Salam Ramadhan semua!
Minggu lepas, saya menonton Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly di TV1. Pada hari itu Sheila Rusly memasak Macaroni ala-Bilis. Teruja jugak saya nak tau ape rupanya. Laa, rupenya cekodok campur macaroni dan ikan bilis je. So, semalam saya pun cubalah jugak memasaknya.

Rebus makaroni sampai lembut

Goreng ikan bilis – excuse my kuali buruk. Hehe

Masukkan tepung gandum, macaroni yang dah direbus, ikan bilis yang dah digoreng dan cili api dalam periuk

Masukkan air dan gaul hingga sebati. Tambah garam secukup rasa

Goreng macam buat cekodok biasa

Goreng sampai kekuning-kuningan

Angkat dan hidangkan panas-panas
Sebenarnya tak cukup bahan ni. Kalau mengikut resipi Sheila Rusly, kena letak udang kering yang ditumbuk kasar, daun sup bagai. Oleh kerana bahan tak cukup, saya buat jugakla guna bahan yang ada. Not bad. Cubalah! π
Ruangan Tahukah Anda?
Apakah perbezaan di antara makaroni dan pasta?
Makaroni merupakan salah satu daripada bentuk pasta. Yang lain adalah seperti spaghetti, lasagna noodles, rigatoni, vermicelli, angel hair dan lain lain lagi.




9:11 pm on August 24th, 2010
kenal kak uji dr dulu sampai skrg memang suka mencuba sesuatu resepi yg baru…
9:19 pm on September 1st, 2010
yo la ko..hehe