Kembali bersiaran. Maaflah, dah lama tak menulis. Kalau ingat entry saya yang lepas, sibuk carikkan programmer untuk ex-boss saya. Akhirnya, saya pulak yang dioffer untuk bekerja secara freelance bagi menyiapkan tender projek yang bakal dihantar pada 26 haribulan ni. Hmm, macam biasa, akan berkampung di ofis. Kembali ke zaman dulu-dulu, tido bawah meja, dalam surau, atas sofa. Nasib baik bujang lagi..huhu…
Itu baru satu cerita. Satu cerita lagi, saya nak tolong promot bisnes tuan rumah saya. Dia ada jual Indian Cotton, English Cotton dan Japanese Cotton. Cantik-cantik. Dan yang pasti, MURAH!!! Boleh ke blog beliau sendiri di http://wani-waniscollection.blogspot.com/ atau boleh tengok dulu kat bawah ni. Cara nak beli, sape nak dikontek, semua ada dalam blog dia. BELI TAU, JANGAN TAK BELI…
————————————————————————–
Indian Cotton
-
Diimport terus dari India
-
Fabrik sangat lembut
-
Terdapat dalam pelbagai jenis, ada yang tidak jarang dan ada yang agak jarang
-
Yang agak jarang, pemakaian inner sudah memadai terutamanya bagi yang bertudung
-
English cotton sangat sesuai untuk orang yang suka pada warna tanah dan bunga yang kecil-kecil
-
Sangat sweet je bila buat baju
-
Fabrik sangat lembut, susah berkedut, tak perlu gosok bila nak pakai, tahan lasak