Amaran : Entry ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar pemilik blog yang mungkin akan menyebabkan sesetengah daripada anda muntah atau mengalami tekanan darah tinggi. Tapi…ada aku kesah?? Cak..cak cak cak.. *Cacat!
Sebenarnya ni gambar-gambar yang diambil 2 bulan lepas, masa bulan raya. Seorang rakan saya, Jimi nak menajamkan lagi skill fotografinya walaupun memang dah terror. Saje la tu kan. So, dia ajak saya jenjalan ke Bukit Tinggi, Pahang sambil amik gambar. Menyedari yang saya seorang pemalu (hak tuihh!!) dan tak layak untuk menjadi model, sekali lagi saya menjemput model tersohor yang tak asing lagi dari Batu Pahat iaitu..Nadiaaaaaaa……….. dan seorang anak buah saya yang baru berjinak-jinak nak jadi model. Hoii!! Ko baru tingkatan 4! Belajo dulu okeh..
So, pada pagi Sabtu, 18 September yang lepas, saya, Nadia, Ika dan Jimi bergerak naik ke Bukit Tinggi. Untuk naik ke atas, para pengunjung dikehendaki membeli tiket masuk terlebih dahulu. Tiket dewasa berharga RM12. Berasap-asap tayar sampai berbau dek kereta yang semput nak naik tempat tinggi. Tapi, Alhamdulillah sampai juga kami di sana lebih kurang jam 11 pagi.
Inilah rupa tiketnya
Sementara menunggu Nadia dan Ika bersolek, saya dan Jimi duduk-duduk berehat di pondok yang disediakan di situ. Sempatlah saya makan sandwich yang saya dah siap-siapkan dari rumah.
Selepas Nadia dan Ika selesai bersolek, kami pun tertonggek-tonggek naik ke bahagian atas bukit di mana terletaknya Japanese Garden. Tinggi siot! Dah la tak boleh bawak kereta. Memang kena berjalan kaki. Semput! Nampak sangat dah gemuk. Nadia dan Ika lagilah seksa sebab pakai high heels. Sebab tu tajuk entry ni High Hill vs High Heel. Hiks..
Papan tanda menuju ke Japanese Garden dan Botanical Garden
Sesampainya kami di Japanese Garden, Jimi memulakan kerja-kerjanya mengambil gambar budak berdua tu. Saya jalan sorang-sorang sambil menikmati keindahan dan kehijauan alam. Kadang-kadang je saya menyibuk. Dalam pada menyibuk-nyibuk tu banyak gak rupanya gambo saya. Hak hak hak..
Pintu masuk ke Tatami Spa
Kolam yang takde ikan
Tahape nama bunga ni..
Batu belah, batu bertangkup, makanlah aku telanlah aku, aku kempunan kek Secret Recipe..Boleh?
Merenung masa depan
Tolong!! Jangan nodai aku..
Cantik susunan batu dia..
Pondok Jepun. Taraaa..tetiba kaler baju bertukar. Ni Jimi guna lense InfraRed ke ape ntah.. Tak reti haku! Lense ni akan tukarkan kaler kain cotton jadi pink. Ye ke camtu Jimi? Tengok jaket kulit yang Nadia pakai, masih tetap kaler itam..
Depan pintu Tatami Spa. Nasib baik tak kena halau..
Yours truly..Ujie Mapiauu..
Pompan gedik
Mak hayam Ujie bersama hanak-hanak ayam – Nadia dan Ika
Korang berdua ni busuklah!! Hahhaha..
Lepas lebih kurang 2 jam di Japanese Garden, kami singgah pula ke Botanical Garden tapi tak pergi jauh. Kat depan-depan je. Lagipun hari nak hujan.
Dari kiri Ika – 16 tahun, Ujie – 32 tahun, Nadia – 26 tahun. Nampak macam sebaya tak? Hahaha..Nak jugak declare umur tuh..
Gadis di sebalik bunga
Rehat jap
Tiga Dara Pingitan
Cool kan InfraRed ni? Nak tempah Jimi ambil gamba korang, boleh contact saya..
Selepas dah bergambar lebih kurang, kami turun ke Colmar Tropicale pulak. Di situ terletaknya hotel dan bangunan-bangunan yang bercirikan zaman kolonial. Sekali lagi Nadia dan Ika bertukar pakaian. Sementara menunggu dorang bersiap, saya jadi model ganti untuk Jimi. Hiks..
Papan tanda Colmar Tropicale. Sorry tak clear sebab pakai handphone
Amik gambo dulu sebelum masuk
Hotel bercirikan bangunan zaman kolonial
Menara
Ni pun hotel gak rasanya
Tembok
Yeayyyy!! Sampai dah…
Cinderella dengan keta kuda. Hiks
Menara jam
Boifrenku yang gagah
Baru jalan sikit dah penat lagi..
Sementara tunggu budak berdua tu, amik gamba gua dulu plis!
Di sebalik cermin tingkap
Tunggu air tak sampai-sampai
Sapela yang nak aku jadikan model ni… Gaya seorang jurugambar tak bertauliah
Tukang jaga barang
Tengok kasut masing-masing. Semua macam kasut perang. Saya je kasut sopan. Haha
Waktu pun dah petang. Lebih kurang pada pukul 6.30 petang, kami pun turun dan balik semula ke KL. Lepas hantar Jimi ke Selayang, saya dan Nadia menghantar pula Ika ke Kuala Selangor.
Walaupun penat, saya enjoy menemankan Jimi dan anak-anak ayam saya seharian di Bukit Tinggi. Enjoy tak tengok gamba-gamba tu? Kalau nak tengok hasil Jimi yang lain, bolehlah ke Facebooknya – Jim Diana F. Motip nama tanak kalah..