Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sorila, cerita pasal hari raya yang dah basi. Tapi ni bukan sebarang cerita. Ni cerita pasal kad raya. Kad raya daripada seseorang yang istimewa..Saya mengirim kad raya kepada orang ini, setelah tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya. So, tunggu punya tunggu punya tunggu, selepas habis bulan raya, barulah saya mendapat balasan darinya.

Inilah rupa sampulnya..


Jangan marah ok..Yang Mulia Cik Suzilah Binti Zainuddin. Hiks

Mesti posmen yang anta kad raya ni bengkekk je. Motif Yang Mulia, tapi duduk umah flat? Hahaha..Sukati aku la..Lalalaa..


Kuning Di Raja

Kuning menyala. Dengan logo kerajaan berwarna keemasan yang timbul. Bereben cantik di tepi. Silalah teka siapakan gerangannya yang menghantar kad raya cantik ini kepada saya?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Inilah dia gerangan orangnya…Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Cemana saya boleh menghantar kad raya kepada Sultan Brunei? Inilah namanya pengaruh rakan sebaya. Haha. Kami menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dengan harapan masing-masing dapat duwet raya daripada Baginda Sultan. Tapi nan ado pun. Bila membaca pengalaman mereka yang pernah menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dan dibalas dengan kad raya berserta cek ratusan dan ribuan ringgit, masing-masing pakat hantar kad raya jugak. Yang dah bertahun hantar kad raya kepada kawan-kawan guna online/sms, tahun ni gigih beli/buat kad raya semata-mata nak bagi kepada Sultan Brunei. Hiks

Tapi tak apelah. Walaupun tak dapat cek duit raya, tapi tetap dapat balasan kad raya. Okla tu kan? Takpe, tahun depan nak cuba lagi. Mana tau dapat Dollar Brunei 10,000. Haha berangan..

Petang semalam, saya bertemu dengan seorang client di Pelita Nasi Kandar dekat dengan KLCC. Tujuan pertemuan kami itu adalah kerana, client ini mahukan penerangan yang lebih mendalam tentang wasiat dan perancangan harta pusakanya.

Biarlah saya namakan beliau sebagai Encik N. Encik N baru kematian isteri beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadhan iaitu pada 7 Ogos 2010. Setelah menanyakan beberapa soalan, tahulah saya bahawa isteri Encik N :-

1) Baru berumur 50 tahun

2) Mempunyai aset melebihi RM1,000,000 (termasuk EPF, Unit Trust, Simpanan dan sebagainya)

3) Meninggal mengejut (masalah saluran darah di otak) dan tidak pernah mengalami apa-apa penyakit kritikal sebelum ini dan menurut doktor, penyakit ini amat jarang berlaku

4) Meninggalkan 4 orang anak lelaki

5) Yang paling sedih, tidak mempunyai sebarang WASIAT!

Sekarang, menjadi tugas suaminya iaitu Encik N untuk menguruskan aset isterinya. Perlu memohon Surat Tadbir Harta dari pihak mahkamah untuk mencairkan aset si isteri dan seterusnya mengagihkan mengikut hukum Faraid (kerana isterinya tidak sempat menulis wasiat).

Hal ini mungkin mengambil masa 3-5 tahun atau mungkin lebih sekiranya terdapat aset tidak alih seperti tanah dan rumah untuk diagihkan. Bukankah ini memerlukan tuntutan masa dan wang ringgit? Turun naik mahkamah. Turun naik pejabat tanah.

Sebenarnya orang kita (Muslim) sangat berkira tentang duit (kos menulis wasiat) daripada terpaksa membiarkan waris yang tinggal bersusah payah turun naik mahkamah untuk menguruskan hartanya apabila mereka sudah tidak ada kelak. Kalau harta tu berjuta, rasanya berbaloi jugak untuk turun naik mahkamah. Kalau setakat RM20,000, ditambah pula waris tu duduk di kampung, terpaksa pula turun naik ke bandar (misalnya) untuk menguruskan aset si mati, tidakkah ini menyusahkan? Silap-silap, kos ke hulu-ke hilir tu lagi banyak daripada harta yang ditinggalkan.

Satu lagi, tahukah anda bahawa apabila kita meninggal dan tidak mempunyai wasiat, segala aset kita seperti kereta, motor dan sebagainya akan terbeku sama? Jadi, waris yang tinggal tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana aset tersebut masih atas nama si mati. Sekiranya terdapat wang tunai di akaun bank, pon turun dibekukan. Kasihan sekiranya si mati masih mempunyai anak kecil yang memerlukan sejumlah wang yang besar untuk tujuan persekolahan anak-anak itu dan belanja sara hidup yang lain. Mereka terpaksa menunggu aset tersebut dicairkan sebelum dapat digunakan. Dan proses untuk mencairkan aset ini adalah bahagian yang paling rumit dan banyak mengambil masa berbanding proses pengagihan.

Encik N sangat berminat untuk membuat wasiat bagi aset-asetnya kerana menyedari, urusan untuk mencairkan aset arwah isterinya serta urusan pengagihan aset tersebut amat memenatkan. Anda pula bagaimana?

Jangan tunggu lagi. Lakukan sekarang ya!

———————————————————-

Artikel ini dipetik dari Harian Metro 2 Oktober 2010

RM40 bilion aset umat Islam dibekukan

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
rnorain@hmetro.com.my
2010/10/02

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebanyak RM40 bilion aset umat Islam dibekukan berikutan pelbagai sebab, termasuk kegagalan si mati menulis wasiat ketika hidupnya

Ketua Pegawai Eksekutif ED Al Kausar Resources, Mohammad Adry Radzali berkata, jumlah itu berdasarkan laporan dikeluarkan Amanah Raya Berhad tahun lalu.

Menurutnya, aset yang dibekukan itu merangkumi tanah, rumah, bangunan kedai, saham, wang simpanan dan sebagainya.

Katanya, jika tidak dituntut dalam tempoh tujuh tahun, wang tunai yang disimpan di dalam bank akan diselenggarakan mengikut Akta Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara.

“Namun keadaan itu berbeza bagi harta tidak boleh dialih seperti tanah dan rumah kerana jika tidak dituntut, ia terpaksa dibekukan.

“Pemilikan harta berkenaan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa persetujuan waris yang sah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, penulisan wasiat dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan masalah itu, namun tidak semua umat Islam di negara ini jelas mengenainya.

Katanya, wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang ketika hidup ke atas hartanya atau tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Islam yang berkuat kuasa selepas kematiannya.

Mengulas kes kematian jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam awal bulan ini, Mohammad Adry berkata, jika mengikut hukum, harta berkenaan mesti dibahagikan secara faraid.

Katanya, Sosilawati tidak membuat wasiat bagi membahagikan semua hartanya walaupun difahamkan dia ada membuat kenyataan secara lisan mahu menyerahkan harta itu kepada anaknya.

“Kenyataan secara lisan tidak boleh dikira sebagai wasiat yang sah kerana ia tidak ada hitam putih dan boleh dipertikaikan.

“Bagaimanapun, itu semua bergantung kepada persefahaman dan persetujuan antara anaknya untuk menggunakan cara yang dirasakan sesuai untuk membahagikan harta berkenaan,” katanya.

Menurutnya, perbincangan dan kata sepakat perlu dicapai jika mereka mahu membahagikan harta itu secara adil dan mengelak timbulnya masalah.