Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hohohoiiii!! Terlupa pulak ada blog. Wakkakaa.. Nape akak bizi eh? Ohh ya!! Sebab bulan ni PruBSN buat contest iPad Mini. Sape achieve target boleh dapat iPad Mini. Tu yang macam bizi sikit bulan ni. By the way, mehla akak summarizekan apa yang terjadi dalam hidup akak sepanjang bulan ni. Gituhhh… Lets!

Hari Raya Aidiladaha

Macam biasa, solat dulu kat Masjid Sungai Choh. Nampak 5 ekor lembu yang bakal dikorbankan. Cian. Kurus-kurus je..

20131028-080858.jpg

Pastu balik Kuala Selangor. Orang kampung tengah melapah daging korban. Akak tolong snap sana sini je. Hehe..

20131028-081121.jpg

Cuti dua hari je, so hari raya kedua, dah balik KL semula. Jadilah..

Melawat CoolBlog

Tau tak apebenda CoolBlog tu? Bukan Blog yang sejuk ye. Hehe. CoolBlog ni kedai yang jual minuman. Macam Chatime tu jugak. Tapi harga minuman kat CoolBlog lagi murah dari kat Chatime tu..

Aikk!!?? Pegi CoolBlog pun nak jadikan cerita ke? Opkosss okeh! Sebab CoolBlog ni dibukak oleh member akak, Jinggo. Ingat senang ke nak bukak franchise ni? Dahla modal nak start franchise ni almost RM100k. Kena pegi training dan macam-macam lagi.. So, memang salutela!!

20131028-081658.jpg

cb2

cb1

 

So, kalau korang ada kat area Bandar Sri Damansara, bolehlah pegi lepak-lepak minum kat sini ye. Terletak kat area McD dan Petronas.

Karnival Kerjaya Agro @ PWTC

Sabtu baru-baru ni, PruBSN ada sewa booth untuk recruit agent baru kat Karnival Kerjaya Agro yang diadakan kat PWTC khas untuk budak-budak institut pertanian yang konvo kat PWTC hari tu. Bagus jugak sebenarnya ada karnival kerjaya ni, sebab budak-budak yang grad dalam bidang pertanian tu boleh terus cari peluang pekerjaan memandangkan booth yang ada adalah booth yang berkaitan dengan agro dan makanan.

Yang akak tak berapa nak paham, kenapa tetiba ada terselit booth PruBSN pulak dalam banyak-banyak booth pertanian dan makanan tu? Hahha.. Ramai jugak student-student yang baru lepas konvo tu singgah kat booth kami. Bila dah dibuat “short interview” dengan dorang, barulah akak nampak logiknya PruBSN menyelitkan diri kat Karnival Kerjaya Agro ni..

Nak tau sebab apa? Ada budak-budak yang akak tanya, memang minat ke amik course pertanian ni? Ada yang jawab ye, ada jugak yang jawab tak. Tapi disebabkan dah takde course lain, amiklah jugak course pertanian. So, bila kitorang share peluang jadi konsultan takaful ni, ramai yang berminat. Terus nak register dan amik exam. Bravo!

20131028-083120.jpg

20131028-083215.jpg

Ni akak tengah explain kat budak-budak tu.. Siriyuss tak? Haha

20131028-083550.jpg

So, tu jelah cerita akak sepanjang bulan Oktober ni. Tragedi-tragedi Oktober macam pegawai Ambank ditembak mati, remaja yang disumbat dalam beg dan orang awam yang kena tikam kat LRT tu, takyahlah kita nak cerita, kan? Tu semua cerita-cerita sedih je.

Ok, sehingga bertemu lagi di dalam rangkuman cerita yang lain. Daaa..

Meroyan katanya… Haaa.. Akak dengan kawan-kawan PruBSN meroyan kat Aeon BIG! subuh-subuh Sepi’ei Sabtu lepas. Haha, bukan meroyan apa. Meroyan bershopping sakan macam tahun-tahun lepas la jugak..

Kalau tak kerana member akak tanye “Ko dah pegi soping sakan ke belum?“, mungkin entry ni akan dipublish selepas satu purnama daripada acara Shopping Sakan tersebut. Kih kih!!

Tahun ni, acara Shopping Sakan yang dianjurkan oleh PruBSN Takaful berlangsung di Aeon BIG! (Carrefour lama) Seksyen 23 Shah Alam. Kalau macam tiga tahun berturut-turut sebelum ni, Shopping Sakan diadakan di Giant Kinrara. Tahun ni berubah angin pulak. Best jugak sekali-sekala buat kat tempat lain..

Akak dan PP bergerak dari rumah dalam pukul 11.30 malam sebab registration dijadualkan pada jam 12.30 malam. Oh ya! Tahniah PP! First time qualifier katanya tahun ni!! Bagus.. Bagus…

Seb baik Kotadem tak jauh nak ke Shah Alam. So, pukul 12 tengah malam kami dah sampai. Nampak kawan-kawan lain pun dah ada. Masa ni, Aeon BIG! ni dah ditutup untuk orang awam untuk memberi laluan kepada agent-agent PruBSN meng’conquer’. Hiks!

20130720-172848.jpg

Bila masuk dalam, tengok petugas-petugas tengah setup meja pendaftaran. So, apa lagi, mehla kita bergambo..

20130720-172957.jpg

20130720-173023.jpg

Tak lama tu, kitorang diminta beratur untuk register dah amik T-Shirt. Muka masing-masing masa ni eksaited tak hengat!

20130720-173136.jpg

Dah amik baju, sambung lagi bergambo sebab acara start jam 2 pagi!! Gilo!!!

20130720-173318.jpg

20130720-173349.jpg

Alhamdulillah, akak qualify untuk kali ke-4 dalam acara Shopping Sakan ni tapi kali ni berjaya untuk 30 saat je. PP dan Mumtaj qualify untuk kali pertama. Seronok tengok dorang excited!

20130720-173614.jpg

Sebelum start, macam biasa, ada ucapan alu-aluan dari CEO kami Mr. Azim Mithani. Pastu ada penerangan tentang rules & regulation barang-barang yang boleh dikaut. Barang mana yang tak boleh amik.

20130720-173857.jpg

20130720-173907.jpg

Selepas penerangan, batch pertama diminta beratur untuk memulakan larian. Setiap batch seramai 10 orang agent akan dilepaskan di 10 lorong berbeza. Nasiblah, ada yang dapat lorong minyak, lorong air tin, lorong coklat dan lorong-lorong lain. Bila dah dilepaskan tu, haa, pandai-pandailah kalau nak menyusup masuk ke lorong lain.. Setiap lorong jugak dijaga oleh marshal yang bertugas. Yelah, kang dah bunyi wisel penamat, ada pulak lagi yang gatal mengaut barang-barang, acanerr??

Giliran akak jatuh pada batch ke-17!! Batch hujung-hujung. Haha padan muka tanak buat sales betul-betul. So, merasalah bila sampai time haku, rak dah banyak kosong!! Cis!! Haha… Ada jugak agent yang qualify dengan masa yang paling banyak iaitu 26 minit! Tapi ko gila nak tunggu dia shopping selama tu??!! So, PruBSN bagi maksimum masa 7 minit setengah je untuk dia meroyan. Balance masa, setiap minit PruBSN akan bayar dia sebanyak RM150. Banyak tu hoii..

Ready untuk meroyan..

20130720-174443.jpg

20130720-174501.jpg

Timer.. Tak payah nak pakai jam randik sangat! Pakai timer kat iPhone sudeyyy.. Huhu

20130720-174516.jpg

Akhirnya sampailah giliran akak.. Walaupun dah tolak troli untuk kali ke-empat, tetap jugak berdebar-debar okeh. Takut accident dengan troli lain ke, takut tersadung ke. Huhu

Selepas berhempas-pulas menolak troli dan mencapai barang-barang yang sempat diamik, akhirnya semboyan menandakan tamatnya waktu untuk peserta-peserta yang sama batch dengan akak dibunyikan. Masa tu akak tengah terhoyong-hayang menjadi Hulk Hogan mengangkat dua kampit beras 10kg!! Sebelah kepit kat ketiak kiri. Sebelah lagi pegang kat tangan kanan. Kalaulah ada orang amik video muka akak masa tu, mesti haku malu 7 keturunan. Heehee.. Nasib naik jugak marshal yang jaga kat area beras tu bagi jugak akak masukkan beras tu dalam troli akak walaupun wisel penamat dah berbunyi. Kalau tak, mau akak hempas beras tu kat kaki dia!!

So, bila dah selesai tu, beraturlah pulak kat kaunter untuk dikira. Akhirnya, dengan masa 30 saat, jumlah yang sempat akak samun dari Aeon BIG! ialah…

20130723-000806.jpg

Ya.. RM193.70! Jadilah kan, sape nak bagi? Hehe. Barang-barang yang akak dapat amik ialah :-

• 2 kampit beras Jati 10kg
• 2 botol minyak 5kg
• 2 botol 100 Plus 1.5l
• 2 pek setengah dozen air tin 100 Plus (moteeep banyak sangat air 100 Plus ni kan? Mak akak suka uols. Tu yang akak amik banyak tu..)
• 2 bungkus Milo 1kg dan 500g
• 2 bungkus cokelat Hershey’s
• 2 pek Ribena (satu pek ada 2 botol 1.5l)

Haa. Tu jelah rasanya. Not bad huh? So, kalau yang dapat 1 minit, 2 minit, 7 minit tu, jangan ceritalah. Lagi bertroli-troli. Lagi beribu-riban harga barangnya. Hehe, walau apa pun, Alhamdulillah sangat dengan apa yang akak dapat tu. Semua barang-barang yang akak nak. Takdelah yang macam Shopping Sakan tahun lepas, nak kaut benda lain, terhangkut pulak bihun kampit, saiz bihun makcik kantin yang besar tu. Kelam kabut punya pasal! Hiks!!

Sebelum balik, jomlah amik gamba dengan barang-barang masing-masing..

20130723-001802.jpg

20130723-001820.jpg

Troli akak..

20130723-001857.jpg

20130723-001932.jpg

20130723-001947.jpg

20130723-002004.jpg

Lepas tu apa lagi, mohle balik. Sampai Kotadem dalam pukul 4 pagi. Terus bersahur kat KFC 24 jam. Balik rumah, tunggu waktu Subuh, pastu membuta ria sampai pukul 2 petang. Kah kah..

Ok, ni je cerita akak pasal Shopping Sakan tahun ni.. Daaa…