Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alhamdulillah.. Semalam merupakan hari bertuah saya sebab kali ni nama saya naik untuk menang Cabutan Bertuah. Walaupun bukan menang Grand Prize, tapi bersyukur sangat-sangat sebab biasanya saya jarang dapat hadiah kalau ada cabutan-cabutan bertuah ni. Tapi semalam, mak menang uols! Jadilah,dapat kamera Canon.. Heehee..

Hadiah kemenangan iols..

Hepppp!!! Ini bukan Gores & Menang ye. Ni Cabutan Bertuah atau lebih dikenali sebagai Rezeki Draw yang dianjurkan oleh PruBSN Takaful. Rezeki Draw ni terbuka kepada semua agent Takaful PruBSN yang berjaya membuat jualan sekurang-kurangnya RM25,000 NPC dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah saya qualify untuk cabutan bertuah tu dan Alhamdulillah jugak sebab berjaya pulak menang salah satu hadiah yang ditawarkan. Agent lain ada yang menang iPad 2, Blackberry, peti sejuk, TV 40 inci, aircond dan lain-lain. Tapi 4 Grand Prize yang paling best ialah trip ke Bali, Gold Coast, Rome dan Los Angeles!!!! Uwaaaaa….. Bestnya yang menang trip nih…. Congrats korang!

Lepas je dapat hadiah kamera tu, terus saya amik gamba kawan-kawan sume. So cekidaut..

Encik Razak & wife

Abang Din & the geng

Kakak-kakak yang power dari JB

Bersama entiti yang nak low profile

Geng karok!

Geng Kecoh..

Abang Nazri & Reen

Erin & Kak Emi

Encik Wan Zam – Chief Agency Officer

Cantik gak gamba-gamba guna Canon ni kan? Harga dia saya tengok kat web Canon dalam RM599. Campur memory card sume, dalam RM700 gakla. Alhamdulillah! Jadila.. Tapi kalau dapat gi LA lagi best.. *lempang diri sendiri, padahal dah bersyukur tadi!

Sebenarnya semalam (8 Oktober), PruBSN Takaful mengadakan acara tahunan kami iaitu Super Performance Conference. Pada tahun ini, acara tersebut diadakan di Sunway Resort & Spa. Acara ini merupakan sebuah majlis bagi meraikan top performers dalam PruBSN Takaful di samping pihak pengurusan PruBSN Takaful akan mengupdate kami dengan maklumat-maklumat terkini syarikat, kedudukan PruBSN Takaful sebagai salah satu operator takaful di Malaysia, maklumat hasil jualan keseluruhan, contest-contest baru dan sebagainya.

Pada tahun ini juga, PruBSN Takaful telah menjemput dua orang speaker undangan – angkasawan Malaysia pertama yang tak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muzaffar dan Top GAM CIMB Wealth Advisors iaitu Dr. Niki Shuhada (alamak, ni nenek aku kat CWA ni.. Hiks). Mereka berdua telah berkongsi rahsia kejayaan mereka masing-masing dan memberikan inspirasi kepada kami agar terus berusaha mencapai matlamat kami untuk menjadi agent yang terbaik.

Ketibaan Dr. SMS.. Penuh sesakkk daa…

Dr. SMS tengah berkongsi pengalaman dia kat angkasa lepas

Sempatlah jugak saya bergambar dan minta Dr. Sheikh Muzaffar sain otograp kat CD beliau yang saya beli. Hensemnye lah ko ni Dr. πŸ™‚

Benci tengok dagu sendiri. Muka Dr. SMS dah penat layan kitorang..

CD yang saya beli bersama poskad percuma

Senang je sain dia. Lebih kurang sain saya je.. *nak jugaaakkkkkk tuhh..

Pada sebelah petang, Chief Agency Officer kami, Encik Wan Zam mengumumkan pulak contest-contest baru yang membuatkan kami tak senang duduk nak carik client! Salah satunya ialah trip 3 hari 2 malam ke Bangkok. Selain contest Bangkok trip, ada juga contest untuk memenangi laptop Sony Vaio. Bestnye kalo dapat menang yang ni jugak. Ish, tak boleh jadi ni. Kena buat sales laju-laju bulan ni!

Contest untuk mendapatkan laptop & e-pad

Contest ke Bangkok!

Majlis berakhir pada jam 6 petang. Secara keseluruhannya, Super C kali ni memang best di samping speaker jemputan yang sangat memberi inspirasi, hadiah-hadiah yang lumayan dan contest-contest yang tak patut dilepaskan. Terima kasih PruBSN Takaful kerana memberikan banyak peluang dan ganjaran kepada kami. Love u!

One Comment

  1. wunntunggg laaa dapat kamera…