Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=DJmgSCcA3y8[/youtube]

Sape dah tengok youtube Anwar Hadi ni? Kelakar kan? Tapi ada tersirat maksud yang sangat mendalam.

Isi penting dalam video ni simple aje. Pasal bersiap sedia. Mungkin kita pun pernah mengalami perkara ni. Berjanji dengan kawan nak jumpa pukul 10 pagi, tapi pukul 10 pagi baru terhegeh-hegeh nak kuar rumah. Sape nak jawab tu?

Akan tetapi, untuk kita menghadap Illahi dalam keadaan yang diredhai olehNya, kita kenalah bersiap sedia sepanjang masa sebab kita tatau pun bila nyawa kita akan diambil. Mana taknye, janji dengan manusia yang dah ditentukan masa pun, boleh kita mungkir, inikan pulak janji Allah yang memang pasti tapi tak diketahui masanya. Sepatutnya kita kenalah lagi ready kan? Ni saya mengingatkan diri sendiri yang selaluuuuuuuu sangat lalai dan lupa. Astaghfirullah..

So, selamat menonton video Anwar Hadi ni ye πŸ™‚

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=HhJr3XbVxrk&feature=youtube_gdata_player[/youtube]

TV komersial di atas menunjukkan 3 segmen iklan bagaimana seorang ejen insurans dilayan oleh prospek yang cuba diapproach olehnya.


Segmen 1

Segmen 1 menunjukkan yang ejen insurans ni berjumpa dengan prospek semata-mata nak menjual insurans. Padahnya, dia kena reject dan dia dianggap sebagai lipas yang menjijikkan. Kesian kan?


Segmen 2

Ejen tu cuba membantu prospek tapi masih ada niat nak jual produk insuransnya. Akhirnya dengan niat yang tak betul, kena jugak reject dan masih dianggap lipas. Double kesian.


Segmen 3

Dalam segmen ketiga, akhirnya ejen insurans tu benar-benar jujur untuk membantu prospek tanpa ada niat yang lain. Akhirnya, prospek itu sendiri dapat melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh ejen insurans itu lalu dia dengan rela hati nak membeli insurans daripada ejen tersebut. Yang paling penting, ejen insurans tu sudah tidak dianggap sebagai lipas yang menjijikkan lagi.

Jadi, anda di luar sana, janganlah memandang rendah kepada ejen insurans/takaful macam kami ye. Kami bukan lipas. Haha tetiba..