Salam sayang kepada bucuk-bucuk sekalian. Cemana raya? Banyak habis? Ke banyak kompol duwet raya? Sape yang banyak abes, sila bersedia dengan Maggi satu katon. Huhu..
Mesti pembaca semua tahu apa makna “Menangguk di air yang keruh” kan? Ertinya, mengambil kesempatan atau cuba untuk mencari peluang tatkala di dalam keadaan genting mahupun sukar. Tapi kali ni, saya bukanlah nak cerita tentang sape-sape yang cuba menangguk di air yang keruh ke atas diri saya, tapi saya nak cerita kisah saya menangguk anak udang di Sungai Selangor yang keruh airnya. Huhu..
Seperti biasa tahun ni, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya dan emak wajib balik beraya ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Kami berada di Kuala Selangor hingga hari raya ke-4. Pada hari raya ke-4, sebelum balik semula ke Bukit Beruntung, saya saja mengikut sepupu saya, Kak Kiah (tokey sampan) dan suaminya menangguk anak udang untuk dibuat umpan memancing udang galah bagi kaki-kaki pancing yang akan datang menyewa sampannya.
Lebih kurang jam 12 tengahari (matahari tengah tegak di atas kepala), kami bertiga bergerak ke pelantar sungai yang tidak jauh dari rumah. Dengan topi nyonya, baju lengan panjang, ketupat dan rendang (untuk berkelah dalam sampan), besen dan tangguk besar, kami turun ke dalam sampan. Sebelum bergerak, saya minta anak buah saya (anak Kak Kiah) untuk ambil gambar kami. Pes taim okeh! Bukti! Bukti!
Peace!! (gaya tetap)
Menyusuri Sungai Selangor yang keruh, kadangkala timbul juga rasa seram sejuk kalau-kalau terserempak dengan “Sang Libas”. Tapi, InsyaAllah kalau niat kita ikhlas nak beberja, Allah akan memudahkan dan menyelamatkan perjalanan kita. Betul tak? Maklumlah, saya pernah melihat Sang Libas selebar meja makan dalam sungai itu pada tahun 2003 kalau tak silap. Agak kecoh keadaan pada waktu itu. Sampai masuk berita tentangnya dalam suratkhabar Cina.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Walaupun air sungai tersebut keruh, airnya masih dalam kategori Gred A. Saya percaya, ramai pembaca yang tahu bahawa sekiranya udang galah boleh hidup dalam sesebuah sungai, maknanya air sungai tersebut adalah bergred A dan boleh diminum begitu sahaja tanpa dimasak. Tapi yelah, dah keruh macam teh tarik, tak tergamak pulak kita nak minum kan? Tapi, bagi pendapat saya, sungai tersebut masih boleh ditingkatkan lagi kualitinya andai penduduk setempat tidak membuang sampah merata-rata ke dalam sungai. Sesekali apabila suami Kak Kiah membuat drift untuk mengelak batang kayu dan sampah sarap yang terapung di dalam sungai itu, kecut perut jugak saya. Menurut suami Kak Kiah, sampan berenjin sangkut itu boleh menandingi kelajuan sebuah motosikal. Laju kan?
Macam teh tarik kan? Tapi gred A okeh..
Pemandangan dari depan bot
Laju woo sampan nih…
Kak Kiah sedang menangguk di air keruh..menangguk anak udang…;)
Waweeee…banyaknye…(termasuk sampah sarap daun-daun)
Tugas saya membuang sampah sarap yang dikaut sekali dengan anak udang
Punyelah panas sampai mata, idong dan mulut saya ilang…
Ni baru sikit..sebenarnya 2 besen tau
Setelah sejam menangguk udang, kami pun berehat dan makan bekalan ketupat dan rendang yang dibawa. Pes taim makan dalam sampan. Jakun sikit..Hiks! Selesai makan, kami beralih ke port lain dan sambung lagi..Akhirnya dapat 2 besen anak udang..Lebih kurang pukul 3 petang, kami mula bergerak balik dan sampai ke kampung semula 45 minit kemudian.
Wajah seorang tokey sampan (selalu masuk Majalah Pancing, Joran tah ape lagi)
Barulah saya tau ke’hazaban’ Kak Kiah menjalankan kerja-kerja menangguk di air keruh ni. Bukan senang woo, tertonggeng-tonggeng. Jadi, sebungkus anak udang bernilai RM5 untuk dibuat umpan, janganlah dianggap mahal. Perlukan tenaga fizikal yang kuat..
IKLAN KEJAP…
OK, bagi kaki-kaki pancing, kalau berminat nak memancing di Sungai Selangor dan nak menyewa sampan, bolehlah menghubungi Kak Kiah (017-3867376). Anda pasti tidak akan kecewa!
So, ni lah saje kenangan beraya saya. Yang lain, sama macam tahun-tahun lepas. So, takyah ceritala kan..Cerita anda bagaimana?