Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dalam pada saya sebok-sebok nak saman orang, saya pun banyak saman rupanya. Tapi semua saman trafik. Hihi.. Cekidaut!

Haha, paling banyak saman menghalang lalulintas. Ni kes takde parking lepas tu main parking keta suka-suka hati. Hambek ko sampai 4 TRAFFIC OBSTRUCTION! Lepas tu, kesalahan SPEEDING ada satu. Tak sure kat mane sebab dia tulis KUALA LUMPUR je. Kesalahan U-TURN AT SPEED LIMIT AREA tu kat Kepong. Kalau masa buat u-turn tu selamat, mungkin tak kena saman, tapi ni sampai berlanggar dengan keta BMW! Ada korang berani accident dengan BMW? Akak ada hokeh.. Dahlah lagi bape hari nak raya. Isk. SEATBELT OFFENCES tu pulak ada sejarah dia tersendiri. Malas nak cerita sebab nanti memakan diri sendiri pulak. Gagaga..

Sekarang, PDRM menawarkan diskaun sehingga 50% bagi saman-saman tertunggak yang boleh didiskaunkan sehingga tarikh tutup yang akan diumumkan kelak. Hari tu saya dengar sampai 15 Disember, tapi tadi saya baca kat web MyEG, diskaun 50%  masih diteruskan selepas 15 Disember. Kalau macam tu, bayar tahun depan lah. Ngeh ngeh ngeh.

So, total 7 saman dengan jumlah keseluruhan kalau saya nak bayar (haha, boleh?) ialah RM460! Ni shopping handbag best gak ni.. InsyaAllah saya akan bayar gak saman-saman ni. Dah bersalah, kenalah tanggung kan?

Oh ya, untuk memudahkan anda memeriksa saman-saman anda, silalah daftar di MyEG. Senang dan pantas. Boleh cek saman JPJ, saman bankrap (insolvensi), bayar bil TNB, nak buat myKad pun boleh, urusan imegresen dan macam-macam lagila.

So, sila cek saman korang sekarang. Yang dah tau ada saman tu, korang dah bayau ke?

5 Comments

  1. ryacool
    12:50 pm on December 14th, 2010

    nyah, saman parking kt bukit jalil masa hanta aku last june..takde rekod eh?

  2. Hani Amieyra
    12:52 pm on December 15th, 2010

    Aku takde saman pun. Naper takde??? Aku nak kena saman. Kihkih

  3. Bayar Bil TNB kena charge RM2.. baik bayar pakai https://e-services.tnb.com.my

  4. omar
    10:30 pm on December 28th, 2010

    Saya tertarik dgn blog ini..dan berharap boleh berkongsi maklumat mengenai menambah baik kandungan blog utk kebaikan bersama.

    Saya kakitangan MARDI berminat bidang pertanian dan pernah belajar diUiTM bidang perniagaan..harap boleh kongsi maklumat usahawan seperti usahawan kopi..saya mempunyai kawan yg pernah memproses kopi…
    salam hormat…
    http://kekamserdang.blogspot.com

  5. Ujie
    6:26 pm on January 8th, 2011

    Tolong delete nama aku dr database penangkap gajah!