Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

A tight week. Pheww!! Semalam, semasa saya dan rakan-rakan CIMB membuka booth di salah sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur, kami bertemu Dato Seri Rafidah Aziz. Seperti biasa, dengan fesyen baju kurung modennya yang berwarna hijau. She is a nice woman. Tak adalah menyombong bila kita ajak bergambar. πŸ˜‰ Dia melawat salah seorang menteri di hospital tersebut.

img401.jpg

Saya, Ina and Fidah..haha..cam kawan-kawan plak..

Alhamdulillah, dengan kerjaya baru sebagai CIMB Consultant, saya dapat jumpa ramai orang yang hebat-hebat. Selain berkongsi tentang pelaburan CIMB dengan mereka, banyak juga pengalaman mereka yang dikongsi dengan saya. Bagaimana jatuh bangun mereka dalam perniagaan. Ada yang jatuh miskin semasa ekonomi Malaysia sedang malap pada tahun 1998 dan bagaimana mereka menggunakan kegagalan tersebut untuk bangkit semula dan sekarang mempunyai aset berjuta-juta ringgit. Semua ini memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya.

Banyak benda yang nak saya ceritakan sebenarnya tetapi saya terpaksa tangguhkan dulu ya. Saya sambung kemudian, InsyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang mendatang, membawa seribu kejayaan dan kekayaan kepada kita semua. Azam tahun ni dah tercapai ke belum? Hehe..

2 Comments

  1. chiko
    2:03 am on December 13th, 2007

    oit!! ko setakat jumpa n amik gamba je ke? tak soh dia invest ke?

  2. wow… this woman… i likeee…. gud la korang nie… i jeles tau… kalo dah kaya, kawin cepat2…