Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Anda pernah dihimpit hantu ketika sedang tidur? Mungkin semua orang pernah mengalami situasi ini. Sekiranya kejadian ini berlaku, kita seperti kena tindih, tidak boleh menggerakkan seluruh badan walaupun dalam keadaan sedar dan mata separuh terbuka. Masa tu, mulalah nampak benda yang bukan-bukan. Makhluk hitam dan sebagainya. Geram betul kalau benda tu berlaku. Mulut mulalah terkumat-kamit baca Ayat Kursi tapi still tak boleh gerak juga. Lepas dah lebih kurang 5 minit, baru boleh bergerak. Seram sejuk jugalah.

Masa kat asrama dulu, saya selalu kena tindih/himpit hantu ni. Biasanya berlaku selepas balik daripada bercuti semester dan terlalu lama meninggalkan bilik dan katil. Masa mula-mula nak tidur tu, rasa sesak nafas, dengar bunyi mengilai lah, terasa ada benda cuit-cuit badan saya. Seram siot..

Tapi setelah saya terbaca artikel berkenaan fenomena ni, barulah saya tau kebenaran di sebalik fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis atau dalam Bahasa Melayunya ialah ‘lumpuh waktu tidur’ keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kita kena himpit hantulah, bunyi mengilai lah. Pernah juga terjadi kepada saya, macam hantu tu tepuk-tepuk punggung saya. Kurang asam betul!! Tapi bila dah baca artikel pasal sleep paralysis ni, hilang risau saya. Hiks!

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi berenang kat laut, panjat gunung dan lain-lain)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang dengan ahli mesyuarat tingkap)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Bukan hantu atau perogol bersiri. Cuma sleep paralysis saja. Anda juga boleh baca artikel mengenai sleep paralysis ini di sini.


Ibu saya, Saati@Sahati Sudin

Mak, adik sayaaaaaang sangat kat mak. Adik janji adik akan jadi anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mak dunia akhirat, InsyaAllah. Jasa mak membesarkan adik, lepas arwah abah meninggal, tak akan dapat adik balas walaupun kita hidup 1000 tahun lagi. Mak sanggup kerja kantin, kerja kilang, jadi cleaner untuk cari duit nak sekolahkan adik sampai masuk U. Hmm…tatau nak balas jasa mak macamana.

Mak cerita, masa dalam perut, bidan kampung cakap, mak dan abah akan dapat anak lelaki sebab adik sangat lasak, tendang sana sini. Maklumlah, dulu-dulu tahun 1978 mana ada scanner yang boleh nampak dalam perut. Jadi, mak dan abah dah sediakan nama “Sazali”. Sekali keluar, perempuan daaa…terus jadi “Suzilah”. Hehe…

Mak cerita lagi, adik lahir dulu, suara adik paling kuat menangis masa kat hospital. Dah lah kena demam kuning (jaundice), bila kena jemur pagi-pagi, adik melalak. Satu hospital tau yang tu suara adik, anak mak. Mak cerita, adik hisap nenen sampai umur 2 tahun setengah. Lama betul. Kak Eton cakap adik macam anak kambing sebab asyik bergayut je kat nenen mak. Dia selalu dengki, tarik-tarik adik jangan bagi menenen. Huh!

Bila start masuk tadika, adik rajin masuk pertandingan melukis, pertandingan bercerita. Mak akan jahitkan costume adik. Cerita Pak Pandir dan Mak Andih, mak jahitkan baju kurung Kedah. Masa adik berlakon jadi lebah, mak jahitkan baju belang-belang hitam kuning untuk adik. Mak memang pandai menjahit. Baju raya pun biasa mak yang jahitkan.

Masa adik kecik-kecik dulu adik nakal betul kan. Sampai mak pernah tampar muka adik sebab terpijak taik kucing. Puncanya, balik sekolah agama, adik tak nak salin baju dulu, terus je nak main dengan kawan-kawan. Bila terpijak taik kucing tu, apa lagi, mak hanginlah. Yelah, dia yang nak kena membasuh nanti. Dulu-dulu ye, adik marah kat mak sebab tampar adik. Adik menangis kat bilik air, bukak paip air besar-besar bagi jangan dengar adik menangis, pastu adik mengadu kat tempayan naga yang mak pukul adik, mak tak sayang adik. Tapi bila dah besar adik sedar, memang salah adik. Memang patut dapat “ubat” sebab degil!!

Walaupun adik anak bongsu, mak tak pernah manjakan adik berlebihan. Kalau salah, memang kena sebat. Pernah adik bergaduh dengan kawan. Walaupun adik tak salah, tapi bila anak orang lain mengadu-ngadu pasal adik kat mak, mak tak suka, so adik kena pukul. Mak tak suka kalau orang kata mak menangkan anak sendiri.

Kalau adik demam atau sakit, mak paling risau. Suruh adik makan ubat tu, telan ubat ni. Kalau adik kena gigit nyamuk, mak cepat-cepat bunuh nyamuk tu. Kadang-kadang adik sedar, tapi adik saja-saja buat tidur. Bila adik balik kampung, mak suruh adik urut kaki. Kadang-kadang adik malas jugak. Terukkan adik ni.


Mak yang selalu senyum dan nampak muda

Mak selalu senyum. Mak pun kelakar. Suka bagi kawan-kawan gelak. Sebab tu walaupun mak dah berumur 65, tapi kawan-kawan adik ramai tak percaya. Ramai yang teka umur mak awal 50an. Awet muda gitu..Harap-harap adik pon awet muda nanti. Hiks!

Adik sayang mak. Adik saaaaaayang sangat mak. Terima kasih sebab mendidik adik sampai jadi orang. Walaupun kita tak kaya harta, tapi Alhamdulillah, kita kaya kasih sayang.

Sempena hari lahir mak hari ni, 15 Mei, hari lahir yang ke 65, adik ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR KE-65 dan juga SELAMAT HARI IBU. Walaupun mak tak baca blog ni, tapi adik nak cakap juga. Adik dah call mak tadi untuk ucapkan hepi besday. Mak pun lupa besday mak sendiri. Adik doakan mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah kesempatan untuk aku berikan lebih banyak kebahagiaan kepada ibuku. Berilah aku kesempatan untuk aku menghantar ibuku menjadi tetamu di rumah mu, Makkah al-Mukarramah Ya Allah.