The Biggest Loser yang ditayangkan di Hallmark channel merupakan rancangan kegemaran saya sekarang. Kagum betul saya melihat para peserta yang gigih menurunkan berat badan mereka. Daripada badan sebesar 3 kali ganda orang biasa, mereka berupaya menurunkan berat badan kepada normal selepas menyertai rancangan tersebut. Selain badan menjadi vogue, dapat pulak USD250,000. Tak ke best??
Baru-baru ini, The Biggest Loser melancarkan The Biggest Loser Asia, khas untuk orang-orang Asia. Auditionnya diadakan pada 1 Ogos lepas di Fitness First, The Curve. Saya pun saja-saja mencadangkan kepada salah seorang rakan saya, Lenny supaya menyertai audition tersebut. Sebenarnya Lenny bukanlah besar sangat. Tapi disebabkan dia besar tinggi, jadi apa salahnya mencuba.
Pendaftaran bermula jam 10 pagi-4 petang. Kami sampai lebih kurang pukul 3 petang. Mak aii punye panjang beratur. Sementara Lenny beratur dan mengisi borang setebal 10 muka surat, saya pun bershopping-shopping di The Curve.
Peserta tengah beratur
Hanya pada pukul 7 petang, barulah nombor Lenny dipanggil. Masa tu saya dah berjalan-jalan di Cineleisure pulak. Tak guna punye kawan, kan? Support waktu mula-mula je. Bila dan tengok barisan beratur punyelah panjang, tak kuasa saya nak menunggu.
Sementara menunggu nombor dipanggil, sempat jugak bergambar nih!!
Peserta dari Malaysia – Lenny..Huhu
Rakan-rakan menyibuk
Illa dan Lenny..
Keputusan hanya akan diumumkan pada 1 September nanti. Saya tak pasti Lenny berjaya atau tidak sebab yang datang pada hari itu, punyelah ramai yang lagi besar daripada Lenny. Lagipun, penganjur hanya memilih 2 orang peserta sahaja dari Malaysia. Yang datang, beribu. Walau apa pun, YOU GO GIRL!!! Kalau ko masuk, dan menang USD100,000 tu, janganla buat tatau plak kat aku… π