Amaran : Entry ini akan dipenuhi dengan beratus-ratus keping gambar yang mungkin akan mengganggu ketenteraman sesetengah pihak. Ada aku kesah?
Bonjour. Comment allez-vous? Opppss, tercakap French plak. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan baru kembali dari Paris dan London setelah berada lebih kurang seminggu di sana. Saya akan cuba tuliskan seterperinci mungkin catatan perjalanan saya sepanjang berada di Paris dan London. Trip kali ini di bawah tajaan Prudential BSN Takaful. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan produk takaful kami, di atas kepercayaan mereka kepada saya dan akhirnya membolehkan saya layak untuk dibawa melancong ke Paris dan London secara percuma. Souvenir sila tuntut kemudian ye. Haha..
Trip ke Paris dan London ini disertai 58 orang warga PruBSN Takaful. Kami dijadualkan berlepas dari KLIA melalui pesawat MAS pada jam 11.30 malam, 9 Mac (Rabu). Saya tiba di KLIA pada jam 8.40 malam. Selepas check-in luggage, acara wajib seterusnya ialah bergambar. Oh ya, oleh kerana saya tak sempat tukar duit, di KLIA barulah terhegeh-hegeh nak tukar. Padan muka dapat rate mahal. Oleh kerana kami akan ke dua buah negara, so kenalah tukar duit euro dan juga pound sterling. Hambek ko, 1 euro = RM4.4 dan 1 pound = RM5.2. Kalau kat luar murahlah sikit..
Pose wajib
Bersama duit euro yang ditukar
Bersama bapak hayam yang sedang mengagihkan hasil perniagaan pada malam itu. Wakakka
Rakan-rakan yang turut sama menghantar
Kak Bib dan suami serta rakan-rakan
Lepak kejap di McD
Lebih kurang jam 10 malam, kami diarahkan bergerak ke terminal menggunakan bas sebab train di KLIA sedang dinaiktaraf. Sementara menunggu untuk boarding, biasalah, duduk-duduk lepak sambil ambik gambar lagi.
Cantekkan lampu?
Yours truly
Bersama geng gedik
Tepat pukul 12 malam, flight pun mula berlepas. Destinasi pertama kami adalah Paris. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam 40 minit tanpa transit. Harus lumpuh pinggang lepas tu. Selepas lebih kurang 2 jam terbang, kami disediakan makan malam.
Saya pilih pasta
Selesai!
Selepas makan, saya jadi tak tentu arah. Sekejap berkelubung, kejap menyandar, kejap terlentok. Kalau dah boring tido, saya tengok movie. Sempatlah tengok 2-3 cerita. Dah boring tengok cerita, saya main game congkak pulak. Huwaaaa… Macamana lah agaknya businessman yang selalu travel sana sini tu boleh tahan duduk dalam kapal terbang berjam-jam ye?
Game congkak pun layan
Bila tengok benda alah ni, stress je. Dah berjam-jam, tak sampai-sampai gak. Hihu
Akhirnya, pada jam 6.05 pagi (waktu Paris) atau 1.05 tengahari (waktu Malaysia – Malaysia awal 7 jam), kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle. Charles de Gaulle merupakan nama salah seorang Presiden Peranchis. Lapangan terbang ini terletak di sebelah utara dan kebanyakan flight dari Asian mendarat di lapangan terbang ini.
Muka sememeh tapi tetap nak pose
Yeayy!! Sampai dah
Escalator untuk naik ke tingkat atas
Suke..
Sortie = Exit = Keluar
Tak sure apa yang abang-abang ashkar ni buat kat sini
Setelah urusan bagasi selesai, kami bergerak ke bas. Suhu pada waktu itu adalah 5° celcius. Bayangkanlah sejuknya. Menggigil! Kami dibahagikan kepada dua kumpulan bas. Destinasi pertama, adalah ibukota cinta – Paris!! Untuk masuk ke kota Paris, kami mesti melalui round about terbesar yang diberi nama Ring Road. Trafik pada waktu itu agak sesak. Maklumlah, awal pagi. Orang nak pergi kerja. Populasi di Paris saja lebih kurang 2.5 juta. Padat! Sekejap-sekejap bas berhenti. Macam kat KL pun ada juga rasanya. Lagi satu, jalanraya kat Paris, banyak beno trafic lightnya. Jalan 10 meter, trafic light, jalan lagi, trafic light lagi. Nasib baiklah bukan saya yang drive. Kalau tak, mau haku stress.
Nasib baik bukan haku yang drive
Pokok-pokok sepanjang jalan yang gondol
Stesen minyak Carrefour. Ko ado?
Pasar mini Carrefour, lebih kurang macam Kedai Mesra Petronas kat sini
Apartment di pinggir bandar
Lukisan grafiti yang banyak dilukis di tembok-tembok dapat dilihat di sepanjang jalan
Papan tanda
Jem!!!
Stadium yang menjadi tempat perlawanan Piala Dunia
Apartment di tengah bandar dan bahagian bawah apartment terdapat kedai-kedai
Tengoklah trafic light dia. Tak sampai sejengkal, ada lagi..
Ala-ala DBKL
Kami tiba di Kota Paris (ke bandar?) lebih kurang 9.30 pagi. Aktiviti pertama, mengambil gambar di Concorde Square. Tengok jelah ye. Malas nak letak caption.
Berlatarbelakangkan Cleopatra’s Needle
Tak perasan, tetiba je ada mamat menyelit kat belakang
Semua dah kena badi angkat kaki sebelah. Haha
Kemudian kami di bawa pula ke gedung membeli-belah utama di Paris iaitu Galeries Lafayette yang menempatkan jenama-jenama mewah Paris seperti Louis Vuitton, Longchamps dan sebagainya. Ada 3 orang rakan saya yang memesan bag LV, jadi saya terus saja menuju ke butik LV di situ. Dahlah satu passport hanya dibenarkan membeli sebuah je beg, maka saya terpaksalah menculik dua orang rakan yang lain untuk menggunakan passport mereka. Leceh gila. Sejam lebih, saya duduk di LV je. Tak sempat nak merayau ke kedai-kedai lain. Sabo ajelah. Nasib baik yang mengirim tu, tak kirim air liur je. Ada duit sekali. Taklah ralat sangat nak tolong dorang beli. Kalau kirim air liur, mintak mahap ye. 🙂
Sudahnya, marilah kita menyamar sebagai orang kaya, yang ada 3 bijik beg LV! Haha.. Murah? Murah lah dalam RM500-1,000 dari butik LV di KLCC. Berbaloi lah nak beli kalau kirim kat orang yang pegi sana.
Matilah aku cemana nak hangkut LV-LV nihh..
Lebih kurang jam 1.30 tengahari, Kami dibawa makan di Tresor Du Kashmir Restaurant. Makanannya agak pelik, tapi belasah jelah. Dah lapar kan.
Sambil berjalan ke bas, sempat lagi bergambar. Hiks..
Selepas makan, kami dibawa pula ke Muzium Perfume yang merupakan tempat penghasilan pati minyak wangi sebelum dihantar kepada jenama-jenama terkenal seperti Christian Dior, Chanel dan sebagainya. Menurut jurucakap muzium tersebut, campuran untuk menghasilkan sesuatu bau minyak wangi dipanggil note. Macam note muzik, untuk menjadikan sesebuah lagu itu merdu, ia terdiri daripada beberapa jenis note lagu kan? Serupa jugaklah untuk menghasilkan sejenis bau minyak wangi, ia mestilah dicampurkan dengan beberapa pati atau note. Misalnya bau bunga melur, mawar, bau vanilla dan sebagainya. Sempatlah saya sambar sebotol. Wallah! Mangi sangat..
Salah satu alat yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi
Bersesak-sesak nak pilih minyak wangi
Selepas dibawa melawat ke Muzium Perfume, kami akhirnya dibawa pulang ke hotel. Di Paris, kami menginap di Evergreen Laurel Hotel. Hotelnya boleh tahan besar. Siaran TV? Sume cakap French. Sampaikan cite omputeh pun dia translate ke bahasa dorang. Cuba bayangkan dorang translate cite Hantu Kak Limah – Cecite, cecite akan jadi Essaye oire, essaye oire. Bleh? Hiks
Makan malam pula, kami dibawa ke Old Jawad Restaurant yang menghidangkan makanan Pakistan. Menu agak pelik jugak. Nasib baik ada roti naan. Tapi roti dia sedap giler. Kalah roti naan mamak kat sini. Lembut je.. Nyam nyam. Masa tu waktu Paris pukul 7.30 malam dan waktu Malaysia pukul 2.30 pagi. Bayangkan saya mengantuk cemana. Macam makan sahur pun iye jugak. Masa tu belum dapat tune lagi mata ikut masa Paris.
Kentang goreng. Yang ni sedap
Aiskrim. Tak suke sebab rasa rempah
Selepas makan malam, kami dibawa melawat ke Eifel Tower. Menurut tourist guide kami, tiket untuk naik Eifel Tower yang available, untuk sebelah malam je. Sebelah siang punya dah fully booked. Bagus jugak. Suasana malam di Eifel Tower, sangatlah mengagumkan. Cantik!!! Tapi dicemarkan dengan kehadiran penjual-penjual cenderemata yang terdiri daripada warga Pak Hitam. Pandai pulak tu cakap Melayu. “1 euro , 5 biji. 1 euro 5 biji. Murah, murah!”. Bila nampak je kitorang yang bertudung ni, dia mulalah panggil “Fatimah, Fatimah”. Tak pun, “Normah, Normah!”. Asal boleh je letak nama orang. Pilihla nama moden sikit kot ye pun. Sabrina ke, Suzilah ke.. Opss.. Hihi.. Tapi ada jugak yang beli.
Oleh kerana bas diletakkan agak jauh dari Eifel Tower, kami dikehendaki berjalan sejauh lebih kurang 1km. So, sempatlah amik gambar Eifel Tower dari kejauhan. Cantiknya, MasyaAllah!
Giliran kitorang naik ke Eifel Tower adalah pada pukul 10 malam. Sejuknya waktu tu, tatau la nak cakap. Dah pakai sarung tangan pun sejuk lagi. Tiket yang kami ada hanya dibenarkan naik sehingga ke tingkat dua sahaja. Tingkat tertinggi adalah tingkat tiga. Mujur juga pembelian tiket semua telah diuruskan oleh agensi pelancongan, jadi tak perlu nak beratur panjang untuk membeli tiket. Untuk naik ke tingkat atas, sejenis lif disediakan yang boleh memuatkan lebih kurang 30-40 orang pada satu-satu masa. Kami dibenarkan bergambar di atas menara lebih kurang 30-40 minit camtu. Kat atas menara tu pun, ada kedai cenderamata tapi mahal lah sikit. So, saya tak beli apa-apa pun. Sebenarnya saya tak sabar nak turun sebab tak tahan sejuk sangat. Toilet pun tutup. So, paham-paham jelah rasa nak ter’hitu’, ter’hini’ sume ada.
Kami kembali semula ke hotel pada jam 11 malam. Yeayy!! Tido!!
Trivia :-
1. Ring road merupakan bulatan jalan yang besar yang mengelilingi sesebuah pekan atau bandar. Ia mempunyai beberapa jalan masuk ke bandar melalui laluan-laluan tertentu. Nama ini biasanya digunakan bagi jalan-jalan seumpama ini di negara Kesatuan Eropah. Di Paris, ring roadnya diberi nama Boulevard Périphérique. Selain Paris, di Amsterdam pun terdapat juga ring roadnya tersendiri.
2. Minyak wangi terdiri daripada campuran beberapa note bau yang akan menghasilkan sejenis bau minyak wangi. Minyak wangi dihasilkan daripada 25-250 note. Biasanya sehingga 40 note. Sebab tu minyak wangi ni mahal-mahal. Berikut merupakan jenis-jenis minyak wangi mengikut kepekatan sebatian aroma yang terdiri daripada ethanol dan air.
1. Perfume extract, or simply perfume (Extrait): 15-40% (IFRA: typical 20%) aromatic compounds
2. Esprit de Parfum (ESdP): 15-30% aromatic compounds, a seldom used strength concentration in between EdP and perfume
3. Eau de Parfum (EdP), Parfum de Toilette (PdT): 10-20% (typical ~15%) aromatic compounds, sometimes listed as “eau de perfume” or “millésime”
4. Eau de Toilette (EdT): 5-15% (typical ~10%) aromatic compounds Eau de Cologne (EdC): Chypre citrus type perfumes with 3-8% (typical ~5%) aromatic compounds
5. Perfume mist: 3-8% aromatic compounds (typical non-alcohol solvent)
6. Splash and After shave: 1-3% aromatic compounds
3. Peranchis merupakan negara pengeluar kereta Peugeot, Citroen dan Renault. Kalau kat Malaysia biasanya kereta akan dihantar ke pengedar-pengedar kereta melalui treller panjang kan? Tapi kat sana kereta-kereta akan dihanyar melalui keretapi. Teksi kat Paris yang banyak bersepah adalah Mercedes. Kau mampu?
10:32 am on March 19th, 2011
aku jeless!!
2:49 pm on January 13th, 2013
sis, minyak wangi kat musium parfume tu mahal tak rege compare kat luar.? semua brand ada?
9:39 am on February 1st, 2015
Pengalaman yang memang seronok di Paris.