Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tajuk entry nak best aje.. Hiks.. Ye, sayalah bakal pengganti Leonardo da Vinci abad ke 21 ni. Dipersembahkan hasil lukisan saya……

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hasil seniku

Shantek tak? Shantekkk kan? Well, orang seni macam saya memang terer bab-bab melukis ni. Apa? Saya riak? Memang pun! Korang mampooo? Hahaha..

Opsss! Jangan keji dulu.  Bagi saya citer sampai abis oke..

Setelah 4 bulan bertungkus lumus menyiapkan lukisan saya, akhirnya siap jugak semalam. Sejak dari pagi saya mulakan kerja-kerja mewarna yang tertangguh sekian lama, dah malam baru setel. Sambil tengok rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa kat TV3 tu, saya tertonggeng-tonggeng lagi menyiapkan lukisan tu. Dah siap kaler, tunggu kering sikit, saya varniskan pulak. Nanti boleh la hantar kedai untuk dibingkaikan.

Sebenarnya lukisan ni bukan saya lukis. 🙂 Saya kaler aje. Ayat-ayat riak di atas saje je nak bagi gempak. Nama lukisan jenis ni ialah Paint By Numbers. Daripada nama je kita dah tau yang lukisan ni kita warnakan ikut nombor kan? Saya beli benda alah ni disebabkan pengaruh rakan sebaya. Saya jeles bila tengok member saya tu dah menyiapkan 2-3 buah lukisan dia. Dia cakap dia beli kat Ikano.

Satu hari dalam bulan Jun (lama giler dah saya simpan citer ni), saya pun pegi Ikano nak carik benda tu, tapi tak jumpa kedai lukisan tu. Nak tanye kat member tu semula takut kantoi sebab tujuan saya nak pegi kedai tu pun nak carik lukisan untuk hadiah besday dia jugak. So, sampai kat Ikano, puas saya carik dari tingkat bawah, sampailah tingkat atas, takde jugak. Sampailah akhirnya saya tanye sorang budak India, kat mane nak beli lukisan yang boleh kita kaler-kaler. Dia tunjukkan arah dan bila saya carik.. Yeay!!! Jumpa..

Inilah kedainya..

 

Pre-Sen-Te –  a unique gift shop. Sorry tuan tanah tetap gak nak enterframe walaupun tujuan asal nak ambik gamba kedai je..Huhu

Kalau sape-sape nak carik, kedai dia belah bawah sekali kat Ikano, jalan macam nak menuju ke Ikea tu..

Gila tengok sume lukisan dalam ni.. Ni lukisan-lukisan yang dah siap. Ada di antara lukisan ni yang dijual semula kepada kedai ni oleh pelanggan apabila dah siap diwarnakan. Pastu kedai ni pulak, jual kat pelanggan-pelanggan lain yang mahukan lukisan yang sudah siap diwarna.

Lawa kan lukisan-lukisan tu?

Saya beli dua set. Satu untuk diri sendiri, satu lagi untuk besday member

Lukisan ni ada macam-macam saiz dan harga. Paling kecik rasanya besar kertas A4 dan harganya lebih kurang RM40. yang saya beli ni saiz sederhana, mungkin 2 kali saiz A3 kot. Harga dalam RM80+. Paling besar saya tanya orang kedai tu, ada saiz pintu rumah. Mungkin dalam RM400-500. Oke, lukisan ni sebenarnya memang dah siap dicetak di atas kanvas. Lepas tu, memang dah ada siap-siap nombor warna yang perlu diikut untuk diwarnakan di atas kanvas tu. Sebab tu nama dia Paint By Numbers. Panduan kertas pun ada diberi supaya senang kita rujuk nombor dan warnanya. Lepas tu ada pulak pelbagai warna watercolor dibekalkan bersama-sama dengan berus lukisan. Tak lupa juga set varnis untuk kita varniskan di atas lukisan bila dah siap nanti.

DIY – Do It Yourself. Ha gitteww.. Ni kotak yang berisi kanvas dan segala mak nenek alatan  melukis mewarna

Arahan dan panduan kat belakang kotak

Kertas rujukan bernombor

Set watercolor, varnis dan berus

Set varnis

Lukisan yang masih belum dikalerkan sepenuhnya. Saya baru kaler bantal.. Huhu

Sebenarnya terlupa nak amik gambar kanvas tu masa lukisan ni belum dikalerkan sebab sampai umah je terus tak sabar nak kaler..hiks.. Tu yang bila dah start kaler tu baru teringat nak amik gambo. Amik gamba pun pakai henpon je, so merasa la kabur pandangan. Nampak tak nombor-nombor di setiap area tu? Ha, dia dah siap letak nombor. Kita tinggal kalerkan aje ikut nombor yang ada pada penutup watercolor tu.

Ha, bantal dah nampak sikit. Tengah kaler bunga pulak

Saya mula mewarna sejak bulan Jun kan? Mula-mula memang bersemangat. Siap bawak balik kampung. Konon-konon tak nak buang masa kat kampung, kita buatla aktiviti mewarna… Sudahnya malas, akhirnya saya stop.

Sampai setakat ni, saya stop sebab malas.. Padahal sikit lagi nak siap

Sampailah akhirnya semalam roh nak mengaler tu datang balik. So, saya start pagi semalam dan hanya berhenti untuk mandi, makan dan solat je. Sampai rasa nak patah pinggang. Kejap saya mencangkung, kejap meniarap, kejap saya duduk. Punyelah gigih nak siapkan.

Akhirnya……. Kita persilakan sekali lagi lukisan saya masuk mengadap…

Taraaaaa……

Apa lagi!! Korang tryla pulak.. Saya ingat nanti saya nak pegi lagila. Nak beli yang ni pulak..

Opsss!! Haha..

Haii korang.. Korang wat ape arini? Saya jumpe PM arini. Tak percaya? Sebenarnya petang tadi saya menghadiri majlis hi-tea bersama PM di PWTC atau lebih tepatnya majlis PM Unplugged Versi Budak Mara. Majlis ini dianjurkan oleh ANSARA iaitu Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia dan ia merupakan program dialog bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam suasana santai. Banyak jugaklah soalan-soalan panas yang dikemukakan oleh bekas pelajar MRSM kepada PM. Tapi takdelah sampai isu cincin RM24 juta Rosmah tu.. Hiks..

Sampai-sampai je terus pose dulu kat backdrop dia

Nampak tak senarai penaja tu? Maybank, Celcom, Air Asia, Shell, Kencana Petroleum, Tabung Haji, Bank Pembangunan. Haa.. Tu semua sebab CEO atau orang-orang besar dalam syarikat tu adalah bekas pelajar-pelajar MRSM.

Sebelum masuk ke dalam Dewan Tun Ismail tempat berlangsungnya majlis tersebut, kena register dulu dan diberi sticker nama yang dilekatkan di baju masing-masing..

Tulis sendiri nama dan MSRM batch mana

Majlis bermula pada jam 2.30 petang tapi biasalah, sebagai VVVVVIP saya datang lambat. Pukul 3.30 petang baru saya tehegeh-hegeh masuk dewan. Masuk-masuk je, Dato’ Mukhriz Mahathir tengah berucap. Dato’ Mukhriz merupakan produk MRSM Pengkalan Chepa (1977-1981). Selain dia, ramai gaklah tokoh-tokoh korporat Malaysia yang merupakan bekas pelajar MRSM. Di antara yang disebut oleh Dato’ Mukhriz ialah Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan, Datuk Seri Shazly -CEO CELCOM – MRSM Seremban, Dato’ Dr. Sheikh Muzafar – Angkasawan Negara – MRSM Muar dan lain-lain.

Dato’ Mukhriz sedang memberi ucapan

Apsal Tun Mahathir lagi banyak rambut dari anak dia?

Sebenarnya agenda pertama sebelum Dato Mukhriz berucap ialah menyanyikan lagu MRSM tapi disebabkan saya lambat masuk, tak dapatlah nyanyi lagu tu. Rindu nak nyanyi lagu MRSM.. 🙁 Takpela, saya tepek lirik lagu tu..

Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Selepas Dato’ Mukhriz berucap, tibalah masa YAB Dato’ Seri Najib pula menyampaikan ucapannya. Rasa macam tengah dengar pembentangan belanjawan pulak. Hihi. Tapi ada gaklah dia buat lawak tadi. So, takdelah boring sangat. Mujur dia tak selit-selit cerita pasal politik. Oh ya, untuk sape-sape yang tatau (saya pun baru tau), PM Najib bekas pelajar MCKK St. John, Kuala Lumpur. Yang sekolah MCKK tu ayah dia, Tun Razak. (TQ Sherrina sebab tolong betulkan fakta :-))

PM tengah berucap

Kasi close-up sket

Lepas PM bagi ucapan, dewan dibuka dengan forum dialog di antara kami, bekas pelajar dengan PM sendiri. Masa ni lah soalan-soalan panas timbul. Ada yang tanya pasal pendidikan di Malaysia, pasal toilet kat sekolah, pasal sosio-ekonomi dan soalan akhir sekali yang paling panas (tapi bagi saya agak kurang hajar bahasa yang digunakan) ialah soalan yang menyentuh sedikit pasal politik. Rilekla bro. Ni kan majlis santai. Tak yahla nak merempan. Tapi PM rileks je. Jawab pun gelak-gelak. Saya nak gak bagi soalan, tapi takut orang lain ‘booooo’ kan saya. Soalan yang saya nak tanye tapi tak tertanya ialah “Dato Seri suka karok lagu apa?“. Hahaha.. Agak-agak kena baling kerusi tak?

PM tengah berpeluh menjawab soklan budak-budak MSRM

Lepas selesai forum, tibalah masa pelancaran laman web Ansara yang baru iaitu www.ansara.org.my dan juga kad keahlian Ansara oleh YAB PM. Pemegang kad keahlian dengan nombor pertama ialah Presiden Ansara sendiri iaitu Dato Mukhriz Mahathir. Lepas perasmian tu, majlis bersurai dan kami disediakan dengan jamuan ringan di luar dewan.

Macam-macam ada…

Pinggan iols

Sambil makan tu, saya jenguk-jenguklah jugak kalau ada batch saya MRSM Jasin 1994-1995 tapi haram sorang pun tak nampak batang idung. Takpelah, biar saya je yang jadi wakil. Tapi batch lain MRSM Jasin adalah jugak saya nampak. Ada yang batch 1988, ada yang 2007 (ko umo 4 tahun, akak dah form 5 dik.. Huhu..).

Orang lama, orang baru..

Makanan ruji budak asrama. Maggi ni disponsor oleh salah sorang orang kuat Maggi yang jugak ex-student MRSM

Oh lupa pulak, setiap kami diberi goodies bag yang berisi buku JAWAPAN NAJIB. Saya tak sempat baca lagi..

JAWAPAN NAJIB : Merungkai persoalan semalam, konflik hari ini dan cabaran masa depan

Sebelum blah, sempatla bergambar sekeping dua kat dalam PWTC tu…

Ada tak macam Dato’ Suzilah? Kah kah kah muntah!

Saya berangan-angan, anak-anak saya nanti mesti kena masuk MRSM jugak. Poyo tak? Anak pun takde, kawen pun tak lagi, nak berangan sampai ke situ plak. Hihi. Ade aku kesah?

Okla, bai..

Bacaan lain pasal PM Unplugged – klik sini.

Trivia

1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972

2. Jumlah keseluruhan MRSM yang ada sekarang ialah 46 buah

3. Antara Anak MARA Yang Dibanggakan:

1. Datuk Dr Sheikh Muzaffar – MRSM Muar
2. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir – MRSM Kota Bharu
3. Datuk Razali Ibrahim – MRSM Terendak
4. Anuar Taib – Chairman Shell Malaysia – MRSM Muar
5. Esmady Esa – DHL UK – MRSM Muar
6. Asmadi Mohd Bakri – CEO Hospital KPJ PERDANA Kota Bahru – MRSM Muar
7. Mohd Azha Abdul Jalil – CFO Malaysia Airlines – MRSM Muar
8. Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan
9. Datuk Seri Shazly – CELCOM – MRSM Seremban