Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

New update pasal medical card untuk warga emas – Klik sini!

Yuhuuuu.. Arini saya nak cerita pasal keje la pulak.. Yelah, dua tiga hari ni asyik merapu pasal benda-benda lagha je kan.. Hiks

Saya just nak berkongsi dengan korang satu benda yang saya baru perasan pasal produk PruBSN Takaful yang baru di’enhance’kan ni (matilah diri sendiri sebagai agent pun baru tau). Takaful Link dan medical card PruBSN ni boleh diambil oleh warga emas asalkan berumur tidak lebih 70 tahun!!!! Sebelum ni, had maksimum umur yang boleh amik medical card ialah tak lebih daripada 60 tahun.

Alhamdulillah, orang sekarang berumur panjang-panjang. Masa muda mungkin dorang belum ada kesedaran nak amik medical card dan bila dah berumur ni baru berkemampuan nak amik, so bolehlah amik dengan PruBSN Takaful. Hari tu, masa saya bukak booth kat Sepang tu, ada uncle Cina dari Penang nak amik medical card. Umur dia dah 61 tahun. Oleh kerana selama ni saya ingat had maksimum umur yang layak untuk amik ialah 59 tahun, so dengan kompiden saya dan kawan-kawan bagitau uncle tu yang dia dah tak boleh amik medical card sebab dah terlebih umur. Kan dah rugi sorang client. Tapi takpe, dah amik nombor telefon dia, nanti boleh contact dia semula.

Memang kalau baru nak amik bila umur dah ‘banyak’ ni, mahal la sikit. Tapi at least, kalau masuk spital, takdelah sakit sangat nak membayar. Lagipun bil rawatan yang akan ditanggung oleh PruBSN melalui medical card kami ni agak tinggi iaitu RM50,000-RM150,000 setahun atau setengah juta (RM500,000) hingga RM1,500,000 seumur hidup. Kita akan cover sampai umur 100 tahun plak tu.. Best tak? Maklumlah, bila umur dah tua-tua ni la baru penyakit datang.

Selain tu, katakan kalo amik medical card dengan PruBSN, pastu tak claim sebab Alhamdulillah sihat walafiat kan, kita bagi pulak faedah Non-claim Bonus (NCB). NCB ni lebih kurang macam insurans kereta la. Kalau kita tak pernah claim, kan syarikat insurans akan bagi diskaun untuk renewal tahun berikutnya kan? Kami punye NCB pun cam tulah jugak cuma kita tak bagi diskaun tapi kita akan pulangkan balik sejumlah amaun duit kat client kami mengikut pakej medical card yang dia amik. Sebab moto kami – KAMI TANGGUNG JIKA ANDA SAKIT, KAMI BERI GANJARAN JIKA ANDA SIHAT (WE COVER IF YOU SICK, WE REWARD IF YOU HEALTH). Gittew..

So, jom kita amik medical card untuk mak ayah masing-masing. Oppss satu lagi, selain umur tak lebih daripada 70 tahun, dorang mestilah jugak dalam keadaan sihat lagi. Kalau yang dah kena darah tinggi, kencing manis tu, dah tak bolehlah ye. So, anda tau mane nak carik saya, kan? Ujie : 019-388 9306. Apa tunggu lagi, bertindak sekarang! Hahah poyo..

Sebelum tu, saya tinggalkan korang dengan keratan akhbar kat bawah ni untuk renungan bersama..

Hari terakhir di London, kami diberi kebebasan untuk aktiviti Free & Easy. So, sukatilah nak jalan kemana-mana dengan syarat kena balik semula ke hotel selewat-lewatnya jam 4.30 petang sebab kami akan bertolak ke airport pada jam 5 petang.

Check out dari bilik macam biasa pukul 12 tengahari tapi disebabkan kami keluar awal pagi, so, beg-beg kami diletakkan dalam bilik khas hotel tu. Oh ya, cerita pasal hotel kat London ni, lain macam sikit. Kesian kat rakan saya suami isteri. Kena denda sebanyak £200! Puncanya disebabkan oleh karpet bilik dorang basah. Lantai toilet dalam bilik hotel kat London, takde saluran air keluar. Macam lantai toilet kita kat sini kan ada lubang air kan? Kat sana takde. Lepas tu pulak, lantai bilik air tu sama level dengan lantai bilik dan takde divider yang memisahkan lantai bilik air dengan lantai bilik. Dapat imagine tak?

Tataulah semua hotel kat London macam tu ke atau hotel yang kitorang duduk tu je macam tu. So, kalau nak mandi ke amik wuduk ke, semua kena buat dalam bath tub. Langsir bath tub tu pon kena masukkan hujung dia dalam bath tub tu untuk mengelakkan air terpercik ke lantai. Nak mandi pun berhati-hati aje. Tah macamana, suami rakan saya ni amik wuduk kat sinki. Air pun dah melimpah ke lantai dan dia tak sedar rupanya air tu mengalir masuk dalam bilik. So, karpet dalam bilik tu pun basah. Bila dorang keluar bilik pagi tu, macam biasalah. Tapi bila petang waktu balik ke hotel, bilik dorang dikunci oleh pihak hotel. Rupanya, housekeeping yang datang kemas bilik dorang, dapat kesan yang karpet dorang basah. So, selagi tak bayar denda, dorang tak boleh masuk dan ambil barang-barang.

Mula-mula hotel tu caj £500! Gila sampai RM2,500. So, nego-nego, akhirnya kena jugak £200. Masa tu dah hari kedua terakhir kat London, so duit pun dah tinggal sikit. Kesian sangat, kena pakai kad kredit dan terpaksa pinjam kawan-kawan. Bayarla jugak. Kesian giler kena bayar sampai RM1,000 sebab saiz tempat yang terkena basah tu tak sampai pun sekaki. Budak tu buat lawak “Kalau RM1,000 tu, aku boleh pasang karpet satu rumah!!”. Huhu..Itulah pengalaman yang tak berapa best. So, kalau korang gi London, make sure jangan basahkan lantai toilet hotel okeh?

Oke, sambung balik cerita. So, pagi tu, saya dan geng saya bercadang untuk pergi ke Clarks Factory Outlet di luar kota London iaitu berdekatan dengan kawasan Finsbury Park. Sebelum ape-ape, seperti biasa, kenalah pose-pose jelita terlebih dahulu. Ptuii!!

Dah lepas bersarapan

Tengah tunggu cukup korum baru boleh bergerak

Untuk ke Finsbury Park, kami dah plan untuk naik ketapi laju Underground je. Tiketnya berharga £6.60 (kalau convert kepada Ringgit Malaysia – RM33, boleh nangis sebab sama tambang naik bas ekspress pegi JB kot. Huhu). Dengan satu tiket ini, kami boleh ke mana-mana saja, turun naik 10 kali pun takpe dengan syarat dalam zon yang sama. Nak naik bas guna tiket ni pun boleh. So, dengan konfidennya, masing-masing membeli tiket ini. Sekali….jeng jeng jeng..

Bersedia nak naik ketapi

Stesen paling dekat dengan hotel kami ialah di Lancaster Gate

Cantik jam kat stesen ni

Motip ko senyum simpul? Tahape nama mamat ni pun saya dah lupa..

Spice Girl tak cukup korum

Dengan Kak Ina

Untuk ke Finsbury Park ni, kami perlu turun di stesen Oxford Circus dulu untuk naik ketapi lain sebab laluan ketapi yang kami naik memula tadi, tak lalu ke Finsbury Park. Contohnya macam komuter kita kat sini la. Laluan Sentul-Port Klang kan tak sama dengan laluan Rawang-Seremban.

Dah sampai Oxford Circus

Tunggu pulak ketapi satu lagi

Penuh gak. Maklumlah hari bekerja

Mengenang nasib sebab duit dah habis

Yeay..sampai dah kat Finsbury Park

So, disebabkan kekonfidenan kami membeli tiket £6.60 tu, rupanya mengundang musibah. Haha poyo. Bukanlah musibah sangat pun. Sebenarnya, tiket £6.60 tu hanya boleh digunakan untuk Zon 1 dan Zon 2 je. Oleh kerana Finsbury Park dah termasuk dalam Zon 3, maka kami kenalah turun di stesen Finsbury Park dan berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Clarks Factory Outley tu. Nasib baik cuaca pun sejuk, kalau kat KL, mau berpeluh ketiak! So, disebabkan kawasan tu luar dari Kota London, so jalanraya pun tak sesak. Keadaan pun lebih rileks dan tenang je. Macam kita masuk kawasan kampunglah. Contoh macam kat mane eh? Ermmm, kampung saya Sungai Choh pun tak setenang ni. Maybe macam kita pergi kampung kat Perlis kot. Haha over sangat tak?

Rileks je kan? Sejuk Nauzubillah..

Rumah-rumah kat situ pun takdelah apartment-aparment mewah macam kat London. Dia macam flat-flat je. Kira macam kawasan kos rendah gitu.

Ha, belakang tu rumah flat dorangla..

Ada taman mini kat tepi jalan

Zig zag ape pulak ni?

Ha, tourist guide kami bagitau, kawasan yang bertanda zig-zag ni adalah kawasan yang tak boleh parking. Mesti sentiasa dikosongkan. Kalau ada gak yang parking kat kawasan ni, kenalah saman nanti.

Saya rasa mungkin kalau saya tak berenti-berenti amik gamba, kejap je dah sampai kot. Maafin Inul yach!

Saya ingat ni tempat karoke sebab nama dia Karakocan kan? Rupanya travel agency ke apentah..Haha! Dasar kaki karok betul..

Ni kedai si Eda ni, ada jual ‘halal meat’. Nak carik daging halal, senang pegi sini jelah..

Ni macam Mydin kita kot. Takpun kedai RM2. Tengok harga barang dia 99p je (sen dorang dipanggil pence)

Taraaa…sampai akhirnya di Clarks Factory Shop

Dah sampai situ, apa lagi, memborongla. Tapi saya tak borong pun sebenarnya sebab sedar diri duit dah habis. Saya cuma belikan sling bag yang dikirim oleh rakan saya. Harganya £29.90 dan saya sambar sepasang kasut yang berharga £27.90. Kalau convert duit kita lebih kurang RM140. Kalau kat KL, mungkin harga kasut tu RM200-300 jugakle.

Bagi saya, Clarks ni macam BATA kat KL la kot sebab merata-rata boleh jumpa kedai kasut Clarks ni. Cuma kitorang pegi outlet ni sebab harga dia murahlah sikit berbanding kat kedai.

Rasa macam tak puas hati nak masuk lagi sekali

Jomlah kita amik gamba sementara tunggu kawan-kawan lain beli kasut

Motip?

Banyak borong nampak..

Selepas lebih kurang sejam kat Finsbury Park, destinasi kami seterusnya ialah Oxford Street sebab tak puas shopping hari kelmarinnya kat situ. Di sepanjang Oxford Street tu memang berderet-deret butik mewah dan pusat membeli belah yang best-best. Mana-mana yang tak sempat shopping hari kelmarin tu, nak pegi balik membalas dendam.

So, dari Clarks Factory Outlet tu, kami pun berjalan kaki semula ke stesen Finsbury Park. Jenuh jugaklah nak menyampai ke sana. Fuhh!!

Tatau nape saya amik gamba ni

Cantiknya kasut. Saya snap dari luar kedai je..Ni dalam £25 camtu. Tak kuasa lah nak beli sebab kat KL boleh dapat dalam RM25 kan..Eh ye ke?

Akhirnya sampai semula ke stesen Finsbury Park. Dorang pun dah tak kuasa nak melayan saya dengan pelbagai aksi

Konon-konon nak buat LOVE sign untuk Mat Saleh kat sebelah tu. Kah kah kah..

Kat Oxford Street tu, saya tuju satu tempat je iaitu shopping complex Primark. Primark ni subsidiary Mark & Spencer. Baju-baju kat situ, murah-murah belaka. Memang gila la menengoknya. Sehelai baju baru berharga £1, £2, £3..sape tak gila? Dah la berkualiti. Bestnyaaaa dorang kat sana kan? Katakanlah gaji dorang £2,000, pastu harga baju cuma £2. Berbanding kita kat sini, katakan gaji RM2,000 tapi baju dengan kualiti yang sama macam kat sana tu, harga RM20. Tak ke harga barang kita ni tak berkadaran dengan gaji?? Jom migrate sana nak?

Lepas dah puas shopping, sementara tunggu kawan-kawan yang lain selesai, saya duduk lepak kat luar shopping complex tu. Memang ada disediakan tempat untuk duduk-duduk. Best kan?

Teksi dan bas

Cute gile teksi dia

Ni orang berpusu-pusu pegi lunch agaknya

Lepas kawan-kawan pun dah setel bershopping, kami bergerak balik semula ke hotel dan tiba di hotel lebih kurang jam 3 petang. So, ada masa untuk berkemas-kemas dan solat dulu.

Nak dijadikan cerita, dua bijik beg saya tu, berat total lebih daripada 20kg (had maksimum bagasi untuk setiap penumpang). Tak silap dalam 27kg macam tu. Ahh sudah. Tourist guide bagitau, setiap 1kg yang terlebih, kena bayar £40. Dah RM200 tuh!!! Matila akak.. Kena bayar sampai RM1,400. So, saya pun menumpang kasih kat brader-brader yang beg ringan-ringan. Taulah lelaki, bukannya shopping sangat pun. Ada sorang brader tu, beg dia pun dah berat jugak. Banyak beli barang untuk anak isteri. Tanya punya tanya, adalah sorang brader ni yang boleh dijadikan mangsa untuk menumpang kasih. Heehee.. So, saya pun pindahkan sikit barang saya dalam beg dia. Mujurlah kat hotel tu ada penimbang beg. So, dah boleh ready la siap-siap sebelum kena timbang kat airport nanti.

Alhamdulillah, setel akhirnya. So, lebih kurang jam 5 petang, kami pun bergerak ke Lapangan terbang Heathrow. Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada jam 10 malam. Sementara menunggu waktu berlepas, kami dibenarkan merayap dalam airport tu. Saya pun singgah kat Harrods sebab nak tengok best sangat ke dalam dia. Maklumlah, Harrods kat KLCC tu tak berani nak jejak.

Menarik jugak barang-barang dalam tu. Saya belikan document bag yang dikirim oleh rakan saya. Harga baru £26 macam tu. Kat KLCC, beg yang sama harga dia dalam 200-300 jugak. Saya menyesal tak beli satu untuk diri sendiri. Sedih betul. Belikan yang orang kirim je.

Meriah sigboard Harrods nih..

Gate kami untuk berlepas

Tengah menunggu untuk boarding

Babai London.. 🙁

Dalam flight saya duduk sebelah kakak ni suami isteri. Banyak gaklah menuntut ilmu sales dari dia

Dalam flight balik, saya dah tak kuasa nak amik gamba makanan. Huhu. Tido lagi best. Maklumlah 13 jam kan?

Akhirnya kami sampai ke KLIA lebih kurang jam 6 petang. Alhamdulillah..

Ni lah abang yang menjadi mangsa saya. Huhu. tengkiu abang Nazri!

Yahoo..sampai dah Malaysia. Malaysia is very hot!! *Matila kena panah petir!

Berdedai-dedai kat kaunter imegresen

Alhamdulillah, berakhirlah catatan perjalanan saya di Paris & London. Secara keseluruhan saya amat gembira dengan trip kali ni. Biasalah kalau ada kekurangan sikit sana-sini. Tak bolehlah nak harap sempurna semuanya, kan? Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Prudential BSN Takaful yang sudi menaja kami (of course lah kena cukupkan target sales). Kalau harap nak pegi dengan duit sendiri, bercinta gaklah baru dapat pegi. Lepas ni nak keje rajin-rajin lagi sebab destinasi seterusnya adalah TURKI!!!!! InsyaAllah…