Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Melangkah ke 1 Januari 2008, saya tergolek-golek saja di atas tilam sambil melayan internet. Tak kuasa nak bersesak-sesak menonton persembahan bunga api yang diadakan di The Curve, Damansara. Cuma saya masih dengar dentaman mercun dari rumah. Saya anti-sosial? Tidak..Cuma itulah, saya tidak suka suasana yang bersesak-sesak. Rimas!

Tahun 2008 ialah tahun lompat. Februari tahun ini akan mempunyai 29 hari. Kasihan ye, orang yang lahir pada 29 Februari. Menyambut hari lahir 4 tahun sekali. Hehe. Saya pernah terbaca dalam akhbar, terdapat satu kes kesilapan pendaftaran kelahiran yang mana seorang lelaki ini didaftarkan lahir pada 31 Jun. Lelaki ini lahir pada tahun 60-an atau 70-an kalau tidak silap saya. Tak masuk dek akal kerana Jun hanya mempunyai 30 hari sahaja. Main bantai saja pendaftar kelahiran itu. Menurut akhbar tersebut, lelaki itu menghadapi banyak masalah hanya dek kesilapan orang lain. Saya tidak tahu sama ada kes tersebut sudah ada penyelesaian atau belum.

Tahun ini saya akan berumur 30 tahun. Woww!! Angka 2 akan saya tinggalkan dan angka 3 pula melambai-lambai. Hiks! Melangkah ke angka 30, soalan yang sering ditanya – “Bila nak kawen?”, “Tak risau ke, kau dah tua, anak kau kecik-kecik lagi nanti?”, “Nanti ko susah nak beranak” dan macam-macam lagilah. Biasa saya akan menjawab – “Aku kawen besok, lepas Zohor, datanglah”. Huhu. Sejujurnya, saya tidak risau yang saya belum berkahwin cuma rimas dengan soalan-soalan seperti itu. Dalam Quran sendiri ada menyatakan, setiap makhluk yang Allah ciptakan, ada pasangannya. Lambat atau cepat, itu kerja Allah. Kita cuma berusaha, kan? Mungkin pasangan kita itu, Allah tidak pasangkan di dunia, tetapi mungkin pasangan kita di akhirat nanti.

Tahun baru ini juga saya tidak ada perancangan ke mana-mana. Cuma petang nanti, saya akan balik ke rumah Mak di Bukit Beruntung. Kebetulan pagi Rabu besok, saya ada appointment dengan seorang rakan di Perodua. Semasa saya masih belajar di Johor dulu, 1 Januari bukanlah cuti umum di Johor. Jadi, kami masih ke kuliah seperti biasa. Jadi, saya sudah biasa tidak mempunyai aktiviti di tahun baru.

Tahun baru, azam baru. Mungkin saya akan batalkan azam untuk berkereta baru pada tahun 2008 seperti entry saya sebelum ini kerana ada perancangan lain. Tengoklah. Saya hanya follow the flow sahaja. Cuma tahun ini, kena cari duit banyak-banyak. Memang, duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit sekarang.

Akhirul kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2008! Semoga tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, membawa 1000 kejayaan dunia dan akhirat untuk kita semua. Salam sayang daripada Ujie Mapia. πŸ˜‰

No Comments :(