Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Yeay!! Akak dah terima kad raya daripada boifren akak kat Brunei tu. Tengkiu sayang…

Hahaha. Jangan bergossif liar okeh.. Kang mampoihh akak kena tahan ISA. Boipren akak tu sape lagi kalo bukan Sultan Hassanal Bolkiah. Kan tetiap tahun akak bagi kad raya kat dia.

Aritu akak pos kad raya akak masa minggu kedua kita puasa. So, hari ni barulah dapat balasan. Ko hado?? Hehe…

Mari kita tengok apakah rupa kad raya baginda tahun ni..

20130823-102647.jpg

Seperti biasa.. Yang Mulia Cik Suzilah Zainuddin okeh… Yang tak tahan tu siap tulis Aspiring Unit Manager. Kad raya yang akak bagi kat Sultan Brunei ni sama dengan kad raya yang akak tempah khas untuk bagi kat client-client PruBSN. So, dalam kad tu memang ada tulis pangkat sekali. Tu yang Bendahara (suka-suki je petik nama Bendahara. Haha) dia yang mereply kad ni tulis pangkat tu jugak. Sabo je aku..

Rupa kad raya dari luar..

20130823-102743.jpg

Ni pulak rupa dalam…

20130823-102753.jpg

Amacam? Hensem tak bopren akak? Kah kah..

Akak banyak dapat keyword search yang masuk dalam blog akak ni bertulis “alamat Sultan Brunei“. Ada jugak reader yang SMS/Wasap direct kat akak bertanyakan alamat kalau nak bagi kad raya kat Sultan Brunei. Wohh!! Ramai peminat rupanya Sultan Brunei ni ya. Oke, bagi tidak menghampakan uols, camnilah alamat yang akak tulis kat sampul kad raya yang akak nak kirim kat Sultan Brunei. So, cekidaut…

YANG TERAMAT MULIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH,
ISTANA NURUL IMAN,
BRUNEI DARUSSALAM.

Hahaha.. Sempoi je. Tak poskod takde hape. Alaa.. Posmen dorang sure tau mana nak anta.. So, tulis camni pon boleh sampai okeh.. Hehehe..

Ok, jom ramai-ramai tahun depan kita pakat anta lagi!! Saje nak kumpul sebagai hobi.. Heehee…

Daaa…

Sorila, cerita pasal hari raya yang dah basi. Tapi ni bukan sebarang cerita. Ni cerita pasal kad raya. Kad raya daripada seseorang yang istimewa..Saya mengirim kad raya kepada orang ini, setelah tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya. So, tunggu punya tunggu punya tunggu, selepas habis bulan raya, barulah saya mendapat balasan darinya.

Inilah rupa sampulnya..


Jangan marah ok..Yang Mulia Cik Suzilah Binti Zainuddin. Hiks

Mesti posmen yang anta kad raya ni bengkekk je. Motif Yang Mulia, tapi duduk umah flat? Hahaha..Sukati aku la..Lalalaa..


Kuning Di Raja

Kuning menyala. Dengan logo kerajaan berwarna keemasan yang timbul. Bereben cantik di tepi. Silalah teka siapakan gerangannya yang menghantar kad raya cantik ini kepada saya?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Inilah dia gerangan orangnya…Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Cemana saya boleh menghantar kad raya kepada Sultan Brunei? Inilah namanya pengaruh rakan sebaya. Haha. Kami menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dengan harapan masing-masing dapat duwet raya daripada Baginda Sultan. Tapi nan ado pun. Bila membaca pengalaman mereka yang pernah menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dan dibalas dengan kad raya berserta cek ratusan dan ribuan ringgit, masing-masing pakat hantar kad raya jugak. Yang dah bertahun hantar kad raya kepada kawan-kawan guna online/sms, tahun ni gigih beli/buat kad raya semata-mata nak bagi kepada Sultan Brunei. Hiks

Tapi tak apelah. Walaupun tak dapat cek duit raya, tapi tetap dapat balasan kad raya. Okla tu kan? Takpe, tahun depan nak cuba lagi. Mana tau dapat Dollar Brunei 10,000. Haha berangan..