Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sekarang sume benda naik harga. Minyak naik. Roti canai naik. Neskepe ais naik. Darah pun boleh naik kalo macam ni. Dan jangan terkejut kalau bil rawatan hospital pun akan naik bertingkek-tingkek lepas ni.

Kalau sekarang, kenaikan kos rawatan adalah 15% setiap tahun, tak mustahil satu hari nanti boleh naik 20-30% setahun. Hmm, takpelah kalo naik pun. Boleh pegi spital gomen. Apadehal? Memang boleh je, sebab semua pilihan kat tangan kita. Tapi kalau yang tanak tunggu giliran lama-lama kat spital gomen, akak ada penyelesaiannya!!

Salah satu solution yang akak nak share ialah Health Enrich Advanced iaitu Medical Card yang memberikan perlindungan perubatan RM 1 Juta dari Prudential BSN Takaful.

Apa dia Medical Card RM 1 Juta ni? Medical card ni direka khas untuk pelanggan-pelanggan yang mahukan pelan kad perubatan yang terbaik yang mana PruBSN memberi had limit tahunan sebanyak RM100,000 dah RM 1,000,000 seumur hidup. Wuiii!! 1 juta??!! Banyaknye!! Habis pakai ke 1 juta ni nanti? Hellowww!! Rawatan kanser selama 3 bulan je cecah RM100,000 okeh.

Hasben member akak pulak, masuk spital sebab masalah jantung, tak sampai sebulan duduk spital, bil dah cecah RM140,000 ye. Terpaksa guna 2 medical card dari 2 insurans company yang berbeza. Tak cukup jugak sebab had limit untuk setiap medical card tu RM60,000 je setahun. So baru RM120,000. Balance nak bayar bil tu terpaksa keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP yang sepatutnya boleh digunakan untuk membeli rumah. Apa nak buat, dah terpaksa.

So, kesimpulan dia, had limit setahun RM100,000 atau RM1,000,000 seumur hidup tu tak banyak sebenarnya.

So, berapa yang nak kena baya sebulan untuk dapatkan Medical Card RM1 Juta ni? Lets cekidaut..

20130924-215231.jpg

Cemana nak kira?

Senang je. Sebagai contoh :-

Ali berumur 30 tahun, bekerja sebagai seorang guru dan tidak merokok. Berapa sumbangan tahunan yang perlu dibayar oleh Ali untuk mendapatkan medical card RM1 Juta ni?

So, kita tengok kat table atas ni. Umur 30 tahun, sumbangan tahunan ialah RM1,753 atau bulanan (bahagi dengan 12) bersamaan lebih kurang RM147 je!! Murahnya wooii!! So, lebih awal kita amik, lebih murah yang kita bayar!

Ok, ape pulak benefit dalam medical card ni? Nah..

20130924-215324.jpg

So, apa tunggu lagi? Jom amik Medical Card RM1 Juta sekarang!

Sedia Untuk Berkhidmat,
Ujie Mapia,
019-388 9306

Alohaaa.. Dah separuh Syawal dah ni.. Masih ada yang beraya ke? Ofkosss la ada kan.. Akak pun sama. Hihi

Jumaat lepas, Prudential BSN Takaful buat open house. Kat Shangri-la Hotel, KL. Memula tu akak takdelah teruja sangat nak pegi. Maklumlah tengah diet kan. Ehem!! Tapi, ada yang menghasut akak dengan hasutan yang lebih kurang berbunyi “Ko rentikanlah dulu diet ko. Makanan kat Shang KL sedap gila!“. Terus akak termakan dengan hasutan beliau lalu akak menghodhirkan diri tetapi tetap makan secara berhemah (lah sangat!)

Akak pegi satu keta dengan kawan-kawan yang lain. Kami gerak dari ofis di Wangsa Maju dalam pukul 2 petang. Campur tolak jem sume, pukul 2.30 petang sampailah ke Shangri-la tu. Oleh kerana malas nak pusing-pusing carik parking, kami telah memoyokan diri menggunakan khidmat valet parking. Sekali park 20 hengget! Kongsi-kongsi, baru 5 hengget sorang. Okla tu. Feeling-feeling bawak Ferrari katanya. Hiks!

Sampai-sampai je kena register dulu. Masa register, dapatlah souvenir ni…

20130822-233602.jpg

Lepas register terus pose-pose kat pentas kecik dan backdrop PruBSN..

20130822-234131.jpg

20130822-235948.jpg

20130822-234252.jpg

20130822-234315.jpg

20130822-234336.jpg

20130822-234356.jpg

Dah puas bergamba, barulah reti nak masuk dalam. Masuk je dalam ballroom tu, teruslah angkat pinggan cedok makanan. Food spread memang banyak sangat. Macam biasalah. Nasik beriyani, ayam, rendang, lemang, ketupat, soto, sate haii macam-macamlah lagi. Akak nak amik gamba makanan tu macam malu pulak. Kang orang kata mental! Heehee..

Akak amik sate 3 cucuk, kuah kacang, ketupat palas, serunding dengan rendang ayam kot. Isi dalam satu pinggan. Pastu amik ABC. Tu jelah yang akak makan. Takde ulang bangun ke ape. Sekali tu je. Berhemah tak pemakanan akak? Diet kan? Hiks!

Kat dalam tu, sambung lagi pose-pose..

20130822-234719.jpg

20130822-234733.jpg

20130822-234757.jpg

20130822-234822.jpg

20130822-234842.jpg

20130822-234857.jpg

Tak lama pun kat situ. Sejam lebih je kot. Lagipun memang nak keluar cepat-cepat dari KL sebab takut jem. Dahla hari Jumaat. Akak tetapi, sebelum balik, tetaplah lagi nak bergamba-gamba. Apa nak jadi pun tataulah. Haha!

20130822-235115.jpg

20130822-235136.jpg

20130822-235153.jpg

20130822-235208.jpg

Dah tak larat nak poyosing tu, haa terus mintak jockey bawakkan keta ke lobby. Terus fefeeling mak datin. Muahahha.. Kitorang sampai opis semula dalam pukul 5. Alhamdulillah! Kenyang..

Tu jelah citer open house PruBSN ni.. Daaa…