengan PruBSN, pastu tak claim sebab Alhamdulillah sihat walafiat kan, kita bagi pulak faedah Non-claim Bonus (NCB). NCB ni lebih kurang macam insurans kereta la. Kalau kita tak pernah claim, kan syarikat insurans akan bagi diskaun untuk renewal tahun berikutnya kan? Kami punye NCB pun cam tulah jugak cuma kita tak bagi diskaun tapi kita akan pulangkan balik sejumlah amaun duit kat client kami mengikut pakej medical card yang dia amik. Sebab moto kami – KAMI TANGGUNG JIKA ANDA SAKIT, KAMI BERI GANJARAN JIKA ANDA SIHAT (WE COVER IF YOU SICK, WE REWARD IF YOU HEALTH). Gittew..

So, jom kita amik medical card untuk mak ayah masing-masing. Oppss satu lagi, selain umur tak lebih daripada 70 tahun, dorang mestilah jugak dalam keadaan sihat lagi. Kalau yang dah kena darah tinggi, kencing manis tu, dah tak bolehlah ye. So, anda tau mane nak carik saya, kan? Ujie : 019-388 9306. Apa tunggu lagi, bertindak sekarang! Hahah poyo..

Sebelum tu, saya tinggalkan korang dengan keratan akhbar kat bawah ni untuk renungan bersama..