Salam sejahtera rakan-rakan pembaca sekelian. Dah bersawang pun blog saya ni. Dalam sebulan ini memang jadual saya agak sibuk. Daripada melawat bapa saudara rakan yang dimasukkan ke hospital kerana serangan sakit jantung (ramai pulak yang kena sakit jantung sekarang eh..), menghadiri kelas dan ‘intensive training’ sehinggalah menduduki exam. Fuh! Bulan yang penuh warna-warni.
Exam apa? Jangan tanye, kang saya promote kang. Haha..Takdelah, untuk melengkapkan diri sebagai seorang consultant, saya mendaftarkan diri dengan Prudential BSN Takaful pula. Ini adalah untuk menyediakan diri saya sekiranya client yang saya jumpa, inginkan produk takaful.
Di samping itu, bolehla saya ‘memaksa’ anak-anak saudara saya dan sepupu-sepupu saya untuk mendapatkan perlindungan takaful. Sorry ye kepada saudara-maraku kerana korang menjadi mangsa. Ahaks! Tapi saya tak pernah paksa dorang pun. Acah je cakap macam ni. Buat apa nak paksa kalau kita tak mampu nak commit. Betul tak?
Alang-alang bercakap pasal perlindungan takaful, tahukah saudara pembaca bahawa mengikut statistik, setiap daripada 10 orang rakyat Malaysia, hanya 3 orang berbangsa Melayu yang mempunyai perlindungan sama ada takaful/insurans. Yang lain, tentulah orang-orang yang berbangsa selain daripada Melayu. Mengapa agaknya?
Kebanyakan kita (saya dulu pun sama) berfikir bahawa insurans merupakan sesuatu yang haram kerana kita menggunakan insurans untuk menjamin nyawa kita.Dah tentu-tentulah salah, kan? Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita berserah, bukan sesuatu yang lain. Tujuan sebenar insurans bukanlah untuk MENJAMIN NYAWA seseorang, tetapi adalah untuk MENJAMIN PENDAPATAN sekiranya berlaku musibah seperti kematian atau kecacatan kekal agar orang yang kita tinggalkan tidak dibiarkan melarat dengan hutang piutang yang ditinggalkan si mati.
Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara takaful dan insurans. Saya akan terangkan di entry lain. Tapi saya nak highlight satu perkara tentang insurans ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila Polisi Insurans Luput
Asal ada masalah kewangan sedikit, insurans merupakan perkara pertama yang anda tamatkan, dengan alasan kononnya anda perlu mengurangkan belanja.
Bila nak pakai duit sedikit untuk keperluan jangka pendek, insuranslah jadi mangsa, tempat pertama yang anda cuba ‘korek’, untuk buat pengeluaran.
Bila tak dapat buat pengeluaran, mulalah anda mengeluh dan menuduh syarikat insurans menipu anda. Tak cukup dengan itu, anda maki penasihat insurans dengan tuduhan yang sama!
Lebih teruk lagi, kerana dipengaruhi perasaan kecewa, ditambah dengan masalah kewangan yang melanda, anda buat keputusan tergesa-gesa. Insurans yang ada, diabaikan begitu sahaja, seolah-olah ia tidak bermakna kepada keluarga.
Apa yang sepatutnya anda lakukan?
Untuk membuat perancangan kewangan yang sempurna, anda sepatutnya mempelbagaikan akaun simpanan sedia ada kerana setiap jenis simpanan mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza.
Simpan sedikit di akaun bank atau amanah saham, untuk keperluan jangka pendek, yang boleh dibuat pengeluaran bila-bila masa.
Dan simpan sedikit ke dalam insurans supaya anda dapat melindungi sumber kewangan anda daripada ditimpa bencana yang boleh menyebabkan keluarga anda hidup sengsara.
Insurans juga boleh dijadikan simpanan paksaan untuk keperluan jangkan panjang yang sepatutnya disimpan secara berterusan agar impian masa depan tercapai tanpa cacat cela.
Insurans itu umpama perisai atau alat keselamatan yang melindungi kehidupan dan kebajikan keluarga. Tanpa insurans yang secukupnya, kehidupan boleh menjadi porak peranda.
Persoalannya – mengapa bila anda dilanda masalah kewangan, insurans yang menjadi korban utama? Bila ada masalah kewangan sedikit, terus insurans tidak dibayarnya!
Sepatutnya, apabila ekonomi gawat, insuranslah yang anda perlu jaga pembayarannya kerana ia adalah perisai dan pelindung kebajikan keluarga. Bukannya perisai dicampak ke tepi bila ada masalah kewangan melanda.
Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting seperti merokok, makan berlebihan, telefon baru dan sebagainya supaya insurans dapat diteruskan seperti biasa.
Kesan apabila polisi luput
Apabila polisi insurans anda luput akibat tidak berbayar, bukan sahaja anda kehilangan jaminan perlindungan kewangan dari syarikat insurans, malahan anda sebenarnya memberi ‘HARAPAN PALSU’ kepada keluarga anda sendiri.
Jika mereka membuat tuntutan di kemudian hari, mereka akan berasa kecewa apabila mendapati tuntutan mereka ditolak kerana polisi insurans anda sudah luput akibat kegagalan anda membuat pembayaran berterusan.
Tetapi apa yang perlu anda sedari ialah kesan buruknya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya perkara yang lebih teruk lagi boleh berlaku ke atas keluarga anda seperti :-
1. Tidak ada duit makan minum
2. Tidak ada duit belanja sara hidup
3. Tidak dapat melangsaikan hutang pinjaman
4. Tidak ada duit belanja anak sekolah
5, Cita-cita anak untuk belajar di IPT hancur
6. Isteri terpaksa hidup meminta-minta belas kasihan orang lain
7. Orang lain mungkin ambil kesempatan ke atas kesengsaraan isteri dan anak-anak
8. Kasih sayang, kemesraan dan keimanan di dalam keluarga mulai hilang
Adakah ini yang anda mahukan?
Anda perlu tahu untuk menghidupkan semula polisi insurans yang sudah luput, kelulusan tidak diberikan serta-merta. Sebaliknya tahap kesihatan anda perlu dinilai semula melalui borang Pengisytiharan Kesihatan yang baru.
Jika anda pernah sakit atau kemalangan ketika polisi sudah luput anda perlu memberi rekod perubatan terbaru dan menjalani pemeriksaan kesihatan (jika diperlukan). Leceh bukan?
Jika ia dapat dihidupkan semula, klausa ‘Tempoh Tidak Boleh Pertikai’ juga akan bermula dari kosong semula. Bukankah ini menambah kerumitan?
Oleh itu, cubalah hargai polisi insurans anda! Jagalah pembayarannya agar kehidupan anda sekeluarga aman sentiasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So, sape-sape yang belum ada perlindungan takaful/insurans tu, tak reti-reti nak contact saya ke? Hehe..Untuk mendapatkan quotation Prudential BSN Takaful secara percuma sila email atau SMS saya dengan semua info berikut :
1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Pekerjaan
5. Status merokok atau tidak
6. Budget
7. Nombor Telefon
8. Email
Saya juga dah ringkaskan di antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful. Cekidaut!
Ilustrasi di atas berdasarkan LELAKI berumur 20 TAHUN dan TIDAK MEROKOK
Jangan berlengah lagi. Saya sedia berkhidmat untuk anda! 😉