Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

[Sticky Post]

Update 6 April 2011 : Bilangan visitor terkini ialah 99,304

———————————————————————-

Pertama kali saya nak mengadakan contest di blog ujie.com ni. Contest ape? Ala, macam blog-blog lain pernah buat, kalau visitor blog dia dapat captured sekian-sekian hits yang ditetapkan, pemenang akan dapat hadiah, kan? So, saya pun nak buat jugakla..huhu

Kalau anda perasan, di sebelah kanan blog ni, ada visitor hits yang menunjukkan angka 91,xxx kan? So, saya nak bagi hadiah kepada pengunjung-pengunjung blog ni yang dapat captured hits 100,000 dan emailkan bukti bergambar kepada saya. Sedikit hint – visitor blog ujie.com ni bukan ribu-ribu pon sehari. 2-300 je sehari. Kadang-kadang 100 lebih je. Pernah gak paling keji dalam 80 orang je. Hhaha. Maklumlah, blog pun bukannya update hari-hari. Tulis pun benda-benda yang mengarut je. So, untuk mencapai target 100,000 tu mungkin ambil masa sebulan dua. Hahaha..lamanya.. Nasiblah, ye tak..

Ok, lama ke, kejap ke, tak kisah. Yang penting, hadiahnya kan? So, pemenang yang dapat captured 100,000 visitor hits tu akan dapat hadiah wang tunai RM50! Ya, 50 hengget. Tapi tengoklah, mane tau saya dapat bonus nanti, saya akan naikkan jadi 100 hengget. Tapi hadiah minimum, 50 hengget..

So, macam saya bagitau tadi, caranya mudah saja. Print screen visitor hits 100,000 tu, savekan, email kat saya ujie@ujie.com. Sertakan sekali tarikh dan masa sebab saya nak semak dengan rekod blog ni. Email pertama yang saya terima akan dinobatkan sebagai pemenang. Tapi, awas! Kalo ada unsur-unsur penipuan, penganjur ujie.com berhak untuk tidak memberi hadiah wang tunai tersebut. Urusan perbankkan akan dibuat selepas kita dapat pemenang ye.

Ok, selamat mengcaptured! Jangan tak jadi keje plak asyik kuar masuk blog haku! Hhaha gurau je.. Yelah, motif sangat tetiba blog ni ada visitor 9,000 sehari, kan? Kejizzz.. Okla, nak siap-siap gi keje. Arini ada training CWA kat Eastin Hotel.. Daaa…

No Comments :(