Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ya, macam tahun lepas, tahun ni sekali lagi Giant Kinrara telah dirompak dengan rakus oleh ejen-ejen PruBSN Takaful. Korang ni nak jadi hape haa? Tak insap-insap? Dah lah bulan Ramadhan yang mulia pulak tu. Isk isk isk..

Poyo je kan pembuka bicara akak. Ala, korang mest dah tau. Shopping sakan tolak troli punye cerita la ni. Alhamdulillah, akak telah qualify sekali lagi untuk bershopping sakan ape saja di Giant Kinrara dan akan dibiayai sepenuhnya oleh PruBSN. Tahun ni seramai 160 orang ejen yang layak. Setiap daripada kami boleh kaut apa saja mengikut masa yang ditentukan mengikut kelayakan masing-masing. Ejen yang medapat masa yang paling lama untuk bershopping adalah selama 5 minit dan masa paling sikit ialah 30 saat. Alhamdulillah, akak layak untuk 2 minit.

Tidak seperti tahun-tahun lepas yang mana acara tolak troli akan diadakan selepas bersahur dan biasanya berlangsung jam 6.30 pagi – 8 pagi (sebelum Giant dibuka untuk pengunjung lain) tapi pada tahun ni pihak pengurusan PruBSN telah menukar waktu acara. Pada Jumaat malam lepas (27 Julai), kami dikehendaki berkumpul di Giant pada jam 11 malam untuk urusan pendaftaran dan pengambilan T-shirt. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh CEO PruBSN, Mr. Azim dan akhirnya acara dimulakan pada jam 12.30 malam (Sabtu 28 Julai). Kan? Korang sedap-sedap tido, kitorang seronot-seronot pulak merompak. Hiks!

Jom tengok gambo sebelum rompakan berlaku…

My leader Pejal & wife

Meriah dengan anak dan pasangan yang datang memberi sokongan!

Tag tangan akak, Pejal & wifenya

Am sedang menerangkan syarat-syarat rompakan

Abang Matno yang qualify untuk 4 minit

Hoiii!! Dengar sini!!

Am pun pening..

Kami diminta beratur mengikut batch. Kami dipecahkan kepada 14 batch didahului dengan batch yang mendapat masa paling lama untuk tolak troli.. Semua beratur ikut nama yang dipanggil. Dah beratur, start berarak dari cafe ke tingkat atas.

Booth pon dah tutup semua

Beratur! Beratur!

Bersama Kak Corinna – layak 2 minit juga

Yes! Saya boleh!

Tetiba ada entiti kat belakang.. Dengki betol!

Syarat-syarat lagi..

Wan & The Gang

Mr. Azim di screen

Ha, ni la rupa CEO iols.. Bukan anak Mami okeh.. Nuuu.., London mari..

Berdebar tunggu giliran

Selepas batch pertama selesai tolak troli sambil kaut apa saja, tibalah giliran saya batch kedua. Memang berdebar-debar nak mulakan walaupun ni dah kali ketiga saya layak. Terbayang kot tergelincir ke, troli tak bergerak ke. Macam-macamlah..

Akhirnya selepas berhempas pulas mengaut baran-barangg di rak Giant, wisel dibunyikan tanda waktu 2 minit dah tamat. Humang aiiii, walaupun dua minit, dia punye semput tu macam baru berlari 2km! Mengah! Kalo korang pernah tengok kat TV acara yang lebih kurang serupa macam ni, memang nampak macam senang je. Dalam hati mesti kata, “Cepat makcik!! Amik barang tu“. Tak pun, “Bang, pegi lorong ni woiii!“. Kan? Pada hakikatnya, sape-sape yang berada dalam lorong tu je yang tau hazabnya. Dengan nak tolak trolinya, dengan nak kaut barang lagi. Memang sangat-sangat mendebarkanlah kiranya. Huhu..

Kak Corinna dengan hasil rompakan yang penuh satu troli

Ni hasil rompakan akak

Amacam??

Ni barangan larangan – hamper tak dibenarkan amik

Abang Matno yang tengah beratur tunggu barang-barang rompakan beliau selesai dipunch

Ni jumlah harga barang-barang akak. Tapi ni baru setengah troli

Amekkaww! Ni total harga barang yang PruBSN TERPAKSA bayar untuk akak.. RM577.75! Huhu… Alhamdulillah. Shopping sendiri pon tak pernah cecah sebanyak ini. Hiks!

Abang Matno yang dapat kaut dua troli dalam masa 4 minit. Total harga barang RM1,440! Jeles ai..

Azm dengan barang-barangnya

Sementara tunggu waktu sahur dan batch-batch lain tolak troli, akak hantar dulu barang-barang akak kat kereta. Nak tengok hape ropa kereta akak? Nah!!

Sendat

Lepas dah hantar barang, akak naik semula untuk bagi sokongan kat kawan-kawan yang masih belum selesai..

Syamir yang layak untuk kali pertama. Congrats bro!

Backdrop

Kawan-kawan yang masih menunggu giliran

Staff PruBSN yang tengah menyediakan troli

Mr. Azim yang pening memikirkan bape ghatus ghebu nak kena bayar kepada Giant. Last year tak silap RM120,000! *Pengsan

Rak-rak yang dah kosong dikerjakan dek penyamun-penyamun. Huhu

Ada sekali tu, batch mane entah yang tolak troli. Agaknya punye excited ke hape, sampai terlanggar para untuk letak beras. Habis 5 kampit beras jatuh, koyak dan berterabur. Ikut syarat pertandingan, perserta tu kena bayar sendiri. Serupa gak kalo masa tengah kaut tu botol kicap terhempas pecah ke, memang kena bayar sendiri.. So, walaupun kena pantas, tapi kena jugak berhati-hati supaya tak pasal-pasal rugi..


Satu lagi tips, walaupun ko bajet model ke ape, sentiasa nak pakai high heels, masa tolak troli ni tak payah lah nak model sangat. Kasut kena flat. Kalau boleh pakai sport shoes pun oke.. Tengok kasut akak nih..

Haa.. Camni.. Untuk larian lebih pantas dan jitu


Bercakap pasal kasut yang tak sesuai, akak persan ada dua peserta ni. Sorang lelaki, sorang perempuan. Yang lelaki tu pakai capal. Memang flat, tapi licin. Masa dia berlari tu, nyaris-nyaris nak tergelincir. Kalau jatuh, kan dah rugi masa. Yang pompan plak akak nampak pakai kasut bertumit macam sandal. Dia layak 5 minit tapi mungkin pergerakan terbatas, dia dapat satu troli je kot. Sayang kan?

Sampai giliran batch 13, leader akak si Pejal dan barang-barangnya

Lepas kitorang setel, tetiba Encik Wan Zam mengumumkan pihak PruBSN berbesar hati untuk bagi peluang kepada staff PruBSN yang bertungkus lumus menjayakan acara tu untuk tolak troli juga. Tapi seminit je okeh.. Banyak cantek nak lebih-lebih pulak.. Haha.. Time ni kitorang pulak jerit-jerit kat diorang. Punyelah excited dorang bershopping sakan..Hiks!

Akhirnya lebih kurang jam 2.30 pagi, berakhirlah acara. Kami diminta turun semula ke cafe untuk bersahur. Makanan iaitu nasi putih, ayam sambal dan kobes masak lemak telah siap disediakan oleh pihak PruBSN.

Lepas makan, akak pun balik rumah terus. Sampai Kotadem lebih kurang 3.30 pagi. Apa lagi, terus la tido..

Ohhh! Mesti ada yang tertanya-tanya barang apakah yang akak berjaya kaut, kan? Jeng jong jeng… Nah!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Dipersilakan masuk…..


Dah macam pasar mini

Hahh!!

Cokelat

Lagi sekali akak tayang cokelat

Sumi jelly pon akak kaut. Yang macam burger tu, dalam dia gula-gula

Santan pon ada. Belasahlahh

Air soya dan susu Dutch Lady kotak perisa kopi

Minyak bunga matahari

Kopi segera dan hohohoho Horlicks

Beras

Beskot-beskotan

Nampak tak bihun tu? Hahaha, cemana akak bleh teramik tah.. Oklah, bleh buat jamuan raya nanti..

Amacam? Puas hati? Alhamdulillah, banyak barang-barang yang akak dapat. Ada yang dah hantar ke rumah mak akak, ada yang dah bagi orang. Rezeki dikongsi bersama. Uols pun bolehlah datang raya umah akak nanti. Banyak stok cokelat dan air kotak tu. Hehe.. Daaa…