Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Aktiviti hari ketiga di London, kami mulakan dengan melawat ibu pejabat Prudential UK di London. Dalam perjalanan ke sana, kami melalui Piccadilly.

Beberapa gambar yang sempat saya ambil dari dalam bas.

The Piccadilly – salah sebuah cafe yang terdapat di Piccadilly

Piccadilly merupakan jalan utama di tengah-tengah kota London yang memanjang dari Hyde Park Corner di sebelah barat sehingga ke Piccadilly Circus di sebelah timur. Piccadilly merupakan satu-satunya jalan yang tidak diletakkan perkataan “street” atau “road” padanya seperti Oxford Street dan King’s Road. Memang kalau orang sebut Piccadilly tu sebenarnya mereka merujuk kepada jalan Piccadilly.

Apetah nama pokok ni tapi cantik sangat..

Muzium Ripley’s Believe It or Not

Thriller Live Musical Theater

Thriller Live merupakan teater muzikal berkelas dunia yang mempersembahkan lagu-lagu hit Michael Jackson di sepanjang kariernya selama dua jam tanpa henti. Tapi kitorang tak pegi pun. Tak sure pulak berapa tiketnya.

Setelah lebih kurang 40 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di ibu pejabat Prudential UK. Sementara tunggu orang lain turun bas, mehla amik gambo dulu..Heehee..

Berlatarbelakangkan dua objek utama yang mengompomkan anda berada di Kota London iaitu public phone merah dan bas merah 2 tingkat. Haha!

Bersama Chief Agency Officer – Wan Zamzuri

Sarapan pagi lagi sekali – ikan salmon dan lemon

Agenda kami di sana adalah untuk mengetahui sejarah penubuhan Prudential UK dan bagaimana ia berkembang ke seluruh dunia dan Malaysia, khasnya. Kami dipertontonkan dengan tayangan video di samping diberi penerangan oleh pegawai penerangan Prudential. Nama dia tak ingatla pulak. Ke haku tak amik kisah sebenarnya. Huhu..

Poster yang menunjukkan mangsa Titanic dilindungi oleh Prudential

Jangan memain okeh. Semasa bencana kapal Titanic pada tahun 1912 dulu, mangsa-mangsa kapal Titanic seramai 292 orang telah dilindungi oleh Prudential Assurance Company Ltd. Pampasan yang dibayar oleh pihak Prudential kepada waris mereka ialah sebanyak £12,834. Agaknya berapa ye kalau nilai sekarang? Ha, sedangkan mangsa Titanic amik insurans dengan Prudential, korang ni tak reti-reti nak sign up dengan hakak ke? Hiks

Ni ejen-ejen Prudential terawal. Motip sume lelaki??

Ni plak staf Prudential. Motip sume pompan la pulak?

Bangunan ibu pejabat Prudential

Prudential ditubuhkan pada tahun 1848. Hmm, dah hampir 180 tahun!

Prudential dan pesaing-pesaing insurans yang lain di UK

Brochure iklan terawal. Macam asal boleh je. Hiks

Ni iklan TV. Siap ada jingle bagai

Logo Prudential – pompan pakai headband tengah pegang cermin

Selepas selesai tayangan video dan penerangan serba sedikit tentang sejarah Prudential, kami dibawa melihat bilik kebal yang dahulunya pernah digunakan untuk menyimpan polisi-polisi pelanggan.

Ni lah rupa pintunya

Ni pulak batang kunci yang digunakan untuk membuka pintu bilik kebal. Yang kecik seco’et tu dia punye gigi kunci

Kemudian, kami dibawa pula melawat sekitar bangunan Prudential.

Merah je. Ke cokelat?

Gambar reramai

Bangunan Prudential dari luar. Comot-comot sebab tengah renovate

Konon-konon tengah minum kat cafe. Caitt!!

Teksi London

Selepas melawat ibupejabat Prudential, akhirnya kami dibawa ke mercu tanda London iaitu Tower Bridge. Kami diturunkan oleh pemandu bas agak jauh dari Tower Bridge, so kenalah berjalan sikit. Tak reti-reti?

Tower Bridge dari jauh

Dalam perjalanan, kami melalui London Bridge

Burung ni mungkin terbang dari Trafalgar Square agaknya

Bangunan unik yang terdapat berdekatan dengan Tower Bridge. Bangunan pejabat kot. Lupe nak tanye tourist guide

Ingat ye, ni bukan LONDON BRIDGE. Ni nama dia TOWER BRIDGE. Jap lagi saya citer ape beza dia

Hantu Kak Limah pegi London

Tak abes-abes muka hakak kan? Ada akak kesah? Blog akak kan?

Iyyaahhhh!! Tolak telur

Haa.. Nampak tak jambatan tu? Ha, tulah dia London Bridge

Mesti korang masih ingat lagu masa kita kecik-kecik dulu – London Bridge is Falling Down

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
London Bridge is falling down,
My fair lady

Kadang-kadang bila kita baca buku cerita, ada lagu ni pastu siap ada gamba macam ni lagi :-

Gambar dari Google

Betul tak? Salah sebenarnya uols. Ni bukanlah London Bridge. Ni sebenarnya Tower Bridge. London Bridge sebenarnya yang ni ha :-

London Bridge sebenar – Gambar Google jugak

Menurut tourist guide kami, Tower Bridge selalu disalah faham dan dirujuk sebagai London Bridge. Sampaikan ada satu kisah, tataulah betul ke saje lawak. Tourist guide kami cerita, ada sorang mamat jutawan dari Peranchis, nak beli property Tower Bridge (yang disangkanya sebagai London Bridge) untuk dibina semula di negaranya. So, sepanjang masa pembinaan tu, si jutawan ni takdelah nak pegi tengok ke ape. So, bila ‘London Bridge’ tu siap, dia pegilah datang tengok. Bila dia tengok je jambatan yang dah siap tu, terus dia pengsan sebab yang siap tu bukannya Tower Bridge, tetapi London Bridge iaitu jambatan bodoh je.  Kesian..

Pastu tourist guide kami cerita lagi yang penulis lagu/lirik London Bridge is Falling Down tu ialah orang Amerika. Mana orang tu tau London Bridge tu yang mana satu sebab dia pun tak pernah sampai lagi ke London. Wallahu’alam. Entah ye ntah tidak cite ni. Hehe..So, kalau nak tau lebih pasal Tower Bridge vs London Bridge, klik sini.

Destinasi kami seterusnya ialah makan!!! Dalam perjalanan, sempatlah mengambil beberapa gamba yang saya rasa agak menarik.

Bas kami melalui Tower Bridge

Lagi sekali, kasi tunjuk itu London Bridge

London Eye dari jauh. Tak singgah naik pun

Akhirnya kami sampai di restoran Malaysian Cuisine. Yeay!

Sayur campur

Udang sambal nyam nyam

Ni nasik. Motip tak kenal?

Kangkung belashann. Dun play-play!

Ape ye ni? Lupa plak. Rasanya ikan kot..

Selepas makan, kami dibawa pula melawat ke Istana Buckingham.

Berlatarbelakangkan bangunan yang dihiasi Vertical Garden. Nak tau lebih lanjut pasal Vertical Garden, klik sini

Ni la dia Istana Buckingham

Nampak tak keta kuda kat belakang tu?

MJ wanabe

Bagak gilerr pintu pagar dia..

Tengok pakgad dia..Kenapa tak pakai topi merah macam dalam citer Mr. Bean tu kan?

Seterusnya kami dibawa pula ke Westminster Abbey, gereja terkenal yang akan menjadi tempat majlis perkahwinan di raja di antara Putera William dan Kate Middleton yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Orang yang ramai-ramai kat belakang ni tengah tunggu Queen Elizabeth datang. Tak sure ada acara apa masa ni

Ramai gilerr

Belakang tu la Westminster Abbey

Dapat amik gamba Big Ben – jam terbesar di London pun dari jauh je

Ni amik dari dalam bas. Sedehhh..

Tentera berkuda

Ni pun amik dari dalam bas gak

Lepas tu, kami dibawa pula ke China Town. Merata-rata lah China Town ni. Sume negara dia ada. Eh silap, kat Paris takde China Town.

Gong Xi! Gong Xi! Tetiba..

Saya takde beli apa-apa pun kat China Town. Tapi kawan-kawan lain yang sempat masuk dalam kedai runcit kat China Town tu, ada nampak Maggi Mee. Huhu..

Seterusnya, destinasi terakhir kami pada hari tu ialah Madame Tussauds. Madame Tussauds merupakan muzium lilin di London yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Muzium ini diasaskan oleh Marie Tussaud iaitu pengukir patung lilin terkenal dari Peranchis.

Di muzium ini, pelbagai hasil ukiran patung lilin daripada golongan di raja, pemimpin, artis, bintang filem, ahli sukan sehinggalah kepada pembunuh terkenal ada dipamerkan. Di dalam muzium itu, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seksyen artis, pemimpin negara, ahli sukan dan beberapa seksyen lagi. Disebabkan kesuntukan masa, banyak jugaklah seksyen yang saya tak sempat masuk. Rugi!

Tangga nak naik. Cool kan?

The gorgeous Nicole Kidman

Bersama darlingku – Johnny Depp

Bersama pasangan cantik lawa – Angelina Jolie & Brad Pitt

You jump, i jump.. Gitteww..

Victoria & Beckham

Bruce Willis – I love u..

Amitabh Belachann.. opss

The sexiest Marilyn Monroe

Aktor kesukaan akak – Morgan Freeman

Astalavista bebeh!

James Dean

Muhammad Ali. Yahhhh!!!

Sape ni eh? Lupe nama dia.. Sir apetah..

Mahatma Gandhi & Nelson Mandela

Tony Blair & Margaret Thatcher. Orang tua kat ujung tu tatau sape..

Yang saya kenal, Yasser Arafat je..Huhu

Saddam Hussein & Adolf Hitler

Kami akhiri lawatan ke Madame Tussauds ini dengan menonton tayangan 4D. Best sangatttt.. Bagi sesiapa yang dah biasa menonton tayangan 3D kat sini, mesti tau yang kalau 3D ni, kita rasa seolah-olah objek dalam skrin tu ada kat depan mata kita, seolah-olah boleh disentuh, kan? Tapi tayangan 4D ni lagi menarik sebab kalau orang dalam skrin tu tengah bertumbuk, kita pun dapat rasa ditumbuk. Kalau ada angin, rasa sejuk je. Kalau ada air terpercik, kita pun akan rasa air tu terpercik kat muka kita. Sampai saya cuak, ah sudah..basah ke muka haku ni.. Rupanya rasa je.. Padahal takde basah pun. Guna teknologi ape pun tatau la..

Tayangan 4D yang kami tonton tu berkisarkan 6 hero yang nak menyelamatkan Kota London. So, memang banyaklah adegan pertarungan. Tu yang terasa sekali kena sepak tu. Heehee.. Tayangan ni mengambil masa lebih kurang 10 minit je.


Ehsan Google

Ni la rupa dalam wayang tu. Pun gambar ehsan Google

Kat luar Madame Tussauds

Lepas dah puas melawat Madame Tussauds tu, hari pun dah nak malam. So, agenda seterusnya makan malam. Oleh kerana ia merupakan malam terakhir kami di London, kami diraikan oleh Prudential dengan Farewell Dinner yang diadakan di Malaysian & Chinese Cuisine Restaurant.

Sirap

Sambal belacan pun ada

Ulam-ulaman

CEO Prudential BSN Takaful – Mr. Azim Mithani

Tom yam

Sambil makan, kami dihiburkan dengan sesi karaoke.

Brader dua orang ni tengah nyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta

Tiba-tiba, saya pun naik sheikh. Nak jugak melalak. Tettaappp…..Maklumlah, kaki karok Kotadem kan. Kah kah kah. Suara kau ada berkumandang di Kota London? Ado? Nan hado kan? Hihi..

Feeling-feeling Ratu Rock Ella. Masa ni saya nyanyi lagu Kesal. Kih kih kih

MC aka Tourist guide jugak

Malaysian & Chinese Cuisine Restaurant

Lepas makan, apa lagi.. Balik hotel untuk kemas barang dan tido. Opss, tak jugak. Balik hotel tu, lepas mandi-mandi, kami keluar semula untuk mencari souvenir di sekitar hotel. Sekitar hotel pun, 20 minit jugaklah berjalan kaki. Saya sempat beli beg travel lagi sebijik sebab beg yang ada tu tak cukup nak menampung barang-barang yang saya beli. Jadinya, masa pegi 2 beg, balik 3 beg. Keji!!

 

Brochure iklan terawal. Cam kelako je

Kami memulakan hari kedua (Ahad, 13 Mac) di London dengan sarapan pagi. Alhamdulillah, senang nak dapat makanan halal kat hotel ni. Untuk kami, memang dah disediakan seksyen khas, lain daripada tetamu lain. So, selain daripada makanan bijirin, kami makan bihun (terpaksa jakun). Yeay!!

Pinggan pun licin

Bergambar dengan mamat yang suka panggil saya Zorro. Hampeh! Haha..

Haii…

Di depan Corus Hotel Hyde Park

Corus Hotel Hyde Park ni terletak tidak jauh dari Oxford Street dan Knightsbridge. Di hadapan hotel ini pula, terletaknya taman Di Raja yang terbesar di Kota London iaitu Hyde Park yang bersambung dengan Kensington Garden. Memang lawa sangat. Sesuai sangat jadi tempat untuk berehat dengan keluarga, joging, lepak-lepak dan juga bawak anjing berjalan-jalan. Hehe..So, sementara tunggu bas sampai, kitorang pun berjalanlah kejap ke Hyde Park tu.

Happy dapat amik gambar dengan bas merah London sementara nak menyeberang jalan pegi Hyde Park

Sampai dah ke taman. Lawa kan?

Masa ni sejuknya tatau nak cakap. 10° kot

Rasa macam nak pindah dok sini

Anish Kapoor ni adik beradik Anil Kapoor kah?

Tengah tengok poskad yang cantik-cantik. Belinya tak jugak. Kah kah!

Cafe yang terletak kat sebelah hotel

Balik hotel semula sebab bas dah sampai

Boot yang dibeli di Paris

So, bas dah sampai. Mari kita naik..

Cantek kan bas dia?

Bercakap pasal bas, ada satu peraturan kalau naik bas kat London ni. Menurut pemandu bas kami, kalau ada penumpang yang didapati berdiri semasa bas sedang berjalan, dan dapat pulak dikesan oleh polis trafik kat sana, maka pemandu bas akan dikenakan saman. So, selagi penumpang tak duduk kat tempat masing-masing, selagi tu lah bas takkan bergerak. Dan mungkin tu jugak sebab bas-bas kat sana dua tingkat kot. Sebab tak akan ada penumpang bas yang akan berdiri. Semua dapat tempat duduk masing-masing. Haha, itu teori saya je. 😀

So, destinasi pertama kami pada pagi tu ialah pusat membeli belah terkenal iaitu Westfield. Bukan Westlife okeh. Oleh kerana hari tu, hari untuk shopping, maka makanan tengahari tidak disediakan. Pandai-pandailah masing-masing nak makan kat mana. Setiap kami diberi £10 untuk duit makan tengahari. Tapi, apa barang nak makan kan? Makan tu, nanti-nanti pun boleh. Baik guna duit tu untuk…shoppinggggg!!!! Biar perut kosong, asalkan tangan penuh dengan beg shopping. Yezzah!!

Share dengan member

Kami sampai di Westfield lebih kurang 9.50 pagi, dalam keadaan hujai renyai-renyai. Cantekk sangatlah tu sebab kita bukan bershopping kat luar pun. Kita akan duduk je bershopping dalam shopping mall. AKAN TATAPIIII, yang menjadi masalahnya ialah shopping mall tu tak bukak lagi. Motip sangat bukak lambat. Kalau kat KL, pukul 10 pagi dah berdedai-dedai orang kat Midvalley, KLCC tu kan. Kat sana, kalau Isnin-Jumaat bukak pukul 10pagi-8 malam. Kalau Sabtu dan Ahad, bukak pukul 12 tengahari – 8 malam. Boleh? Macam tanak meniaga je. Ke kalau weekend tu, lebih kepada aktiviti kekeluargaan untuk dorang? So, duduk umah je main dengan anak-anak. Ni teori kedua saya..Hihi..

Rakyat Malaysia yang bersedia untuk buat rusuhan sebab shopping mall tak bukak lagi. Dua jam nak kena tunggu!!

So, sementara tunggu kedai-kedai tu bukak, mehla kita berjalan-jalan, window shopping dulu. Survey kedai mana yang patut masuk.

Ni amik gamba luar kedai je. Bila kedai ni bukak, tak masuk pun. Haha..

Tengok pintu dia. Berantai bermangga lagi

Vangga sebab Butik Jimmy Choo ada kat sana

Kill the time. Jenjalan sambil amik gamba kat Information Kiosk dia

Canteklah baju-baju ni. Nanti nak tempah baju tiru fesyen ni la..

Information Counter Westfield

Masa saya amik gamba kat sini, ada Mat Saleh tu tengok je. Agaknya dalam hati dia, kesian budak ni jakun. Macam tulah kita tengok Mat Bangla amik gamba kat KLCC kan..

Mini cafe dalam Westfield

Vavi salai bahagian peha. Nyam nyam! Choyyyy!!!

Cantik pintu kedai Timberland ni. Kretip sangat!

Yang ni pulak kedai pakaian. Pun kretip sebab dorang susun banyak gila mesin jahit sebagai hiasan kedai

Ya, All Saints nama kedai ni. Tengok tu, banyak betul mesin jahit

Gamba ni khas untuk kawan saya yang nama anak dia seakan-akan nama kedai ni..

Hai Malaeka.. Cik Ujie amik gamba ni khas untuk Malaeka okeh.. Mak si Malaeka, sila jangan sibuk! Haha

Cermin yang unik

Bersama mak dara-mak dara

So, tepat pukul 12 tengahari, akhirnya semua kedai dan butik dalam Westfield tu dibuka. Tempat pertama yang saya tuju ialah Mark & Spencer. Saya borong sabun mandian dan lotion yang murah-murah semuanya. Tapi takde gamba sebab takut kena marah dengan Pakgad. Selepas Mark & Spencer, saya memang dah target nak pegi kedai minyak wangi yang saya dah survey masa kedai tu belum bukak lagi.

Tengokla lautan perfume yang bermacam-macam jenis

Dan lagi. Saya amik gamba ni sorok-sorok takut kena marah

Gilaaaaaaa…..tengok perfume nih..

Special offer. Boleh tak nak pegi London lagi? Nak borong perfume banyak-banyak

Hasil tangkapan saya kat kedai ni ialah..

Elizabeth Arden pelbagai aroma – 4 kotak (5th Avenue, After 5, Green Tea dan Splendour). Calvin Klien miniature – sekotak (ada 5 jenis dalam dia). Str8 – 2 kotak. Yang mandian ngan lotion tu beli kat Mark & Spencer, 10 kotak semuanya. Fuhhh!! Total harga perfume dan mandian yang saya beli ni, dalam RM450 je kot.

Harga Elizabeth Arden 5th Avenue dan After 5 untuk 125ml (botol paling besar) yang saya beli tu, baru £19.90 atau bersamaan dengan RM100. Bagi yang biasa beli perfume Elizabeth Arden ni, kat KL harga sebotol pun dah RM300+ wehh…Tak ke heaven???

Kami dibenarkan bershopping di Westfield sehingga jam 2 petang. Selepas selesai bershopping di Westfield, kami dibawa ke satu lagi syurga membeli belah iaitu di Oxford Street. Kami diturunkan betul-betul di hadapan pengedar kereta mewah. Sempat amik gamba dari luar je la..

Apeke nama keta ni pun akak tatau..

Harga keta kat belakang saya ni, tak silap mencecah £1 juta. Cer kali 5. Tak ke RM5 juta???

Objek wajib yang patut kita bergambar bila sampai London. Tapi dalam pondok talipon ni, hancingnya bau, Nauzubillah. Agaknya sambil bertalipon ko kencing ke hape??

Ketapi bawah tanah yang popular di London iaitu Underground. Kalau di Paris, ketapi dorang nama dia Metro kan? Kita kat KL, Putra LRT la, Star la, Monorail la..Gitu..

Satu lagi objek wajib – Post box

Di Oxford Street, kami dibenarkan bershopping sehingga pukul 5 petang. Saya dan kawan-kawan yang lain, terus menuju kat tempat orang berpusu-pusu masuk. Yelah, nampak orang menggila bershopping, mestilah murah kan? Nama shopping mall tu ialah Primark yang merupakan subsidiary Mark & Spencer. Ya Allah, macam orang gila saya kaut baju-baju kat situ. Tak gila kalau tengok baju sehelai baru £2-3 je? Toloooonnggg..Nak pegi lagi…

Ni pulak hasil tangkapan dari Primark..

Baju yang bermacam-macam jenis dan warna. Boleh bukak bundle kat KL. Haha

Sepanjang Oxford Street tu memang banyak gila gedung membeli-belah yang boleh dijadikan pilihan. Sediakan jelah duit. Mesti penuh beg kat tangan.

So, selepas membeli-belah di Oxford Street, kami dijadualkan makan malam di rumah CEO Prudential BSN Takaful, iaitu Mr. Azim Mithani. Dia memang tinggal di London. Sejak dia dilantik sebagai CEO PruBSN Takaful dan dipindahkan ke KL pada tahun 2009, rumah dia kat London tu, mak dan ayah dia jelah yang duduk.

Sampai-sampai je kat rumah dia, semua dah menggelupur kelaparan. Makanan-makanan ni semua dimasak oleh Chef Melayu yang tinggal kat sana. Meh tengok lauk pauk, kuih muih yang ada.

Meriah..

Cucur udang dan popiah

Karipap. Kuih kuning kat atas tu tak sure kuih ape

Piranha menyerang. Haha

Sabar..sabar..semua dapat…

Duduk makan ramai-ramai

Dua orang suami isteri kat hujung tu la mak ayah Mr. Azim

Our beloved Chief Executive Officer (CEO)- Mr. Azim dan Chief Agency Officer (CAO) – Encik Wan Zamzuri serta mak ayah Mr. Azim

Dengan Mr. Azim

Kawasan kejiranan kat rumah Mr. Azim

Sunyi je.. Padahal baru pukul 8 malam kot

Kedai kopi kat kawasan rumah tu. Kedai kopi pun lawa. Cemana tu?

Ni ntah rumah sape ntah. Cantekkan?

Selepas makan malam, kami akhirnya baliklah ke hotel. Tengah saya berehat-rehat kat bilik, adalah sorang brader ni call ajak keluar pegi Hard Rock Cafe ramai-ramai. Mula-mula saya malas. Tapi setelah dipujuk, dirayu dan dikeji (Ala Jie.. Kalau kau nak tido, kat KL pun boleh tido. Jomla keluar!), akhirnya saya pun akur. So, ikut jugaklah dorang keluar.

Suhu malam tu punyelah sejuk sampai menggigil. Nak duduk atas kerusi kat bus stop pun tak sanggup. Beku rasa punggung. Oh ya! Nak pegi Hard Rock tu, kami naik bas. Tambang bas £2.20. Punyelah seksa nak beli tiket bas. Dahlah mesin tu hanya terima duit cukup-cukup £2.20 je. Kalau tak, tiket tanak keluar. Puaslah pulak pinjam sana sini nak bagi cukup. Bengang betul rasanya. So, selepas berhempas pulas, akhirnya berjayalah kami.

Happy dapat naik bas

Lengang je. Perkhidmatan bas dorang 24 jam

Akhirnya sampailah kami ke HRC selepas berjalan kaki selama 10 minit sebab tersalah turun. Awal sangat kami turun padahal tak sampai lagi. Haha..

Ni la rupa brader yang memujuk rayu supaya saya ikut dorang

Bersama En. Muthu

Lepas lepak kejap kat HRC, kitorang pakat nak balik. Satu hal pulak sebab duit syiling dah tak cukup nak beli tiket. Ahhh sudah..cemana nih. Dorang cadangkan naik Underground je. So, kami pun melilaulah cari stesen Underground yang terdekat. Mana-mana yang cukup duit syiling tu, dorang beli je tiket dan naik bas. Kitorang yang tak cukup duit ni kenalah berjalan kaki ke stesen Underground.

Dinding terowong menuju ke stesen

Lagi..

Dan lagi…

Sampai je kat stesen, kitorang pun nak belilah tiket kan.. Harga tiket ialah £6.60 iaitu lebih kurang RM30. Tapi nasib baiklah tukang jaga tiket tu baik. Dia bagitau, rugi kalau kami beli tiket dan naik Underground. Memanglah tiket tu boleh guna sepanjang hari dan kemana-mana je stesen yang kami nak pegi. Tapi masa tu dah pukul 11 malam. Tak guna pun kalau kitorang beli. Membazir dan mahal je sebab kitorang nak guna sekali dan sehala je. Dia cadangkan kami naik teksi sebab jarak ke hotel pun tak jauh sangat. So, berdedai-dedailah kami naik ke atas balik. Melilau carik teksi pulak.

Semua dah tersampuk amik gamba naik kaki. Keji tau!

Gamba bangunan yang sempat diamik masa berjalan kaki mencari teksi

Button untuk pejalan kaki kat lampu isyarat

Apentah nama tugu ni

Mereka-mereka yang cukup syiling untuk naik bas

Mesin beli tiket bas

Boring tunggu teksi, kita amik gambo dulu

Akhirnya, teksi pun sampai. Saya naik bertiga. Teksi di London ni luas. Ada 5 tempat duduk penumpang yang menghadap sesama sendiri. Ruang antara pemandu dan penumpang diasingkan dah dipisahkan dengan cermin lutsinar. Tempat duduk sebelah pemandu memang tak ada. Ni salah satu ciri-ciri keselamatan teksi kat sana.

Encik Hisam dan Ima, rakan seperjuangan dalam teksi. Dorang duduk di bahagian 3 tempat duduk

Saya dok sorang membelakangkan pemandu di dua tempat duduk

Tambang teksi kitorang ialah £8. Tu pun En. Hisam yang bayarkan. Cepat sampai dan tak payah nak berjalan jauh-jauh. Bagus! Kitorang sampai ke hotel hampir pukul 12 malam. Sampai je kat hotel, lepak dulu kat lobby borak-borak. Pastu baru naik bilik dah tido…

Ada macam orang Eskimo tak?

Nantikan sambungan berikutnya di episod akan datang..