Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya percaya saudara pembaca biasa mendengar peribahasa “Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga” bermaksud kerja yang dibuat sambil lewa. Atau saudara membacanya sebagai “Kerja bagai melepaskan BATUK di tangga”? Yang mana satu betul? BATOK atau BATUK? Kalau jawapan anda BATOK, ya, anda memang seorang yang bijak.

Peribahasa yang betul di sini ialah “Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga”. Dahulu, sejak kecil, semasa masih bersekolah rendah sehinggalah 2 tahun lepas, saya fikir peribahasa yang betul ialah “Kerja bagai melepaskan BATUK di tangga” walaupun saya tertanya-tanya dan tidak nampak kaitan antara batuk di tangga dengan maksud peribahasa itu sendiri iaitu membuat kerja sambil lewa. Tidak ada kaitan kan? Tapi, oleh kerana peribahasa itu yang kita belajar di sekolah dan cikgu saya pun tidak menerangkannya dengan lebih lanjut, jadi persoalan saya tergantung begitu sahaja. Sehinggalah saya terbaca suatu artikel yang menerangkan tentang peribahasa tersebut.

Istilah BATOK sekiranya dikaji, banyak digunakan oleh masyarakat Jawa. BATOK yang dimaksudkan sebenarnya adalah tempurung kelapa yang digunakan sebagai penceduk air yang diletakkan bersama-sama tempayan di tepi tangga. Orang dulu-dulu berkaki ayam sahaja. Mana ada pakai kasut atau selipar kan? Sekiranya mereka mahu naik ke rumah, mereka akan membasuh kaki terlebih dahulu. Mereka akan ceduk air dari tempayan menggunakan BATOK. Ada juga yang akan mencampakkan BATOK tersebut merata-rata selepas digunakan sehingga menyusahkan orang lain.Seolah-olah mereka membuat membuat kerja sambil lewa, kerja tak siap kata orang.

Taraaaa…..Maka terhasillah peribahasa Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga.

Simpulan bahasa “SAWO MATANG” pula biasa kita gunakan untuk mereka yang berkulit agak coklat atau gelap kan? Sawo dalam bahasa Jawa bermaksud CIKU (buah ciku) manakala MATANG pula bermaksud masak. Jadi, “SAWO MATANG” ialah “CIKU MASAK”. Bukankah ciku yang sudah masak berwarna kecoklat-coklatan? Jadi, mereka yang berkulit agak kecoklatan itu kita gelar berkulit sawo matang. Hiks! Sekian sahaja, pelajaran Bahasa Melayu kita hari ini ya adik-adik. πŸ˜‰

3 Comments

  1. ntah hape2.. anyway, appreciate gak la apa yg ko wat.. sekadar mengisi ruang kosong kat blog ko ni kan.. keskeskes!

  2. nuaryoung
    2:45 am on December 11th, 2007

    Yo… bagus tu … akupun slame ni ingatkan lepaskan ‘BATUK’, memang bagus dan meng’educate’ orang la cik Ujie bermate sepet nih… Seluar yengki da basuh ke…??? ngehhehehe

  3. Betul tu jei… Mmang BATOK = Tempurung.